Tasik Kenyir 2020: Taman Herba Tasik Kenyir
Taman
Herba Tasik Kenyir terletak di Pulau Sah Kecil, lebih kurang 7 km dari
Pengkalan Gawi merupakan tempat pertama lawatan bagi Eksplorasi Tasik Kenyir UMT
Bersama Media Sosial pada kali ini.
Peserta Eksplorasi Tasik Kenyir anjuran UMT |
Taman
Herba seluas 15.84 hektar ada lebih kurang 200 spesies pokok herba yang
diselenggarakan oleh KETENGAH.
Tak
sempat nak lawat semua ruang di taman herba yang luas tuh sebab by the time
kitaorang nak hampir sampai di Taman Herba Tasik Kenyir, hujan turun
renyai-renyai dan kekangan masa.
Tapi
still kitaorang redah juga berjalan-jalan di taman herba sambil membaca
maklumat apa yang tersempat yang ada sebab bila lagi kan nak sampai di sini.
Minum Air
Herba
Kalau
datang ke Taman Herba Tasik Kenyir ni make sure korang cuba air minuman herba yang
disediakan memang untuk pengunjung rasa yang dimasak secara tradisi menggunakan
kayu arang di Pondok Harmoni.
Kombinasi
minuman herba masa kitaorang melawat Taman Herba Tasik Kenyir hari tu adalah Kacip
Fatimah dan Daun Mas Cotek (rasa macam teh tanpa gula ala-ala green tea pun iya
juga) serta kombinasi Tongkat Ali Putih dan Tongkat Ali Hitam (pahit pengsan).
Den siap minum 2 cawan air herba campuran Kacip Fatimah dan Daun Mas Cotek
sebab rasanya okay je untuk tekak den.
Walaupun cawannnya comel cuba minum tengok air herba Tongkat Ali, tengok lalu ke tak nak habiskan hehehehehe |
Maklumat
Setiap Pokok Herba (Nama Umum, Nama Saintifik dan Maklumat Ringkas Kegunaannya)
Terkebil-kebil
mata membaca nama setiap spesies herba yang mana tersempat. Memang tak sempat
sangat nak baca nama saintifik yang panjang berjela tu huhuhuhuhu. Setiap pokok
herba juga disertakan dengan maklumat ringkas kegunaan setiap herba tersebut.
Bloggers at work. Macam ni la demi mendapatkan sekeping gambar yang cantik gitu |
Kemudahan di
Taman Herba Tasik Kenyir
Kemudahan
yang disediakan di sini boleh dikatakan just nice. Ada ruang rehat, tandas,
surau, ruang pameran, tempat duduk serta nursery pokok.
Pengunjung
sebenarnya boleh membeli pokok herba di nursery pokok yang ada di sini tapi
kitaorang tak sempat nak jengah ke nursery nya.
Seronok
sebenarnya lepak di Taman Herba Tasik Kenyir ni sebab pemandangan hijau yang
dikelilingi Tasik Kenyir, memang cantik banget ye.
Waktu
Operasi
Waktu
Operasi Taman Herba Tasik Kenyir: 9 pagi
- 5 petang (setiap hari)
Kalau
korang nak tanya apa-apa tentang penganjur program kitaorang ke Taman Herba
Tasik Kenyir iaitu Universiti Malaysia Terengganu, UMT atau sebarang program di
UMT, korang boleh layari:
Website: www.umt.edu.my
Facebook: https://www.facebook.com/officialUMT
Instagram: https://www.instagram.com/officialUMT
Youtube: https://www.youtube.com/officialUMT
Twitter: https://www.twitter.com/officialUMT
0 Comments