Affordability house with quality lifestyle and high end facilities in integrated township. Itu adalah kesimpulan den apabila berpeluang melawat Bandar Baru Setia Awan Perdana (BBSAP) minggu lepas.
Siapa yang kenal den dah tau perangai den yang suka pergi melawat galeri jualan dan tengok rumah contoh di mana yang tersempat singgah di seantero Semenanjung Malaysia nih ha. Den dah pergi merayap merata dari Johor sampai ke Perlis termasuk Terengganu bagai tengok rumah contoh dan galeri jualan. Pameran hartanah memang toksah cerita la. Memang my kind of forte gitu.

Jadinya bila Taraf Nusantara Sdn. Bhd. dan Intelectasia Consultancy memberikan peluang kepada den untuk menyertai BBSAPmedia selama 3 hari 2 malam melawat integrated township, Bandar Baru Setia Awan Perdana (BBSAP)  dan Pulau Pangkor, den memang sangat teruja.

Sebenarnya den dah pernah masuk ke tapak perumahan BBSAP ni masa dia mula-mula nak bangunkan kawasan ni, dalam 3,4 tahun lepas. Masa tuh penuh dengan kelapa sawit lagi. Tak sangka sekarang dah meletup-letup pembangunannya. Awesome sangat.
Pelaburan hartanah di lokasi strategik tidak pernah tidak berbaloi. Kalau baca perkongsian orang berjaya di dunia ni pun, majoritinya mesti akan membeli hartanah sebagai salah satu pelaburan mereka.
Jadinya den nak kongsi satu perumahan yang memang sangat menarik untuk dompet (tidak perlu bergolok bergadai), binaan rumah yang kemas dan cermat serta persekitaran yang mendamaikan yang didatangkan bersama pakej kemudahan infrastruktur dan komersial yang molek banget.
Bandar Baru Setia Awan Perdana
Bandar Baru Setia Awan Perdana (BBSAP) merupakan kawasan perumahan terancang berpusat pertama di Perak yang dibangunkan oleh pemaju Taraf Nusantara Sdn Bhd. Pembangunan berkeluasan kira-kira 1,012 ekar meliputi 10,500 unit rumah yang terdiri daripada model Semi-D dan teres.

Gambar dari website Setia Awan Holdings
BBSAP dijangka menjadi nadi baharu di daerah Manjung/Sitiawan (Bandar Pelancongan dan Maritim) kerana ianya mempunyai ciri-ciri pembangunan terancang yang dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan infrastruktur dan komersial.

Rekabentuk Menarik dan Senibina Rumah Berkualiti

Pasti korang tertanya-tanya okay ke rekabentuk dan kualiti rumah di BBSAP ni sebab besar kot pembangunan dia kan?

In sya Allah rekabentuk menarik dan senibina rumah berkualiti bagi semua jenis rumah. Semasa lawatan tapak, den berpeluang untuk masuk ke rumah teres setingkat (rumah contoh) dan rumah banglo yang siap dibina. Dapat tengok dari luar rumah semi-d cluster yang telah mendapat CCC.
Rumah teres setingkat yang telah mula diduduki di Fasa 1
Rumah Dato Misbun Sidek aka rumah contoh

Eh sedondon plak warna seluar dan mangkuk tu hheheehehe
Gambar satu kali
Den nampak bagi rumah jenis semi-d cluster dan banglo, disediakan tangki bagi menakung air hujan. Nampaknya BBSAP menyambut seruan Kerajaan bagi menyediakan kemudahan rain harvesting yang mana bukan sahaja adalah environmental friendly dan membantu penyimpanan bekalan air tapi juga boleh menjimatkan bil air bila kita menggunakan air dari tuaian air hujan ini untuk membasuh kereta, menyiram pokok, etc.

Pasal rain harvesting pun den teruja kan? Macam ni la perangai orang suka tengok rumah contoh dan galeri jualan. Mana-mana rumah yang tawarkan unique selling point (USP) macam BBSAP ni den memang minat habis.
Semi-d cluster
Banglo
Nampak tak tangki yang kumpulkan air hujan di rumah semi-d ni. Elok je terletak kat hujung tak mengganggu kalau nak buat renovation bagai
Ni rumah semi-d juga tapi yang ni ada tambahan anjung gitu
Tangki rain harvesting di rumah banglo
Bukaan jalan yang lebar. Ruang yang agak besar selepas pintu pagar yang membolehkan kita meletak kereta di luar pagar tanpa mengganggu laluan jalan utama. 
Lapang bukaan jalannya
Boleh letak kereta lagi ye di depan pintu pagar ni. Tanah berumput tuh macam molek beno kalau ditanam pokok cili, pandan, serai, kunyi bagai. Eh tapi diizinkan ke oleh Majlis Perbandaran Manjung kan? Hehehehehe

Fasa 4 sedang dibangunkan
Dengan harga yang kompetitif dengan senibina rumah berkualiti, BBSAP berjaya memenuhi keperluan rakyat Malaysia terhadap rumah mampu milik. Rata-rata pembeli rumah BBSAP terdiri daripada 70% bangsa Melayu, kakitangan awam dan pasangan yang baru berkahwin yang membeli rumah buat kali pertama.
Bagi skim pinjaman tertentu terutamanya bagi pinjaman Kerajaan, tiada deposit 10% dan yuran guaman akan ditanggung pemaju.
Apa lagi ditunggu? Jom beramai-ramai dapatkan maklumat lanjut tentang perumahan BBSAP.

