SELLECTION Dinner & Appreciation Night 2020: Bag Tangan Berjenama Berkualiti Harga Diskaun - Sejarah, Penghargaan dan Masa Depan
SELLECTION rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi sebab memang telah
mendapat tempat dan kepercayaan di hati peminat barangan berjenama dan
eksklusif sejak 2015 yang pada mulanya dikenali dengan nama Branded Handbags & Kitchenware by
Rafidah di Facebook Page.
Boleh dikatakan Sellection
Dinner & Appreciation Night 2020 yang berlangsung di Black Pearl Event
Space, Shah Alam menggabungkan pelbagai perkara di dalam majlis meriah yang
dihadiri oleh kaum keluarga, sahabat handai, loyal fans, rakan perniagaan dan
media.
Menarik ye event hall ni |
Hadirin |
Sejarah Sellection
Penghijrahan Puan Nor
Rafidah Khairuddin (pengasas Sellection) dan suaminya, Encik Abdul Hadi Wisman
ke Montreal, Kanada bagi kehidupan yang lebih baik berdepan dengan cabaran yang
akhirnya menjadi pengalaman terbaik lalu membawa kepada peluang sebagai
Personal Shopper melalui Branded Handbags & Kitchenware by Rafidah.
En Hadi dan Pn Rafidah, pengasas Sellection |
Pernah dalam satu masa beliau
membuat empat kerja termasuk menjadi pembantu hotel, mengemas hotel dan
pembantu dapur dengan pendapatan 10 dolar beliau mendapat pekerjaan tetap
sebagai Software Tester di sebuah syarikat di Montreal.
Ucapan aluan oleh CEO Sellection, En Hadi |
Bagi mendapatkan pendapatan
tambahan, beliau mula menjual muffin pisang menggunakan tepung bebas gluten di
kafe sekitar Montreal pada tahun 2015 yang bukan satu perkara mudah. Pelbagai
cabaran diharungi seperti rasa skeptikal orang kerana beliau bertudung, terpaksa
membawa pisang sebanyak 20 kilogram yang dibeli dengan menaiki bas untuk dibawa
ke rumah, etc dan akhirnya muffin mulai diterima ramai dan beliau berjaya
membekalkan muffin pisang kepada sembilan buah kafe di sekitar Montreal.
Pn Rafidah berkongsi cerita |
Hasil jualan muffin pisang yang
memberangsangkan membuatkan Pn Rafidah mula pergi ke Shopping Outlet kerana
beliau sangat berminat dengan beg tangan yang mana akhirnya tercetus idea untuk
meneroka perniagaan sebagai Personal Shopper. Maka wujudlah Branded Handbags & Kitchenware by
Rafidah.
Beliau banyak berkongsi
video demo tentang handbag, artikel fesyen yang bermanfaat kepada semua
pengikut yang akhirnya membawa kepada tempahan melalui sistem pre order yang ditawarkan
melalui katalog barangan Facebook dan laman sesawang.
Selepas kembali ke tanahair
pada tahun 2017, Pn Rafidah dan suami memberikan tumpuan penuh kepada business
online shopping dan legasi Sellection.
Butik Sellection Pertama di Malaysia
Selepas membina kepercayaan
sedikit demi sedikit dengan memberikan servis perkhidmatan pelanggan terbaik
dan nilai manfaat kepada para pembeli, Sellection melangkah setapak ke hadapan
dengan pembukaan butik pertama Sellection dibuka Wangsa Melawati, Kuala Lumpur
bagi memudahkan orang ramai untuk melihat dan membeli bag tangan berjenama
secara langsung.
Harga Diskaun Bag
Tangan Berjenama
Harga bag tangan berjenama original
seperti Coach, Michael Kors, Kate Spade dan lain-lain yang dijual oleh
Sellection menawarkan harga diskaun sehingga 30%-50% bagi membolehkan lebih
ramai pelanggan memiliki bag tangan berjenama pada harga yang lebih murah di
pasaran.
Beg tangan berjenama dari
Eropah seperti Louis Vuitton, Chanel dan sebagainya turut dijual oleh
Sellection.
Matlamat utama Sellection
ialah memberi peluang kepada rakyat Malaysia memiliki barang berjenama dari Amerika
Syarikat, Kanada dan Benua Eropah yang berkualiti dengan harga mampu milik.
