Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin
Assalamualaikum semua.
Den masih kerja lagi hari ni. Ada 2 mesyuarat lagi
kat ofis nih huhuhuhuhu.
In sya Allah orang Muslim akan meraikan Aidilfitri
2020 pada hari Ahad ini.
Aidilfitri bagi umat Islam di seluruh dunia pada
tahun ini tidak semeriah tahun-tahun sebelum ini memandangkan kita semua masih
berjuang menentang Covid19.
Den mengharapkan semua rakyat Malaysia mematuhi arahan
Kerajaan yang tidak membenarkan pergerakan merentasi Negeri bagi menyambut
Aidilfitri bagi membendung dan memutuskan rantaian Covid19. Sudah tentu memang
amat sedih tidak berhari raya bersama kaum keluarga, sanak saudara dan sahabat
handai tetapi ini untuk keselamatan semua sebab kita sendiri tidak tahu yang siapa
membawa Covid19.
Macam den sendiri pun walaupun rumah mertua memang
boleh pergi beraya sebab merentas daerah je, den sekeluarga buat keputusan
tidak akan beraya di kampung mertua disebabkan ibu mertua memang sakit terbaring
dan ayah mertua pun tidak beberapa sihat. In sya Allah mereka akan beraya
dengan 2 orang anak yang lain dan keluarga mereka yang memang di dalam daerah
yang sama.
Di samping kitaorang risau membawa Covid19 pada
keluarga mertua yang tidak sihat, kitaorang juga risau nak keluar bawa
anak-anak yang berumur 6 dan 10 tahun tuh ke mana-mana pun.
Sejak PKP 18 Mac yang lepas, si F yang sulung
langsung memang tak pernah keluar rumah. Si A ada keluar rumah sekali sebab
pergi ke klinik gigi.
Den dan buong keluar rumah sebab pergi kerja dan
beli barang. Selain tuh memang tak pernah keluar pun.
Persiapan raya pada tahun ni adalah yang paling
sempoi sepanjang hidup den sekeluarga.
Biasanya persiapan Aidilfitri merangkumi belanja
raya untuk keluarga, kuih raya, baju raya, duit raya dan bajet perjalanan (minyak
dan tol) memang sesederhana mungkin sebab memang macam tuh life kitaorang,
semuanya berbajet tapi tahun ni lagi bajet gila persiapan sambutan raya sebab
memang tak sempat shopping apa sangat pun dan tidak ada plan nak keluar beraya
ke mana pun.
Belanja raya keluarga - nih memang bagi
macam biasa.
Baju raya - baju Melayu buong dan kiddos memang
tak beli. Pagi raya nanti kita tengok baju mana yang masih muat dalam almari,
kita pakai la kejap untuk bergambar (nih pun kalau rajin la). Kiddos ada
sehelai tshirt sorang yang belum pernah pakai, kira baju raya je la ni. Den ada
2 pasang baju raya sebab kebetulan hantar kain yang dah beli tahun lepas pada
tailor sebelum PKP. Makanya den sorang je la ada baju raya. Shawl raya ada 4
helai (1 helai den beli dari DanieaArt (kanak-kanak autism berbakat besar
melukis) + 3 helai shawl free masa program blogger event SofeaRose sebelum PKP
lepas).
Kuih raya - okay nih memang dalam sejarah sebab
den beli kuih paling sikit gila sebab tak dapat nak bagi kat keluarga sebab tak
balik kampung pun kan. Den ada 2 balang kuih almond London dan 1 bekas popia
simpul. Serious tuh je kuih raya den tahun ni. Tahun ni takde semangat nak buat
biskut Florentine (resepinya merupakan entry paling popular dalam blog den ni)
sebab tak lalu nak beratur panjang di kedai bakeri dan malas pengsan baloq tak
tau kenapa di musim Covid19 ni nak baking apa pun.
Duit raya - pakai duit tabungan apa yang ada
sebab tak tukar duit pun di bank. Setakat ni sempat bagi duit raya pada
anak-anak beberapa orang officemates.
Juadah pagi raya - ketupat dan
rendang den order je dengan jiran tetangga yang memang dah diketahui masak
sedap tuh sebab den dan buong je makan rendang, jadinya beli je la sikit-sikit
buat merasa.
So macam tuh je la cerita persiapan raya den
sekeluarga.
Apabila Aidilfitri melambai-lambai maknanya Ramadhan
sudah hendak berlalu pergi, hati rasa sayu sebab mengenangkan entah ada rezeki
atau tidak hendak bertemu Ramadhan pada tahun mendatang. Bila umur dah semakin
senja ni, memang rasa sayu tuh lain macam plak. Lagi-lagi Ramadhan pada tahun
ni di dalam suasana terasing dan terkurung akibat Covid19, dia punya sayu tuh
memang lain macam la.
Hikmah PKPB di bulan Ramadhan untuk keluarga kecil
den adalah si F berjaya puasa penuh pada tahun ini sebab kurang penat sebab
tidak pergi sekolah, kitaorang lebih banyak masa untuk membaca Quran dan 80%
juadah berbuka den masak (untuk orang yang jarang masak ni memang pencapaian
besar untuk den).
Semoga ada rezeki kita semua untuk bertemu Ramadhan
pada tahun hadapan.
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.
2 Comments
Salam Aidil Fitri. Semoga bergembira di hari raya ini biarpun ada PKPB. Jom bertukar link dgn abam kie? Thanks. www.zukidin.com
ReplyDeleteSelamat hari raya abam kie. Maaf zahir batin
Delete