5 Fasa Pembangunan Perumahan, Kemudahan dan Komersial
Terdapat 5 fasa pembangunan perumahan, kemudahan dan komersial di BBSAP yang telah dibangunkan secara berperingkat sejak tahun 2016.
Fasa 1 - rumah telah mula diduduki oleh pembeli;
Fasa 2 - telah mendapat Certificate of Completion and Compliance (CCC).
Fasa 3 - telah 60% terjual.
Fasa 4 dan Fasa 5 - dibuka untuk jualan.
Tunggu apa lagi kawan-kawan. Jom kita intai-intai peluang untuk memiliki hartanah di BBSAP ni.
Akses dan Jarak
Sesiapa yang membeli rumah di BBSAP memang best sebab jarak nak ke tempat-tempat menarik di Lumut dan Manjung dekat sangat.
BBSAP merupakan laluan penghubung yang boleh diakses oleh pelancong dari luar negeri Perak ke kawasan pelancongan terkenal seperti Pulau Pangkor dan Teluk Batik; sejajar dengan hasrat kerajaan negeri untuk membangunkan daerah Manjung sebagai pusat pelancongan dan maritim negeri Perak.
25 minit perjalanan dari bandar Manjung/Setiawan.
20 minit.10 km ke Teluk Batik.
15 minit. 8.5 km ke Lumut/jeti Lumut.
15 minit. 8.5 km ke jeti Pulau Marina.
Sakan ye nanti semua pergi Pulau Pangkor balik hari gitu sebab dekat sangat dah dengan rumah di BBSAP.
Orang Lembah Klang pun sesuai juga untuk beli rumah di BBSAP ni samada untuk weekend house atau sewaan. BBSAP terletak 4 km dari Lebuhraya Pantai Barat (WCE) yang sedang dalam pembinaan. Siap je Lebuhraya WCE ni dijangka pada penghujung tahun 2022, warga ibu negara hanya memerlukan lebih kurang 90 minit untuk tiba dari Kuala Lumpur.
Kemudahan dan Infrastruktur Sosial dan Rekreasi
Di mana boleh jumpa di Perak ni kawasan perumahan harga mampu milik tapi menyediakan kemudahan bertaraf berbintang-bintang gitu? Kemudahan yang membolehkan korang tidak perlu keluar jauh untuk beriadah, menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga, sesi beramah mesra bersama sahabat dan komuniti, etc?
Korang pastinya akan terpesona dengan kemudahan yang akan disediakan di sini:

1. rumah kelab (club house) - biasanya perumahan mewah je ada club house kan tapi di BBSAP ada ye. Best ke best?;
Club house yang sedang dalam pembinaan
2. kolam renang bersaiz Olimpik. Dah ada kolam renang macam ni boleh la nanti komuniti buat kelas renang, aqua zumba, etc. Anak-anak adalah mereka yang akan paling gembira sebab tak perlu tunggu kesempatan pergi ke hotel untuk mandi kolam;

3. 6 gelanggang badminton di Dewan Badminton Misbun Sidek. Untung la orang yang beli rumah di BBSAP sebab lagenda badminton Malaysia, Dato Misbun cakap dia akan turun sekali sekala di dewan ini. Kalau dah ada 6 gelanggang badminton, boleh bayangkan tak berapa ramai anak-anak penghuni di BBSAP yang berpeluang berlatih badminton di sini. In sya Allah mungkin the next world badminton champion akan datang dari BBSAP sendiri. Kita yang dewasa ni juga boleh main badminton di sini. Kalau buat badminton tournament pun macam best kan.
Dewan badminton dalam pembinaan
4) 4 gelanggang futsal. Futsal sangat sinonim dengan anak remaja zaman sekarang kan?;

5) taman rekreasi. Tak perlu keluar dari BBSAP untuk sesi santai, berkelah dan riadah.;

6) taman permainan kanak-kanak;

7) trek berbasikal;

8) trek jogging;

9) indoor and outdoor gym

10) padang bola; dan banyak lagi kemudahan yang korang boleh tengok di gambar di bawah.
Menarik tak semua kemudahan yang sedang di dalam pembinaan di BBSAP ni?
Kalau kita orang Lembah Klang, memang tak akan jumpa perumahan dengan kemudahan macam ni pada harga mampu milik macam ni.

