Kadang-kadang bila nak bersahur samada macam terkebil-kebil nak masak atau terbangun lambat, jadinya tinggal tak lama mana masa sebelum imsak. Jadinya memang mencari-cari produk yang cepat dan mudah nak disediakan tapi masih boleh mengenyangkan.

Jadinya bila Tasty.ly sediakan Cup Pasta yang senang sangat nak disediakan dalam masa yang cepat, den memang teruja sangat. 

3 Perisa Cup Pasta

Ada 3 jenis perisa Cup Pasta oleh Tasty.ly ni iaitu Mac & Cheese, Carbonara dan Tomato Sauce. Ketiga-tiganya pun okay dengan selera den. 
Anak-anak den suka perisa Tomato Sauce je sebab diaorang memang bukan penggemar cheese sangat. 

Cara Masak

1. Buka separuh penutup. Masukkan seasoning. 

2. Masukkan air panas sehingga garis yang ditandakan dan kacau rata.

3. Biarkan selama 5 minit.

4. Kacau dan siap untuk dimakan.

Senang dan ringkas kan?

Jangan korang guna microwave plak untuk masak Cup Pasta ni ye.

Beli Atas Talian

Korang boleh dapatkan semua produk Tasty.ly termasuk Cup Pasta secara atas talian di Lazada dan Shopee.

Jadinya walaupun kita perlu berada di dalam rumah sepanjang masa bagi memutuskan rantaian Covid-19, kita tetap boleh membeli semua produk Tasty.ly secara di atas talian ye.

Untuk maklumat lanjut tentang semua produk Tasty.ly boleh layari:


0 Comments