Buttonscarves X Elfira Loy Satukan Dua Rumpun, Gaya Muslimah ‘Modest’
Pernah dikenali di
Indonesia kerana pernah beberapa kali bergandingan dengan pelakon lelaki di
sana, Elfira Loy baru-baru ini mencipta sejarah tersendiri apabila disunting
bekerjasama dengan jenama tudung popular, Buttonscarves yang berpangkalan di
sana.
Malah lebih tepat, artis
bertudung yang memiliki seramai 4.8 juta pengikut di Instagram itu menjadi
artis Malaysia pertama bersatu dengan jenama dari seberang ini.
Sebagai permulaan Buttonscarves
X Elfira Loy hadir dengan sebuah koleksi istimewa dipanggil The Maharani
Series yang sesuai digayakan di bulan Ramadan dan Syawal kelak.
Elfira berkata, kerjasama
mereka tercetus dengan sekelip mata dan tanpa diduga. Malah ia bagai dirahmati
dan dipermudahkan.
Apatah lagi isteri
kepada Muhammad Faris Khairol Anuar ini asalnya memang peminat tegar
jenama yang sudah empat tahun berkembang di negara jiran itu.
Koleksi itu dilancarkan di
Indonesia pada hari ini (24 April) yang juga hari pertama kita meraikan Ramadan
penuh mulia.
Koleksi The Maharani Series
memiliki 13 warna dengan motif yang mengangkat elemen senibina di India.
Koleksi ini menggunakan bahan scarf kapas voal dan satin silk yang selesa untuk
dipakai.
“Pada awalnya kerjasama itu
mahu dimulakan selepas musim raya. Namun tanpa diduga ia dipercepatkan. Pihak
mereka merancang untuk menjalankan fotografi sebuah koleksi tudung di Jaipur,
India dalam masa singkat beberapa bulan lalu.
“Ketika itu pihak mereka
memikirkan perancangan itu terlalu tergesa gesa dan akan menyusahkan saya.
Namun mereka tidak menyangka saya bersetuju. Akhirnya terjadilah kerjasama
koleksi The Maharani Series ini.
“Buat permulaan kerjasama
ini berlangsung untuk dua bulan bermula April hingga Mei. InsyaAllah
tiada aral melintang, kerjasama ini akan berpanjangan,” kata pemilik nama penuh
Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri ini.
Menurut ibu kepada Muhammad
Rayyan Khalaf berusia enam bulan itu, kerjasama itu bermula daripada perbualan
di kotak mesej langsung (DM) di Instagram.
“Dari DM, kami berlanjutan
ke aplikasi WhatsApp. Pendek kata, dari awal lagi ia berjalan dengan
lancar. Saya juga anggap ini rezeki anak sulung.
“Saya sejak dua, tiga tahun
lalu juga sebenarnya menjadi peminat secara diam kepada jenama ini. Kalau
terbang ke Jakarta, saya akan membeli skaf dan tudung jenama berkenaan kerana
materialnya cukup selesa dan kemas.
“Pada masa sama, saya dapat
tahu mereka juga mengintai untuk bekerjasama dengan artis Malaysia. Difahamkan
ada beberapa calon lain, tapi rezeki berpihak kepada saya. Sesuai dengan nama
koleksi ini, saya yakin mereka yang memakainya akan berasa seperti seorang ratu
atau maharani ,” katanya.
Ditanya mengenai menyambut
Ramadan dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasa kerana mahu
membendung penularan wabak Covid 19, Elfira mengakui akur dengan ujian terjadi.
“Jika Ramadan tahun lalu
saya menyambutnya dengan keadaan berbadan dua dan kerterbatasan itu ini, nikmat
bulan penuh keberkatan itu tidak terlalu dirasai.
“Jadi saya memang ternanti
nanti Ramadan kali ini. Tapi siapa mampu menyangka kita didatangi ujian saat
ini. Pasti terasa kerinduan kepada perkara yang selalu sinonim dengan bukan
Ramadan seperti bazar dan solat Terawih.
