Bak kata tajuk lagu Vanessa Williams 'Save the Best for Last', begitu la juga post terakhir den tentang Eksplorasi Tasik Kenyir oleh Universiti Malaysia Terengganu bersama media sosial yang berlangsung pada 18 - 20 Februari 2020. 

Eh tak habis lagi ke cerita pasal Eksplorasi Tasik Kenyir oleh Universiti Malaysia Terengganu ni ye.

Begitu la kalau program tuh terkesan pada hati sebab urusetia, peserta, program, makanan, penginapan, etc semuanya super awesome. Memang akan terkenang-kenang gitu.

Den hendak merakamkan ribuan terima kasih kepada Universiti Malaysia Terengganu sebab sudi menjemput den bersama-sama merasai pengalaman dan keindahan Tasik Kenyir yang merupakan salah satu pusat penyelidikan UMT. 
Not only I get to know a little bit more about UMT yang memfokuskan kepada sains marin dan sumber akuatik termasuk kepelbagaian biologi (ayat skema habis ni heheheheehe) tetapi den dapat capai beberapa perkara dalam bucketlist den:

Melawat Tasik Kenyir
Mandi manda di Tasik Kenyir

Menginap di house boat

Terjun dari bot

Mandi air terjun best

Ada orang tanya ada ke program-program yang Universiti Malaysia Terengganu anjurkan yang orang awam, jabatan, NGO, sekolah atau syarikat boleh sertai bagi meningkatkan kesedaran kakitangan tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, habitat, ekosistem, flora dan fauna, etc di Tasik Kenyir atau mana-mana pusat penyelidikan Universiti Malaysia Terengganu. 

In sya Allah ada. Antaranya:

1. Program Penghayatan Alam: Penghargaan Flora dan Fauna;

2. Program Sayangi Alam Sekitar Bersama Komuniti;

3. Program Night Safari;

4. Program Memburung di Tasik Kenyir;

5. Program Jaringan Komuniti; dan pelbagai program lain.

Den nak share juga beberapa penyelidikan dan pembangunan yang telah dan sedang dilaksanakan oleh UMT sebab perkara yang bermanfaat dan baik perlu dikongsi bersama:

1. Kajian Burung Ikonik Tasik Kenyir;

2. Pemerkasaan Pembangunan Lestari Masyarakat Dengan Ekosistem Tasik Kenyir;

3. Kajian Tenggiling;

4. Penerbitan Buku Minda Niaga Usahawan Desa; dan lain-lain.

Besarlah harapan diri ini (chewah sangat ayat kan) agar UMT sudi menjemput lagi den untuk menyertai explorasi tiga pusat penyelidikan UMT yang lain iaitu Setiu Wetland, Pulau Bidong dan Chagar Hutang Pulau Redang.

Kenapa den nak joint lagi eksplorasi dengan UMT?

1) urusetia Pejabat Komunikasi Korporat yang menjayakan eksplorasi Tasik Kenyir ni memang super awesome termasuklah Pengarahnya yang sempoi gila boleh duduk bersila menyembang dengan kitaorang;

2) peserta Eksplorasi semuanya hebat-hebat yet humble dan ramah-tamah;

Rezeki den kali ni jumpa orang yang bukan kaleng-kaleng dalam Eksplorasi Tasik Kenyir bersama media sosial anjuran UMT ni.

Pengarah Pejabat Komunikasi Korporat UMT yang super awesome. Sporting yang amat. Humble naw sampai den terkesima. Siap lap meja bagai. 
Tuan Haji Syirfan Indra
Urusetia yang macam dah kenal lama sebab ramah tamah dan bagi layanan first class sepanjang masa.

Ahli kelab Amazing Terengganu yang tanpa putus asa mempromosikan keunikan dan keindahan Terengganu

Photographer professional yang menang anugerah, etc.

The drone guys. Berdebar tengok depa terbangkan drone tinggi-tinggi wei. Lupa pula nak tanya apa IG Ustaz drone.

Personaliti televisyen Al-Hijrah bersama pasukannya nya. In sya Allah next time ksarie karaoke ye.

The twitter guy. Mungkin the baby in the group kali ini.

Orang kuat KBS yang ceria sokmo.

Tauke besar yang chentakan Terengganu.

Kawan-kawan bloggers (ada yang pageview dah 1 juta, ada yang city tour guide, ada yang blogger otai).

Terasa terpleot plak bila berada di kalangan orang hebat-hebat ni. Segan sungguh jadinya. Depa molek je ramah tamah bagai. Den yang terkulat-kulat.

Udah la den spesies introvert, jumpa pula orang baguih-baguih, langsung la terkebil-kebil.

Terima kasih di atas semuanya. Semoga ada rezeki bertemu di masa akan datang. In sya Allah.
3) 3 pusat penyelidikan UMT ini sangat special untuk tujuan pemeliharaan dan pemuliharaan. Ada yang korang tak boleh masuk tanpa izin UMT;

4) den memang daripada bidang alam sekitar...eh; dan

5) den blogger yang agak awesome..eh

Untuk sebarang keterangan lanjut bagi sebarang program kolaborasi berkaitan alam sekitar bersama Universiti Malaysia Terengganu, boleh hubungi: 

Website: www.umt.edu.my





Video sempoi Eksplorasi Tasik Kenyir ni boleh ditengok di https://youtu.be/S4JyXkF6Ysc

Thank you UMT for the opportunity and chance to experience the majestic Kenyir Lake.

0 Comments