Tasik Kenyir 2020: Air Terjun Lasir
Kalau
ambil pakej ke Tasik Kenyir tapi tidak singgah bermandi manda di salah satu daripada
14 air terjun yang terdapat di situ macam tak ummppphhh plak rasanya.
Jadinya
den memang termasuk antara golongan yang bertuah sebab dapat bermandi manda di
Air Terjun Lasir yang merupakan salah satu agenda Eksplorasi Tasik Kenyir bersama
Universiti Malaysia Terengganu. Dari Pengkalan Gawi nak ke Air Terjun Lasir ni
dalam 16 km.
Kamera profesional photographer |
Kamera kita-kita huhuhu |
Air
Terjun Lasir terkenal sebab airnya terjun sejauh 500 kaki dan membentuk kolam
di setiap tingkat.
Perjalanan
dari gigi Tasik Kenyir dan menyampaikan ke kawasan air terjun agak boleh tahan
jauhnya walaupun telah disediakan laluan bertangga.
Memang
kena bertabahlah bawa acik-acik cam den nih ha yang menapak 3,4 tapak dah kena
berhenti mengambil nafas hehhehehehehe.
Walaupun
den mandi di kawasan yang dah ke hujung jauh dari air terjun tapi tetap terasa
arus sungai agak kuat. Dah pakai life jacket pun masih kerisauan kot tergolek
dalam sungai tuh.
Ada
banyak batuan sungai di dalam air sungai yang boleh tahan dalamnya tuh.
Cubaan
berenang-renang ke tepian demi sekeping gambar di kaki air terjun yang paling
hujung memang sangat terpleot. Dah sampai di kaki air terjun tak dapat pula nak
duduk di atas batu sebab arus sangat kuat huhuhuhu.
Tapi
seronok aje la dapat berendam di dalam air sungai walaupun tidak dapat mandi di
bawah air terjun.
Titi Gantung
Selain
daripada kita boleh nampak air terjunnya mencurah-curah, apa yang istimewa di Air
Terjun Lasir adalah ianya mempunyai titi gantung.
Memang
tidaklah setinggi dan sepanjang mana tapi untuk spesies ala-ala gayat tidak
boleh menjadi Spiderman macam den nih ha, memang la agak terkebil-kebil nak
berjalan di titian gantung tu.
Tapi
demi sekeping gambar di atas titi gantung, den tabahkan juga hati melangkah
kaki meniti jambatang gantung itu hehehhehheehe.
Kumbang bukan sebarang kumbang yang terselit dalam gambar ni. Kumbang seorang Pengarah gitu |
Kalau
datang ala-ala seumpama rombongan Cik Kiah, pastikan setiap masa tidak lebih 30
orang berdiri, bergambar ria di jambatan tersebut ye.
Kemudahan
Tersedia
di sini kemudahan laluan bertangga, pondok rehat, tandas tersedia di sini.
Staff
UMT bagitau ada tapak perkhemahan di kawasan air terjun yang lebih tinggi tapi
memang la den tak akan panjat pergi menyiasat sebab I am a scaredy cat like
that.
Menunggu bot dapat menjemput selepas puas berendam dalam sungai. Sambung plak mandi dalam Tasik Kenyir heheheheh |
A
must visit kalau datang Tasik Kenyir ye.
Kalau
nak dapatkan maklumat lanjut tentang Universiti Malaysia Terengganu yang
menganjurkan program Eksplorasi Tasik Kenyir ni, korang boleh layari:
Website: www.umt.edu.my
Facebook: https://www.facebook.com/officialUMT
Instagram: https://www.instagram.com/officialUMT
Youtube: https://www.youtube.com/officialUMT
Twitter: https://www.twitter.com/officialUMT
Gambar yang cantik-cantik semuanya dari lensa
photographer Amazing Terengganu, UMT dan sebagainya.
2 Comments
subhanallah cantiknya tempat tu
ReplyDeletememang cun habis. Back to nature gitu
Delete