“Tak mengapa kita tak perlu
bersedih sangat. Kita raikannya dengan cara bersederhana,” katanya.
Sementara itu, pihak
Buttonscarves melihat kerjasama terjalin dengan Elfira cukup tepat dengan
personaliti, aura dan imej bertudung dimilikinya.
“Ini juga kerjasama perdana
dan sulung kami dengan artis dari negara lain. Cita-cita itu sudah lama dan
akhirnya berjaya direalisasikan kini. Malaysia dan Indonesia sendiri negara
serumpun yang berhubungan baik.
“Selama ini kami mencari
calon yang sesuai berkolaborasi dengan Buttonscarves. Ternyata Elfira sudah
menjadi seorang penggemar Buttonscarves sejak dulu. Personaliti dimilikinya
juga menjadi terjemahan nuansa fesyen kami.
“Setelah berbincang kami
pun memutuskan untuk menjalinkan kerjasama khusus di bulan Ramadan ini.
Kami juga merancang untuk membuka premis jenama tudung ini di tiga pusat beli
belah di Malaysia termasuk Avenue K kelak,” ungkap Linda Anggrea selaku
Pengarah Kreatif Buttonscarves.
Kata Linda lagi, koleksi
ini dinamakan Maharani kerana gelaran itu di India diberikan kepada pemimpin
wanita.
“Dalam bahasa sanskrit
India, erti nama Maharani merupakan gabungan dari kata Maha yang bererti Agung
dan Rani yang dimaksudkan sebagi Ratu.
“Koleksi ini diilhamkan
dari istana di Jaipur, India yang merupakan destinasi terbaru Buttonscarves
ketika sesi fotografi koleksi diadakan.
“India merupakan destinasi
yang masih tergolong unik dan patut diteroka keraan banyak menonjolkan keunikan
seni bina, motif, dan budaya,” kata Linda lagi.
The Maharani Series boleh
dibeli di laman sesawang, www.buttonscarves.com
Malah ia juga boleh dibeli
di aplikasi Buttonscarves. Ketika ini pihak Buttonscarves turut memberi diskaun
free shipping kepada pembeli dengan pembelian RM 200 ke atas
Harga jualan bermula dari
RM125 hingga ke atas.
Hasil penjualan siri tudung
the Maharani series ini juga akan digunakan untuk membantu mangsa Covid 19 di
Indonesia dan Malaysia.
Ketika ini jenama yang
bermula sejak 2016 itu terus berjaya bukan hanya di Indonesia malah di pasaran
Asia Tenggara seperti Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam hingga sempat
bertandang ke negara Uncle Sam.
Boleh dapatkan maklumat
lanjut tentang Buttonscarves, koleksi istimewa The Maharani Series di:
Website: www.buttonscarves.com
Instagram: https://www.instagram.com/buttonscarves
9 Comments
cantik gambar first tu. suka sangat tengok kombinasi 2 warna tu. dia ada shawl dengan tudung bawal ye?
ReplyDeleteKoleksi terbaru kolaborasi Buttonscarves dgn Elfira Loy? Wow menarik nih.. gabungan 2 benua ye...
ReplyDeleteKolabrasi yang sesuai dengan imej Elfira Loy sekarang. Cantik berhijab. Koleksi ni ada tengok warna merah. Lawanya.
ReplyDeleteWahhhh .menarik nii.
ReplyDeleteSangat kena dengan penampilan Elfira. Corak scarf pun cantik
ReplyDeleteSiri maharani ni mmg cantekla. Suka kita tgk ...senang nak masuk pelbagai jenis busana
ReplyDeleteMinat dengan pattern dan color tudung ni, mula2 tengok terus jadi hati.
ReplyDeleteCantik cantik design Shawl The Maharani Series ni tambah lagi Elfira Loy yang jadi pakai..Kolaborasi yang menarik antara dua Negara :)
ReplyDeleteapa beza tudung ni dgn tudung malaysia?
ReplyDelete