Seni sememangnya telah dikenalpasti sebagai salah satu bentuk terapi di dalam hidup manusia. Waduh…waduh….ayat skema gitu hehehehehe.

Minggu lepas den bawa anak-anak den ke kelas percubaan di School of Arts PJ Old Town. Diaorang memang suka je melukis dan menconteng di rumah jadinya bila ada peluang nak mendapatkan tunjuk ajar dan pandangan cikgu seni yang bertauliah, den suka aje la hehehehe.
Sakan depa dok mewarna
Sementara kiddos mewarna di bawah pemerhatian Cikgu Afiqah, den bersembang dengan CEO School of Arts PJ Old Town iaitu Encik Linkeshwaran ArulJothi yang very passionate about arts, ramah dan sangat teruja berkongsi maklumat tentang kelas-kelas seni yang ditawarkan di sini.
Mr CEO yang passionate about art
Apa Istimewanya Kelas Seni oleh School of Arts PJ Old Town?

Dengan matlamat ‘seni untuk semua’ atau ‘arts for everyone’, School of Arts PJ Old Town menyediakan Kelas Seni:

1. merangkumi semua peringkat umur (3 tahun - dewasa)

2. harga mampu milik

3. silibus mengikut fasa dan jadual

4. guru yang bertauliah

5. persekitaran yang cozy dan welcoming

Best kan kalau dapat jumpa kelas seni yang ada semua ciri-ciri ni. Ala-ala one stop centre gitu. 

Tiga Kategori Kelas Seni

Basic/Asas
 
Kategori Umur: 3 - 7 tahun. Biasanya ambil masa 1 tahun bagi pelajar untuk selesai belajar semua teknik.

Kelas yang akan dibimbing oleh cikgu Ummu ini akan dijalankan secara langkah demi langkah.

Mula-mula anak-anak akan diajar pelbagai teknik mewarna

Banyak ye rupanya teknik mewarna ni. Setakat yang den boleh tangkap masa bersembang dengan CEO School of Arts PJ Old Town, Encik Linkesh ada teknik mewarna hatching, cross hatching, colored pencil, dark colour outline, blending, combination of colours, oil pastel, carving, pattern, etc. 
Ini hasil kerja pelajar ye. Kalau suruh den mewarna, belum tentu dapat hasil macam ni huuhuhu.
Selepas cikgu kata lulus teknik-teknik mewarna, anak-anak akan diajar melukis bentuk asas (basic shapes).

Seterusnya anak-anak akan diajar teknik water colour. Sungguh selama ni den tak tau pun ada pelbagai teknik dalam water colour. Antara teknik yang anak-anak akan belajar adalah brush strokes, water without water, wet on wet, water colour with salt, water colour with salt and oil pastel, etc.
Ini hasil seni cikgu yang mengajar.See my level? Eh tetiba plak hehehhehe
Korang jangan tanya den apa beza setiap teknik mewarna ni ye sebab den ni warna royal blue dan navy blue pun den dah keliru. Lagi pula pasal teknik mewarna ni. Memang la den tidak tahu langsung.

Intermediate

Kategori Umur: 8 - 12 tahun. Biasanya ambil masa 1 tahun bagi pelajar untuk selesai belajar semua teknik.

Kelas yang akan dibimbing oleh cikgu Atiqah ini akan memfokuskan kepada teknik melukis yang bermula dari garisan, bentuk, bentuk 3D, cahaya dan bayang-bayang, composition, proportion, etc.
Ini teknik-teknik melukis yang kita perlu belajar di intermediate level
Ini semua cikgu yang buat
Advance

Kategori Umur: 12 tahun ke atas. Biasanya ambil masa 2 tahun bagi pelajar untuk selesai belajar semua teknik.

Cikgu Izad akan membimbing semua pelajar untuk membuat sketching, potrait sketching, figure drawing, cartoon and comic (western and anime), water colour, archelic painting, soft pastel, oil pastel, lino printing, etc.
Kalau belajar teknik water colour, kena lulus mewarna macam ni dulu. Kalau den harus la menangis air mata darah nak menyiapkan ni. See my level? Ini level Diploma ye.

Maafkan den ye kalau ada teknik melukis dan mewarna tu den tersalah eja bagai sebab den memang tidak familiar dengan jargon berkaitan seni ni.

Had Umur
 
3 tahun hingga dewasa. Setakat ni student yang paling senior adalah 61 tahun.

Encik Linkesh maklumkan bahawa setiap orang mempunyai tahap seninya yang tersendiri. Jadinya tempoh kita nak beralih dari fasa asas ke intermediate ke advance tuh bergantung kepada tahap keseniannya gitu. Kalau memang berbakat dalam seni, mungkin tak perlu masuk kelas basic, terus masuk kelas intermediate. Kalau yang dah memang art prodigy, boleh masuk terus kelas advance gitu. 

Tapi untuk kita yang dewasa ni, Encik Linkesh kata akan dimasukkan terus ke kelas advance walaupun kita tiada basic melukis.

Harga Mampu Milik 

Kebiasaannya den selalu terjumpa dengan kelas seni yang menarik tetapi harga kelasnya agak mahal. Jadinya bila School of Arts PJ Old Town menyediakan kelas seni di bawah bimbingan 3 orang cikgu yang bertauliah di dalam bidang seni pada harga mampu milik, den memang rasa ianya perlu diwar-warkan sebab perkara yang baik harus dikongsi bersama gitu.

