Kesihatan Mental: Perkongisan oleh En Ardi, Befrienders Kuala Lumpur. Kempen Kesihatan Mental Sempena Hari Wanita Sedunia oleh Sofea Rose
Misi NGO BefriendersKL yang
ditubuhkan pada 1970 adalah untuk mengurangkan kes bunuh diri di Malaysia.
Statistik pada 2019
menunjukkan terdapat 35,000 orang yang telefon atau berjumpa BefriendersKL
tentang kesihatan mental dan 40% ada rasa hendak membunuh diri. 35% adalah
daripada wanita. Angka ini meningkat saban tahun.
Sesiapa sahaja boleh
mempunyai keinginan untuk membunuh diri walaupun dia tidak mempunyai isu penyakit
mental.
Bertanyakan status keadaan
seseorang boleh membantu orang tersebut untuk tidak membunuh diri kerana
dirasakan masih ada yang peduli.
En Ardi, BeFriendersKL |
Isu Yang Diterima oleh BefriendersKL
Antara mereka yang
menghubungi BefriendersKL, mempunyai isu:
1. kesihatan mental - depression,
anxiety disorder, postpartum depression, bipolar dan skizofernia.
2. masalah perhubungan
cinta.
3. masalah keluarga
Kes paling muda
BeFriendersKL pernah terima adalah 8 tahun.
Bantuan Kepada Orang Yang Hendak Bunuh Diri
1. Tanya- pernah ke rasa macam nak bunuh diri;
2. Cara - tanya cara mereka hendak bunuh diri. Contohnya pil tidur
atau benda tajam. Kita sorokkan pil dan benda tajam;
3. Be there for them - jangan biarkan mereka keseorangan;
4. Dapatkan bantuan - telefon BeFriendersKL, Nur dan lain-lain serta
bawa mereka pergi ke hospital; dan
5. Follow up - tanya tentang perkembangan mereka.
Dapatkan bantuan yang
diperlukan dengan segera.
BeFrienders mempunyai
cawangan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh, Melaka dan Seremban
Untuk maklumat lanjut
tentang BeFriendersKL, boleh layari:
Website: www.befrienders.org.my
Facebook: https://www.facebook.com/BefriendersKL/
Instagram: https://www.instagram.com/befrienderskl
Telefon: 603-79568145 [24 jam]
0 Comments