Pernah tak rasa kecewa bila power window sukar digerakkan ke atas dan ke bawah, tapi disebabkan terlalu sibuk, kita tidak sempat untuk mendapatkan bantuan mekanik sebelum ia tersekat?

Atau pernah tak berdepan dengan masalah getah tingkap rumah atau pintu peti sejuk mengeras sampai tidak boleh berfungsi dengan baik lagi? 

Biasanya tingkap dan pintu peti sejuk tidak tertutup rapat yang menyebabkan ada ruang terbuka. Jadinya perlu mencabutnya dan mengantikan getah itu dengan yang baru?

Keadaan ini menunjukkan bahawa getah dan PVC mudah mengeras dari masa ke masa. Untuk mengatasi masalah ini, selalunya kita memerlukan pelincir bagi mengembalikan getah yang mengeras itu kepada keadaan asal.

Inilah sebabnya Pelincir Silikon Prestasi Tinggi Pakar WD-40® penting berada di setiap rumah. 

Apa yang perlu dilakukan adalah sembur pelincir silikon pada permukaan yang bermasalah.

Ia adalah formula tanpa pewarna dan berkesan dalam memberikan pelinciran yang sangat baik, tanpa mengotorkan. Ia juga melindungi daripada kelembapan, dan kalis air. 

Apa yang perlu dibuat sekiranya paip saliran plastik di rumah tersekat? Tiada masalah. Hanya semburkan pada bahagian terbabit dan ianya akan mudah dibuka.
Selain getah dan PVC, produk ini juga berkesan ke atas logam dan vinil. Jadi, ianya boleh digunakan pada engsel pintu dan kunci mangga, menanggalkan bahan tampalan seperti tampalan pintu PVC, pemasangan tolak paip dan banyak lagi.

Bagi power window yang bermasalah, curahkan dan semburkan Pelincir Silikon Prestasi Tinggi Pakar WD-40® di sepanjang penyisipan getah di kedua-dua sisi serta bahagian atas pintu kereta, dan lapkan lebihan yang ada. Biarkan selama beberapa minit, dan tingkap tersebut boleh digerakkan ke atas dan ke bawah seperti biasa.

Untuk maklumat lanjut dan tips, mengenai barisan produk pakar automotif, boleh layari https://wd40.asia/my 

0 Comments