Setiap kelas bagi ketiga-tiga kategori kelas akan dilaksanakan sebanyak 1 kali seminggu atau 4 kali sebulan.

Basic - RM70/bulan (Setiap kelas 1 jam).

Intermediate - RM90/bulan (Setiap kelas 1 jam 30 minit).

Advance - RM150/bulan (Setiap kelas 2 jam).

Kaedah bayaran: 1 bulan deposit + 1 bulan bayaran + RM20 yuran pendaftaran + RM35 buku (basic dan intermediate. Advance tidak perlu buku).
Setakat artikel ini ditulis hari ini, begini la jadual kelas dan harga yurannya. Untuk latest info, kena contact School of Arts ye
Ruang Belajar Seni

Setiap kelas dibahagikan mengikut kategori. Jadinya ada tiga kelas.

Semua kelas berwarna warni. Memang kena sangat la dengan temanya kelas seni hehehhehee.
Kelas basic
Kelas intermediate. Lupa pula nak ambil gambar penuh

Kelas Advance
Kelas bersih dan selesa. Ruang nak memupuk bakat seni pun just nice. Memang okay sangat.

1 kelas maksima 8 orang pelajar supaya cikgu boleh fokus untuk membimbing setiap orang.

Guru Seni Bertauliah

3 orang cikgu iaitu Cikgu Ummu (basic), Cikgu Afiqah (intermediate) dan Cikgu Izad (advance) yang mengajar di School of Arts PJ Old Town merupakan lulusan Ijazah Seni Grafik dan Seni Halus daripada university tempatan yang sangat aktif mengambil bahagian di dalam pelbagai pameran seni di seluruh negara. 
Kiddos bersama hasil depa mewarna bermasa Cikgu Atiqah, cikgu Kelas Intermediate
Dah kenapa Cikgu Izad, cikgu kelas advance ni pejam mata pula hehehehehe
Cikgu memang expert seni, harga mampu milik, belajar macam-macam teknik lagi. Best kan?
Memang minat kaw-kaw dengan seni cikgu-cikgu ni
Promosi Kelas Seni

Buat masa sekarang sehingga diberitahu kelak, pada setiap minggu ketiga setiap bulan, School of Arts PJ Old Town menganjurkan kelas percubaan percuma selama 30 minit. Sekiranya mendaftar terus selepas kelas percubaan tersebut, akan dapat 1 kelas percuma pada minggu keempat.

Ha boleh bawa anak-anak ke sini ye untuk cuba kelas percubaan percuma ni. Menarik sangat.
Promosi terkini sempena cuti sekolah

Antara kelas seni yang ditawarkan
Bengkel Seni Bersama Badan Korporat/Agensi/Sekolah, etc

School of Arts PJ Old Town juga berbesar hati untuk bekerjasama dengan mana-mana sekolah, badan korporat, agensi kerajaan dan swasta, etc di dalam menjalankan bengkel seni bersama kanak-kanak, pekerja dan sebagainya. Untuk keterangan lanjut jenis bengkel seni yang boleh ditawarkan serta yuran yang berkaitan, boleh berhubung dengan School of Arts PJ Old Town ye.

Maklumat Lanjut

School of Arts PJ Old Town mulai beroperasi pada Julai 2018 dan sedang di dalam perancangan untuk membuka cawangan yang kedua di dalam masa terdekat di Puchong.

Untuk sebarang maklumat lanjut tentang kelas yang ditawarkan, yuran setiap kelas, jadual waktu kelas dan sebagainya, boleh layari dan hubungi:



Telefon: 012-6518810/0147027451 

1 Comments

  1. instagram: Aasimahaadilaaloanfirm
    twitter: ... aasimahaadilaahmedloanfirm
    E-mel: aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com

             
    salla Llâhu ‘alayhi wa sallam, nama saya Neni Syahir, saya adalah korban penipuan di tangan kreditor palsu. Saya kehilangan sekitar Rp.65.000.000 karena saya membutuhkan modal besar Rp. 5,5 miliar. Saya hampir mati, saya tidak punya tempat untuk pergi dan bisnis saya hancur, dan dalam proses itu saya kehilangan suami saya. saya tidak tahan lagi dengan hal ini. 4 November 2019 ini, saya bertemu dengan seorang teman lama di sebuah restuarant di Bandung yang memperkenalkan saya kepada seorang ibu yang baik, Ny. AASIMAHA ADILA MEMILIKI LOAN FIRM, yang akhirnya membantu saya mendapatkan pinjaman di sebuah perusahaan. Tolong, bantu saya untuk berterima kasih kepada ibu muslim yang memberikan pinjaman besar kepada pemilik perusahaan, pabrik burung hantu dan orang pribadi. Saya juga ingin menggunakan kesempatan ini untuk menasihati sesama orang Indonesia, Jika Anda ingin pinjaman modal besar, Anda dapat menghubungi mereka dan melihat situs web mereka Anda perlu tahu bahwa ada banyak scammers di blog ini yang tidak memiliki situs web di google map, saya menawarkan pinjaman dengan tingkat sangat rendah 1% dan saya mendapat pinjaman dalam 1 jam. .
                                  Kontak Aplikasi pinjaman besar

    E-mel: *******aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
    WhatsApp ::: ************ + 447723553516
    Email saya; ***************** nenisyahir@gmail.com
    Bismillâh ar-ra.hmân ar-ra.hîm

    ReplyDelete