Tasik Kenyir 2020: Air Terjun Saok
Air
Terjun Saok merupakan tempat lawatan terakhir di dalam agenda Eksplorasi Tasik
Kenyir bersama Universiti Malaysia Terengganu.
Maklumat
di dalam blog Visit Terengganu kedudukan Air Terjun Saok, Taman Herba dan Air
Terjun Lasir adalah berdekatan dan boleh dilawat dalam tempoh 1 hari kalau kena
pada jadualnya.
Den
rasa lebih teruja nak mandi di Air Terjun Saok sebab dari laluan yang
disediakan hingga nak menyampaikan ke air terjun yang kita boleh mandi di
bawahnya tuh tidak seberapa ngeri kalau nak dibandingkan dengan Air Terjun
Lasir.
Arus
tetap kuat tapi manageable sebab ada banyak batu yang membentuk kolam-kolam
kecil.
Perjalanan
dari gigi Tasik Kenyir nak menyampaikan ke kawasan air terjun agak boleh tahan
jauhnya walaupun telah disediakan laluan bertangga tapi rasa teruja tengok air
terjun mencurah-curah tuh buat rasa semangat nak menempuh perjalanan gitu.
Mulanya
celup-celup tangan dan kaki je kat kawasan air terjun yang agak deras tapi bila
dapat kawasan air terjun yang lebih kecil tuh, tuh dia sakan mandi manda siap
letak life jacket kat tepi gitu.
The membawang gang |
Tak
perlu ada adegan berenang-renang ke tepian demi sekeping gambar di kaki air
terjun sebab memang dapat mandi terus di bawah air terjun. Still kena
berhati-hati sebab batu-batuan yang ada di sini licin.
Den
memang teruja sebab dah lama gila yang amat tak mati di bawah air terjun macam
tuh. Puluh tahun ada rasanya.
Mula-mula sakan buat aksi bagai |
Mula-mula
tuh memang seronok la. Badan terasa bagai diurut-urut di bawah air terjun tuh
tapi lepas 30 minit terpaksa keluar dari air terjun tuh sebab sejuknya
mencucuk-cucuk sampai ke tulang. Siap pakej gigi terketap-ketap. Sejuk yang
tidak dapat dibawa berbincang.
Masa ni dah menggeletar |
Dalam
kesejukan tuh tetap la juga happy sebab sesi membawang bersama peserta
Eksplorasi sambil makan sandwich serta chipsmore. Memang heaven.
The bawang rangers |
Tersedia
di sini kemudahan laluan bertangga, pondok rehat dan tandas.
Kalau
tanya den nak pilih air terjun mana yang nak pergi kalau kesuntukan masa di
antara Air Terjun Saok dan Air Terjun Lasir, den lebih suka Air Terjun Saok
sebab den berjaya mandi bawah air terjun tuh hehehehehehe.
Kalau
nak dapatkan maklumat lanjut tentang Universiti Malaysia Terengganu yang
menganjurkan program Eksplorasi Tasik Kenyir ni, korang boleh layari:
Website: www.umt.edu.my
Facebook: https://www.facebook.com/officialUMT
Instagram: https://www.instagram.com/officialUMT
Youtube: https://www.youtube.com/officialUMT
Twitter: https://www.twitter.com/officialUMT
Gambar yang cantik-cantik semuanya dari lensa
photographer Amazing Terengganu, UMT dan sebagainya.
0 Comments