Eksplorasi Tasik Kenyir Bersama Universiti Malaysia Terengganu dan Media Sosial, 18 - 20 Februari 2020 - Hari Kedua
Hari Kedua - eksplorasi
Gua Bewah - air terjun Lasir - rekreasi di Tasik Kenyir (mandi manda dan
berkanu) - BBQ - sesi perkongsian pengalaman
Hari
kedua lebih happening sebab dah ice breaking semalam.
Sebelum
sampai ke Gua Bewah sebab perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih
dengan house boat, kitaorang lunch dulu. Heaven sungguh dapat lunch ikan segar
yang dipancing oleh peserta pertandingan memancing semalam.
Goreng
kunyit je pun tapi manisnya terasa. Memang ohsem sangat ni. Menahan hati je nak
menambah sebab mengenangkan banyak baju yang dah tak muat huhuhuhuhuhu.
Gua Bewah
Aktiviti
pertama kitaorang di hari kedua adalah meneroka dan menyelusuri Gua Bewah.
Walaupun
laluannya telah disediakan dan bertangga tapi tetap mencabar dowh untuk orang
macam den nih ha.
Maklumat
baru tentang khazanah Negara yang satu ini.
Klasik
dan mistik gitu.
Den
cerita dalam post yang akan datang nanti ye.
Air Terjun
Lasir
Air
terjun menderu-deru. Checked.
Titi
gantung. Checked.
Resort
misteri. Oooo quite spooky. Checked.
Laluan
bertangga tapi tetap menyesakkan dada. Checked.
Semuanya
ado. Den cerita nanti ye.
Mandi Manda
di Tasik Kenyir
Masa
ambil gambar air terjun sepelaung dari parkir houseboat, terdetik dalam hati,
bestnya kalau dapat mandi sekupang bawah air terjun ni.
Alih-alih
masa naik bot nak balik ke houseboat lepas mandi manda di Air Terjun Lasir,
Tuan Haji Syirfan, Pengarah Pusat Komunikasi Korporat UMT ajak singgah ke air
terjun ni.
Ter
'water confident' secara tidak sengaja.
Kalau
Universiti Malaysia Terengganu tak buat Eksplorasi Tasik Kenyir bersama media
ni, takde la den terberkubang sakan dalam Tasik Kenyir.
Urusetia yang manis. Gambar yang cantik-cantik semua adalah daripada semua photographers yang ada di dalam Eksplorasi Tasik Kenyir |
Blogger cum tour guide yang seorang ni memang outdoor person. Dah macam ikan duyung dia berkubang dalam Tasik Kenyir ni ha |
Korang
kena faham den ni bukan spesies outdoor person, jadinya memang la agak terkejut
bila den terjun dari bot ke dalam Tasik Kenyir lalu terkedek-kedek ala-ala
berenang ke air terjun yang terletak sepelaung dari houseboat.
Lepas
puas mandi air terjun, den berenang ke house boat ye sejauh 400 meter ye. Tuan
Haji Syirfan suruh berpaut pada kanunya masa 100 meter nak sampai ke houseboat
sebab dia tengok den lamo bebeno nak menyampaikan ke houseboat tuh ha
hehehehehehhee.
Kelihatan den yang terpleot berpaut pada kanu boss program |
Walaupun
nafas agak terpleot dan muka ala-ala zombie bila sampai ke house boat tapi
tetap la juga den teruja.
Sesi
Perkongsian
Sebelum
dinner, semua peserta Eksplorasi berkongsi pengalaman dalam bidang media.
Banyak ilmu yang den dapat daripada perkongisian kelab Amazing Terengganu,
jurugambar professional, pemain drones, personaliti televisyen dan team nya,
pemain Twitter, PRO Kementerian Belia dan Sukan dan bloggers.
Hari
kedua ditamatkan dengan sesi BBQ dan karaoke. Segah perut makan macam-macam. Memang
happening sungguh.
BBQ at another level gitu |
Pengarah lap meja. Den tukang ambil gambo je. Haru sungguh. |
Kalau
nak dapatkan maklumat lanjut tentang Universiti Malaysia Terengganu atau nak joint program yang UMT anjurkan, korang
boleh layari:
Website: www.umt.edu.my
Facebook: https://www.facebook.com/officialUMT
Instagram: https://www.instagram.com/officialUMT
Youtube: https://www.youtube.com/officialUMT
Twitter: https://www.twitter.com/officialUMT
0 Comments