Jenama SofeaRose Menganjurkan Kempen Kesihatan Mental Sempena Hari Wanita Sedunia
Jenama hijab terkenal,
SofeaRose yang sememangnya prihatin dengan isu berkaitan wanita melalui
pelaksanaan pelbagai program atas tanggungjawab sosial korporat (CSR) pada kali
ini menganjurkan Mental Wellness Campaign sempena Hari Wanita Sedunia yang
disambut pada 8 Mac setiap tahun.
Peka dengan perkembangan
isu semasa, SofeaRose tampil dengan lebih proaktif dengan membincangkan isu
Kesihatan Mental: Dari Perspektif Islam dan Kesihatan.
Berdasarkan statistik
Kesihatan Awam, peratusan penyakit kesihatan mental berada di tahap yang
semakin membimbangkan di mana 1 daripada 3 orang penduduk Malaysia menghidap
penyakit mental seawal umur 16 tahun. Menyedari akan tanggungjawab terhadap
sosial, jenama pengeluar pakaian muslimah modest ini mengambil peluang untuk
sama-sama membantu masyarakat melalui penganjuran bual bicara ini.
Pengarah Kreatif SofeaRose,
Farrah Aina Sofian Sauri mengatakan "Kami sedar dan perlu bantu kerana
sebagaimana masyarakat tahu masalah mental kini semakin berada di tahap yang
begitu membimbangkan. Jika dahulu, ia mungkin dikaitkan dengan keturunan,
tetapi pada hari ini, penyakit ini semakin menular di kalangan masyarakat dunia
dengan peningkatan yang mendadak".
Puan Farrah Aina |
"Besar harapan kami
agar penganjuran program sehari ini sedikit sebanyak dapat memberikan impak
positif kepada masyarakat umumnya dan kaum wanita khasnya. Saya percaya, jika
kami tidak mengambil berat akan tanggungjawab ini dengan bantuan kuasa media
khususnya, masyarakat kita akan terus tenat dan lemas tanpa bantuan" kata
beliau.
En Zaki, boss SofeaRose |
Sebelum ini SofiaRose
menjalinkan kerjasama bersama Majlis Kanser Negara, MAKNA di dalam menjayakan
Pinktober sempena Hari Kanser Sedunia yang disambut secara global.
Antara pengisian menarik
sepanjang program adalah Forum Kesihatan Mental: Dari Perspektif Islam dan
Kesihatan yang dibarisi dengan panel jemputan iaitu Pendakwah Selebriti, Ustaz
Don Daniyal Don Biyajid dan Pegawai Perubatan Dr Husna Zahry. Turut hadir memberikan penerangan adalah
rakan NGO iaitu BefriendersKL. Den akan kongsikan ringkasan intipati forum dalam blogpost akan datang ye.
En Ardi, Cik Shafinaz, Puan Farrah, Encik Zaki, Ustaz Don dan Dr Huda |
Memasuki tahun keenam,
SofeaRose telah melebarkan sayapnya melalui pembukaan outlet terbaru mereka di
Central i-City Shah Alam dan Kota Bharu.
Untuk maklumat lanjut
tentang SofeaRose, boleh layari:
Website: www.sofearose.com
Facebook: https://www.facebook.com/sofearose.my
Instagram: https://www.instagram.com/sofearose_hq
Cawangan
Bukit SofeaRose
1.
Melawati Mall, Unit No. L2-27, No. 355, Jalan Bandar Melawati,
Pusat Bandar Melawati, Kuala Lumpur.
2. L2-08, Central i-City , Plot 1, I-city, Jalan Multimedia,
Seksyen 7, Shah Alam.
3. PT 416 (Tingkat Bawah) Rumah Kedai Lembah Sireh, Kota Bharu,
Kelantan.
4. Bangi Sentral, Jln Medan Pusat Bandar 8A, Seksyen 9, Bandar Baru
Bangi.
0 Comments