Den pernah pergi Seoul pada tahun 2003 atas urusan kerja. Masa tuh KPop tak meletup lagi. Makanan Korea yang den sakan ulang makan adalah kimchi.

Den dan buong selalu ulang tengok scenes masak-memasak dan makan-makan dalam Jewel In The Palace (antara sageuk drama favourite kitaorang). Terkesima tengok resepi depa macam-macam ada.

Lepas KPop menguasai dunia...chewah ayat...pelbagai jenis hidangan Korea mula menghiasi arena makanan di Malaysia. So restoran Korea mana sebenarnya yang menyajikan resepi asli masakan Korea?

Keistimewaan EID Authentic Korean Cuisine

Ada banyak kan restoran Korea sekarang ni kat Malaysia? Jadinya apa istimewanya restoran EID Authentic Korean Cuisine?
1. Confirm authentic Korean cuisine sebab pemiliknya suami isteri Korean Muslim (Yu Hyunwoo atau Saad dan Han Narae atau Nadia). Resepi pun resepi keluarga.
Sedikit latar belakang
2. Disahkan halal oleh JAKIM

3. Portion setiap hidangan yang kitaorang makan agak besar. Memang kena kongsi.

4. Side dishes boleh refill.

EID Authentic Korean Cuisine, Damansara Perdana

Kitaorang pilih untuk makan di EID Authentic Korean Cuisine Damansara Perdana sebab ni paling dekat dengan rumah.

2 cawangan EID Authentic Korean Cuisine yang terawal terletak di Seremban Gateaway dan Bangi Sentral. 

EID Authentic Korean Cuisine Damansara Perdana adalah cawangan ketiga di Malaysia yang dibuka pada 5 September 2019.

Cozy sangat tempat ni. Minimal design tapi welcoming sangat atmosphere nya. Sesuai untuk santai melepak bersama kawan-kawan, spending some quality time with the family, etc.
Kakitangannya mesra dan very accomodating.

Apa Kitaorang Makan

Kitaorang pilih menu yang simple je untuk 4 orang makan (den, buong dan 2 orang anak bujang den tuh).

Honey Dakgangjung (boneless chicken)
Original Tokpokki
Cheesy corndog
Nasi dan sup seaweed
2 aloe juice dan 2 green tea
Mujur sangat order menu nih je sebab jenuh nak menghabiskannya. Portion boleh tahan besar.

F makan corndog sorang dia ye. Den dan buong sempat rasa segigit je. Tak sangka sedap ye. Rasa manis-manis macam tuh. A baru bangun tido jadinya dia weng sikit. Kalau dia segar bugar harus la ada drama berebut corndog dengan abang dia.
Budak ni cerewet ye bab makan. Kalau dia makan licin tuh maknanya memang sedap naw la tuh
Original Tokpokki tuh den kena makan kongsi dengan buong sebab banyak. Kalau den makan sorang memang la tak habis. Kenyal sungguh pasta dia tuh. Surprisingly cheese dia tak muak langsung. Eh memang sedap la. Buong kalau dia kata sedap tu memang sedap la sebab dia tak biasa makanan hipster ni.
Si A makan Honey Dakgangjung (boneless chicken) dengan nasi. Luar crunchy dalam elok juicy. Lega macam tuh kejadiannya sebab just nice dengan tekak kitaorang. Ratah saja pun sedap ni. 
Kalau korang spesies tak suka manis sangat dan suka yang pedas-pedas, boleh pilih menu Yangnyeom (sweet and spicy boneless chicken).

Side dishes memang healthy ye sebab pelbagai spesies sayuran terlibat.
Aloe juice dia memang terbaik. Soothing je.

Menu

Ada banyak pilihan menu di EID Authentic Korean Cuisine Damansara Perdana ni.
Korang sediakan aje la perut nak cuba macam-macam menu yang ada. Den sharekan gambar menu yang den sempat ambil ye.
Kalau korang memang penggemar makanan Korea tapi tak pernah makan di mana-mana cawangan EID Authentic Korean Cuisine, korang wajib cuba untuk kelainan dan perbandingan rasa.

Untuk first timer macam buong yang tak pernah makan makanan Korea, korang patut cuba makan di EID Authentic Korean Cuisine bagi rasa asli makanan korea.

Waktu Operasi EID Authentic Korean Cuisine Damansara Perdana adalah setiap hari dari 11 pagi hingga 10.30 malam.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari:


2 Comments

  1. sedap dan menyelerakan tu! Yummy....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Abam Kie datang KL jangan lupa singgah sini ye

      Delete