Kesihatan Mental: Dari Perspektif Islam oleh Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. Kempen Kesihatan Mental Sempena Hari Wanita Sedunia oleh Sofea Rose
Adakah kesihatan mental
disebut di dalam Islam? Ini antara persoalan yang dilontarkan kepada Ustaz Don Daniyal di dalam Forum Kesihatan Mental anjuran SofeaRose.
Orang sekarang ramai yang
tidak mengamalkan perubatan Islam.
Bukan sahaja kesihatan
mental dibincangkan di dalam Islam tetapi ianya juga telah disediakan penyelesaian
berkaitan dengannya (melalui doa).
Makan 7 biji kurma setiap
pagi untuk menghindarkan diri daripada sihir.
Doa Menghindari Penyakit Fizikal Dan Mental
Disarankan mengamalkan doa
menghindari penyakit fizikal dan mental.
3 Golongan Yang Tidak Akan Mendapat Dosa
3 golongan yang tidak akan
mendapat dosa yang dibincangkan di dalam Feqah:
1. Orang yang tidak tahu
sehingga dia tahu;
2. Orang yang tidur
sehingga dia terjaga; dan
3. Orang yang gila sehingga
dia sedar.
4 Perkara Tanda-Tanda Kebahagian Seorang
Muslim
Tanda-tanda kebahagian
seorang muslim adalah 4 perkara iaitu:
1. pasangan yang
soleh/solehah – pasangan kita adalah cerminan kita;
2. kenderaan yang elok/baik.
Jangan over kepada perkara yang kita tidak mampu;
3. rumah. Mendorong diri
supaya menyibukkan diri mencari dunia yang perlu pada dirinya agar dia lupa
pada perkara-perkara yang boleh memberi tekanan dalam hidupnya; dan
4. mempunyai jiran tetangga
yang baik = persekitaran yang baik.
Kisah Stress Nabi Muhammad SAW
Bulan Rejab 1441 tahun
dahulu, ketika Nabi Muhammad SAW berusia 50 tahun, tahun tersebut digelar
Aa’mulkhuzni iaitu tahun tekanan (stress).
Stress adalah fasa yang
semua orang akan melaluinya, even Nabi pun stress.
Tidak ada tugas yang paling
mulia dan terbaik selain tanggungjawab Nabi tetapi tugas tersebut juga stress.
Bukan kecil-kecil punya stress.
2 peristiwa kaedah Nabi
Muhammad SAW menyelesaikan tekanan (stress):
1. Allah jemput Nabi
Muhammad SAW bagi perjalanan Isra’dan
Mikraj antaranya untuk mencari penyelesaian kepada masalah stress yang
Baginda lalui. Nabi Muhammad SAW jumpa Nabi-Nabi lain di setiap langit di dalam
Isra’dan Mikraj. Kaedah untuk hilangkan stress adalah regeneration (be there
when someone need you).
Kesimpulan Isra’dan Mikraj
adalah solat. Untuk pastikan jiwa kental dan utuh perlu jaga sembahyang (jaga
bacaan, jaga hukum hakam, jaga tindak tanduknya, fokus dalam solat, etc).
2. Ketika Nabi Muhammad SAW
mendapat wahyu yang pertama, Nabi
keluar dari Mekah dan duduk di Gua Hira’ di Jabal Nur.
Perlu keluar dari masalah
dan mencari penyelesaian kepada masalah tersebut.
Dunia VUCA
Kita sekarang berada di
dalam dunia VUCA (VUCA world) iaitu dunia caca merba.
V - volatility = perkara
yang tidak dijangka/keadaan tidak menentu.
U - uncertainty = tidak
pasti
C - complexiticy = perkara
jadi kompleks
A - ambiguity = tak tau nak
buat apa.
Doa Saidina Abi Darda
Adakah Orang Yang Mempunyai Masalah Kesihatan
Mental Tidak Beribadah (tidak solat, tidak baca quran, tidak berzikir, etc)?
Dalam Al-Quran tidak ada
kecaman sebegini.
Apabila kita cepat
meletakkan bahawa kesan kemurungan adalah disebabkan dia tidak buat sesuatu
yang berada di dalam ajaran Islam, ia adalah satu tohmahan dan fitnah (mengata
belakang/mengumpat).
Kita perlu berhati-hati di
dalam bercakap. Kadang kala kata-kata kita boleh menyebabkan tahap tekanan
makin teruk. Cyber bully.
Berkata baik atau diam.
Apa kesan perkataan dan perbuatan.
Zikir adalah sangat powerful.
Dalam Quran ada arahan
sembahyang, zakat, puasa, umrah dan haji tetapi tidak ada arahan banyak
sembahyang, zakat, puasa, umrah dan haji tetapi bilangan perkara-perkara ini
dijelaskan di dalam hadis Nabi. Dalam Quran Allah sebut memperbanyakkan zikir.
Zikir sebagai pertahanan
kepada orang Islam.
Semoga kita sama-sama
mendapat manfaat daripada sharing oleh Ustaz Don ini ye.
0 Comments