Tempat Menarik Pulau Pangkor 2020: Pantai Pasir Bogak, Kota Belanda, Fu Lin Kong Temple, Laksa Mee Pangkor dan Pulau Bebas Cukai
Pulau
Pangkor sememangnya terkenal dengan pantai dan laut, makanan laut yang segar,
pelbagai hasil laut dan lain-lain yang menyebabkan ia menjadi pusat pelancongan
yang terkenal di Perak.
Langsung rasa lapar |
Jom
tengok beberapa tempat menarik yang den sempat melawat semasa den pergi ke
Pulau Pangkor baru-baru ini.
Pantai Pasir Bogak
Den berpeluang bercanda di
pasiran pantai di Pantai Pasir Bogak yang terletak sepelaung je dari Pangkor Coral
Bay Resort, tempat den menginap bagi trip ke Pulau Pangkor pada kali ini. Tak
sampai 5 minit berjalan kaki nak ke pantai.
Sepanjang perjalanan dari
Pangkor Coral Bay Resort ke Pantai Pasir Bogak kita akan melalukan gerai-gerai
yang menjual pelbagai jenis kuih dan cenderahati. Tak sempat nak makan di satu
gerai laksa yang nampak sangat menggoda.
Sementara nak tunggu
sunset, sempat kitaorang makan ABC di satu gerai yang betul-betul sepelaung
dari pantai.
Pantai Pasir Bogak mungkin
tidak semeriah Pantai Teluk Nipah tetapi bagi tetap pantai sepanjang
lebih kurang 1.3 km ini meriah dengan aktiviti berkelah, mandi-manda, sukan air
dan memancing.
Seronok je la dapat mandi
laut di sini tapi disebabkan tak pakai baju yang sesuai untuk mandi-manda, den dan
kawan-kawan melepak di tepi pantai sambil tengok sunset.
Sunset di mana-mana pantai
tak pernah tak cantik kan?
Kota Belanda
Walaupun Kota Belanda ini
comel sangat tapi ia merupakan tempat yang boleh kategorikan sebagai lokasi
wajib lawat kalau korang ke Pulau Pangkor kerana nilai sejarahnya dan banyak
instagrammable spots.
Gambar dari Max Lim tidak pernah mengecewakan |
Kota Belanda atau Dutch
Fort atau Kubu
Dinding (Dingdingh) sempena nama
Sungai Dinding yang terletak di hadapan Pulau Pangkor ini telah dibina semula Jabatan Muzium Malaysia
pada 1973 dan diwartakan sebagai tapak warisan merupakan kubu peninggalan
Belanda yang mempunyai 2 tujuan pada tahun 1670 iaitu penyimpanan bijih timah
dan menghalang pihak Inggeris dan Acheh daripada merampas Pulau Pangkor.
Tiba-tiba kaki den nampak panjang macam Gisele Bunchen |
Fu Lin Kong Temple
Kalau tabung ayam lambat
lagi nak penuh untuk melawat Tembok Besar China yang terletak di Beijing,
China, korang boleh melawat replika mini Tembok Besar China yang terdapat di Fu
Lin Kong Temple, Pulau Pangkor yang merupakan tokong bagi penganut Taoist.
Kalau korang malas nak
memanjat sampai ke atas, korang boleh mengambil gambar di sekitar tokong ni
sebab memang banyak spots menarik untuk diabadikan sebagai kenangan.
Laksa Mee Pangkor - Kedai Makan Mak Ngah
Kalau Pulau Langkawi
terkenal dengan Laksa Ikan Sekoq, Pulau Pangkor pula dikenali dengan Laksa Mee
Pangkor.
Kalau datang ke Pulau
Pangkor tapi tak makan Laksa Mee Pangkor macam tak lengkap sesi berjimbaan
gitu.
Antara kedai yang
menyajikan Laksa Mee Pangkor adalah Kedai Makan Mak Ngah.
Laksa Mee Pangkor ni boleh
den katakan makanan sihat sebab ianya simple sangat.
Kalau korang tak nak makan Laksa
Mee Pangkor Laksa Mee Pangkor, boleh je pesan menu lain k.
Rezeki kitaorang masa
tengah melepak makan Laksa Mee Pangkor, ada burung enggang singgah berteduh
sekejap di kedai tu.
Pulau Bebas Cukai
Tarikan
terbaru di Pulau Pangkor adalah ianya telah diwartakan sebagai Pulau Bebas Cukai
bermula 1 Januari 2020.
Jadinya boleh borong
coklat, minyak wangi, pinggan mangkuk, etc.
Sediakan duit secukupnya ye
sebab pastinya akan rambang mata hehhehehee.
Pulau Pangkor ada banyak
lagi tempat menarik untuk dilawati selain tempat-tempat yang den ceritakan di
atas. In sya Allah kalau den berjalan-jalan lagi ke Pulau Pangkor, den update
ye.
4 Comments
Wah! Menarik dah sekarang pulau pangkor ni.. kat kota belanda tu pun dah colorful... lama tak pergi.. so kena repeat balik gamaknya ni.. hehheehe.. pangkor antara tempat yang best repeat banyak kali selain dr langkawi.. hihihi..
ReplyDeleteHa memang kena ulang pergi ni Ezzan. Sepanjang ksarie pergi Pangkor tak pernah melawat semua tempat ni sebab dok bercanda di tepian pantai je. In sya Allah lepas Covid19 berakhir, nak bawa budak-budak ke sini
Deletewah wah tatau ada Duty Free tu.. best tu borong coklat. tapi last pergi sana pun tahun 2016 keke few years ago.
ReplyDeleteharus buat lawatan ke Pangkor lepas Covid19 berakhir ye sebab banyak juga tempat best di sini rupanya
Delete