Tempat Menarik Manjung 2020: Big Whale Cafe, Hotel Ritz Garden, Horizon Garden Manjung dan Jeti Marina Island
Biasanya
kalau sebut Perak ni antara tempat yang pertama menerpa ke fikiran adalah Pulau
Pangkor tapi bandar Manjung, Bandar Pelancongan dan Maritim ini pun tidak
kurang best nya sebab ada banyak tempat menarik di sini.
Den
tidak sempat hendak pergi ke banyak tempat di Manjung pada trip kali ini tapi
den akan kongsikan 4 tempat yang korang boleh singgah bila korang ke Manjung
nanti ye.
Big Whale Café
Jangan
lupa singgah di Big Whale Café kalau korang datang ke Manjung ni ye sebab café
yang baru sahaja beroperasi ni menawarkan pelbagai menu menarik untuk korang
cuba daripada menu brunch hingga la dinner.
Ada
western, Korean and Japanese food yang boleh korang cuba.
Den
makan Japanese Omu Curry Rice. Besar portion dia. Memang kena makan 2 orang.
Lemonade
dia pun comel. Siap ada bunga telang lagi.
Den
sharekan gambar-gambar yang den sempat ambil ye supaya korang tergoda
menengoknya hehehehhee.
Café
memang cozy dan welcoming. Memang mengundang untuk lepak lama bersama
kawan-kawan dan keluarga.
In
sya Allah den nak singgah lagi ke sini nanti bersama family sebab pancakes dan
kek nya nampak menggoda sungguh.
Jangan
lupa mengambil gambar bersama lukisan ikan paus di luar café ye.
Untuk sebarang maklumat
lanjut dan pertanyaan berkaitan Big Whale Café, sila hubungi:
Instagram: https://www.instagram.com/bigwhalecafe
Waktu
Operasi:
Isnin-Khamis: 12.00 tengahari - 10 malam
Jumaat-Ahad: 11.00 tengahari - 11 malam
Telefon: 05-6124701/013-3831001
Ritz Garden Hotel Manjung
Jangan
risau tentang penginapan di Manjung ni sebab Ritz Garden Hotel Manjung ada.
Hotel
3 bintang ni selesa. Biliknya memang okay sangat untuk den, kemas, bersih dan
selesa. Katil empuk, televisyen ada siaran best, mini fridge, safety box, set
coffee, etc.
Kalau
korang suka menyanyi karaoke tidak perlu keluar jauh ye sebab di dalam hotel
sendiri dah memang ada tempat karaoke.
Breakfast
yang disediakan juga not so bad. Ada banyak pilihan makanan. Sakan sangat makan
sampai den terlupa nak ambil gambar hehehehee.
Jangan
risau pasal tempat letak kereta sebab terdapat banyak open parking di depan
hotel.
Ada
Grand Ball Room dan Function Room kalau korang nak bermesyuarat, berbengke dan
berseminar ye.
Yang
bestnya hotel ni terletak di sebelah Billion dan café. Jadinya memang mudah
sangat nak shopping dan juga minum-minum.
Tel: 05-688 8811, 05-688 7711
Email: reservation@ritzgardenhotelmanjung.com (Room reservation)
Email: sales@ritzgardenhotelmanjung.com (Function)
Email: sales@ritzgardenhotelmanjung.com (Function)
Horizon Garden Manjung
Kalau
korang menginap di Ritz Garden Hotel Manjung dan tak nak keluar jauh untuk dinner, korang boleh dinner di Horizon
Garden Manjung yang terletak tidak jauh dari hotel (lebih kurang 5 minit naik
kereta).
Tengok siapa yang datang untuk dinner |
Ramai
betul orang makan di kedai ni. Bukan sahaja menyajikan pelbagai jenis menu tapi
suasana restoran yang cozy tuh buat rasa seronok nak bersantai sambil menjamu
selera.
Waktu Operasi: 12 tengahari -3.30 petang
dan 6 petang - 11 malam (setiap hari).
Telefon: 05-688 8799
Jeti Marina Island
Kebanyakan
kita akan ke Jeti Lumut untuk menaiki feri ke Pulau Pangkor.
Apa
kata nanti cuba pula naik feri dari Jeti Marina Island.
Bukan
sahaja jarak perjalanan dari jeti ini ke Pulau Pangkor lebih cepat (tak sampai
15 minit) tapi landskap di kawasan jeti ini juga sangat menarik.
Ada
banyak tempat cantik yang instagrammable. Kerusi rehat menghadap laut juga
disediakan di sini.
Kalau
kita memang tidak mengejar masa memang boleh sangat melepak dan menghirup udara
segar di sini.
Tersedia
kemudahan tandas dan pelbagai kedai menjual makanan dan minuman ringan serta
cenderahati.
Jom
bawa family dan kawan-kawan naik feri di Jeti Marina Island ke Pulau Pangkor.
2 Comments
Tergodanya tengok tempat-tempat & makanan kat restoran tu kak sarie... 😍😍😍
ReplyDeleterestoran big whale cafe tuh wajib cuba sebab memang awesome food dia. Lain dari yang lain
Delete