Kebersihan yang selama ini memang dititikberatkan untuk kesihatan dan keselesaan menjadi bertambah penting apabila Covid-19 merebak di negara kita. Sehingga hari ini seluruh dunia masih berperang dengan Covid-19.

Bagi kita semua yang tugasnya duduk diam-diam di rumah bagi flatten the curve, kita berusaha untuk memastikan rumah kita sentiasa dalam keadaan bersih dan bebas kuman.

Saiz dan Harga
 
Terdapat 2 saiz botol yang ditawarkan iaitu 500 ml dan 4 liter. 

Harga bagi Kleenso Kills Germs Disinfectant 500 ml adalah RM18 dan 4 liter RM 75. 
500 ml Kleenso Kills Germs Disinfectant

Kleenso Kills Germs Disinfectant 500 ml mempunyai spray nozzle yang memudahkan kita untuk menggunakannya.

Hanya spray pada permukaan kawasan dan lap pemukaan tersebut dengan kain selepas 10 minit.
Bahan di dalam Kleenso Kills Germs Disinfectant

Kleenso Kills Germs Disinfectant yang diformulasikan untuk membunuh kuman dibangunkan menggunakan  pH neutral compounds, menyebabkan ianya adalah sesuai untuk digunakan untuk permukaan dapur dan meja makan. Ianya boleh membantu kita menyediakan rumah yang bersih dan bebas kuman.

Kleenso Kills Germs Disinfectant menggunakan bahan aktif Benzalkonium Chloride, bahan kimia yang efektif di dalam menghapuskan pelbagai spesies bakteria.

Kleenso Kill Germs Disinfectant tidak mengandungi sebarang alkohol yang dibangunkan untuk selamat digunakan bagi tujuan kegunaan harian dan umum pada harga mampu milik. 

Cara Menggunakan Kleenso Kills Germs Disinfectant

Terdapat beberapa cara menggunakan Kleenso Kills Germs Disinfectant secara efektif:

Pembersihan Umum 

Gunakan Kleenso Kills Germs Disinfectant dengan kain atau span atau spray pada permukaan kawasan yang hendak dibersihkan dan lap pemukaan tersebut dengan kain lembab selepas 10 minit.

Permukaan Kawasan yang Bersentuhan dengan Makanan

Gunakan Kleenso Kills Germs Disinfectant dengan kain atau span atau spray pada permukaan kawasan yang hendak dibersihkan. Kemudian bilas kawasan tersebut dengan air bersih. 

Lantai

Masukkan 1 cawan Kleenso Kills Germs Disinfectant ke dalam 4 liter air sebelum ianya dimop ke seluruh rumah.

Tandas

Masukkan ½ cawan Kleenso Kills Germs Disinfectant ke dalam toilet bowl. Berus kawasan tersebut sebelum flush. 

Pakaian

Masukkan 2 cawan Kleenso Kills Germs Disinfectant ke dalam 2 liter air. Rendam pakaian selamat 3 minit. Bilas dan biarkan kering.  

Kleenso Kills Germs Disinfectant tidak dicadangkan untuk digunakan pada soft vinyl, permukaan aluminium atau varnish. Bagi permukaan yang dicat, dicadangkan ianya dicuba dulu pada kawasan yang kecil.

Kedai Atas Talian Kleenso

Di samping korang boleh dapatkan Kleenso Kills Germs Disinfectant dan produk-produk Kleenso yang lain di Giant, Aeon, NSK, Mr DIY, etc, korang boleh dapatkan semua produk Kleenso secara atas talian di:


Kedai atas talian: http://kleenso.my/



Website: www.kleenso.com

Jadinya walaupun kita perlu berada di dalam rumah sepanjang masa bagi memutuskan rantaian Covid-19, kita tetap boleh membeli semua produk Kleenso secara di atas talian ye.

Pilih produk yang sesuai pada harga mampu milik untuk kebersihan rumah kita ye.

0 Comments