Misi Sellection adalah
memberikan pelanggan pengalaman istimewa apabila membeli belah dengan
Sellection seolah-olah mereka membeli barangan mewah itu terus di butik atau
outlet jenama terkenal itu sendiri.
Sellection Dinner & Appreciation Night
2020
Selain daripada berkongsi
kisah perjalanan Sellection, Sellection Dinner & Appreciation Night 2020
juga dimeriahkan dengan pelbagai agenda semasa semua hadirin menjamu selera
makanan yang enak:
1. Pelancaran Online
Premium Outlet yang pertama di Malaysia.
2. Pelancaran membership
card dan gift card Platinum, Gold dan Diamond.
3. Penghargaan kepada 3
orang loyal fans yang menyokong perjalanan Sellection sejak 2015 berupa beg
Coach, Kate Spade dan Michael Kors.
4. Penghargaan kepada
business partner atau reseller terbaik.
5. Sambutan Hari Lahir Pn
Rafidah.
6. Cabutan bertuah berupa
voucher RM50 kepada lebih 15 orang hadirin yang menghadiri dinner ini.
7. Cabutan bertuah kepada
member Platinum, Gold dan Diamond berupa beg tangan berjenama.
8. Hadiah pakaian terbaik.
Peluang Sebagai Rakan Perniagaan
Sellection membuka peluang perniagaan
kepada masyarakat untuk menjana pendapatan sebagai rakan perniagaan atau
Reseller di dalam perjalanan Sellection yang akan terus berkembang maju.
Mengambil aura orang berjaya, the woman of the night, Pn Rafidah |
#SistersdiMalaysia
Puan Rafidah memperkenalkan
tanda pagar SistersdiMalaysia sebagai rangkaian terbaik Sellection mendekatkan diri
dengan pengikut dan pelanggan Sellection yang kebanyakannya terdiri daripada rakan
alam maya yang jauh di mata, namun dekat di hati.
Tak dapat beli bagnya, dapat bergambar jadi la gitu konsepnya |
Untuk
mendapatkan maklumat lanjut tentang Sellection, korang boleh layari:
Website: www.sellection.com
Instagram: https://www.instagram.com/sellectioncom
Butik
Sellection:
Ground Floor, 10, Jalan Wangsa Setia 4,
Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur
3 Comments
bestnya majlis tu, exclusive sangat ^_^
ReplyDeleteseronok tengok kejayaan orang lain. sumber inspirasi
Deleteinstagram: Aasimahaadilaaloanfirm
ReplyDeletetwitter: ... aasimahaadilaahmedloanfirm
E-mel: aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
salla Llâhu ‘alayhi wa sallam, nama saya Neni Syahir, saya adalah korban penipuan di tangan kreditor palsu. Saya kehilangan sekitar Rp.65.000.000 karena saya membutuhkan modal besar Rp. 5,5 miliar. Saya hampir mati, saya tidak punya tempat untuk pergi dan bisnis saya hancur, dan dalam proses itu saya kehilangan suami saya. saya tidak tahan lagi dengan hal ini. 4 November 2019 ini, saya bertemu dengan seorang teman lama di sebuah restuarant di Bandung yang memperkenalkan saya kepada seorang ibu yang baik, Ny. AASIMAHA ADILA MEMILIKI LOAN FIRM, yang akhirnya membantu saya mendapatkan pinjaman di sebuah perusahaan. Tolong, bantu saya untuk berterima kasih kepada ibu muslim yang memberikan pinjaman besar kepada pemilik perusahaan, pabrik burung hantu dan orang pribadi. Saya juga ingin menggunakan kesempatan ini untuk menasihati sesama orang Indonesia, Jika Anda ingin pinjaman modal besar, Anda dapat menghubungi mereka dan melihat situs web mereka Anda perlu tahu bahwa ada banyak scammers di blog ini yang tidak memiliki situs web di google map, saya menawarkan pinjaman dengan tingkat sangat rendah 1% dan saya mendapat pinjaman dalam 1 jam. .
Kontak Aplikasi pinjaman besar
E-mel: *******aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
WhatsApp ::: ************ + 447723553516
Email saya; ***************** nenisyahir@gmail.com
Bismillâh ar-ra.hmân ar-ra.hîm