Kemudahan Awam

Taraf Nusantara Sdn Bhd telah menyediakan beberapa cadangan kemudahan awam di dalam pelan perancangan pembangunan BBSAP. Antaranya:

1. tapak masjid dan sekolah;

2. tapak surau di setiap fasa pembangunan; dan

3. tapak beberapa pejabat kerajaan seperti balai bomba, Majlis Perbandaran Majung dan sebagainya.

Pembangunan komersial seperti bangunan lot kedai sedang dalam peringkat pelaksanaan.
28 unit lot kedai yang sedang dibina di antara Fasa 2 dan Fasa 4
Harga Mampu Milik

Pasti korang tertanya-tanya betul ke harga rumah di BBSAP ni mampu milik berdasarkan kemudahan-kemudahan yang sedang disediakan?
Sungguh harganya in sya Allah mampu milik.

Pada 2016, bagi Fasa 1 dan 2, unit rumah teres dijual pada harga bermula RM135,000 (20 x 65) manakala unit rumah semi-D cluster pula dijual pada harga bermula RM188,000 (32 x 60)

Seiring dengan pelancaran jualan Fasa 3, 4 dan 5 pada 2020, harga jualan unit rumah teres dijual pada harga bermula RM188,000 (20 x 65) manakala unit rumah semi-D cluster pula dijual pada harga bermula RM228,000 (32 x 60).

Siapa yang beli masa Fasa 1 dan 2 ni pasti tersenyum riang sebab dah boleh nampak nilai harga (value appreciation) rumah yang mereka beli pada 2016. Dalam tempoh 4 tahun je, nilai rumah yang dibeli telah bertambah lebih kurang RM50,000. Mana nak dapat pelaburan yang macam ini pulangannya dengan risiko yang rendah? Menarik kan kalau buat pelaburan hartanah di BBSAP ni.

Yang baru mencari rumah jangan bersedih tengok harga Fasa 3, 4 dan 5 ye sebab harga ini tetap di dalam kategori harga berpatutan kalau hendak dibandingkan dengan tempat lain lagi-lagi di Lembah Klang. 

Mana nak dapat rumah (landed house) di atas tanah hak milik kekal (freehold) dengan kemudahan berbintang-bintang pada harga bawah RM190K bagi rumah teres (20 x 65) dan bawah RM230K bagi rumah semi-d cluster (32 x 65).

Unit terhad rumah banglo juga dibangunkan di BBSAP. Dengan keluasan tanah dari lebih kurang 54 x 60, harga jualan banglo bermula dari lebih kurang RM337,000 selepas rebate. Landed house + freehold tittle + ada tanah di keliling rumah untuk bercucuk tanam, buat gazebo, buat kolam ikan, etc. memang sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Masa lawatan tapak ke sebuah banglo yang telah siap, teruja benar hati tengok tanah di sekeliling banglo tuh.

In sya Allah pelaburan hartanah di sini samada untuk duduk sendiri, sewaan dan homestay, rumah hujung minggu atau pelaburan (beli rumah simpan 5 tahun dan jual) akan berbaloi kerana nilai hartanah in sya Allah akan meningkat.
Kalau korang nak tau, BBSAP telah dianugerahkan Pembangunan Rumah Mampu Milik Terbaik fasa pertama di dalam Anugerah Kecemerlangan Pembangunan iProperty (iDEA) 2019.

Sebagai seorang pelawat tegar galeri jualan dan rumah contoh, serious den kobakan BBSAP adalah antara pembangunan perumahan terancang yang memang awesome dengan ciri-ciri rumah berkualiti, landed house, tanah freehold, lokasi strategik, kemudahan bertaraf bintang, etc.
YBhg. Datuk Misbun Sidek sebagai Duta Bandar Baru Setia Awan Perdana
Taraf Nusantara Sdn. Bhd. Telah melantik legenda badminton negara, YBhg. Datuk Misbun Sidek sebagai Duta Bandar Baru Setia Awan Perdana atas usaha dan sumbangan beliau dalam melonjakkan nama Malaysia di persada dunia dalam sukan badminton. Malah YBhg. Datuk Misbun juga telah melahirkan seorang lagi jaguh dunia yang turut mengikuti jejak langkah beliau dalam sukan badminton iaitu YBhg. Datuk Lee Chong Wei yang berjaya merangkul pingat dalam Sukan Olimpik. 

Hence, the Dewan Badminton Misbun Sidek. 

Untung ye pembeli BBSAP, ada lagenda badminton negara sebagai duta.

Galeri Jualan BBSAP

Bagi siapa yang hendak mendapatkan penerangan terus di galeri jualan dan seterusnya membuat lawatan tapak ke kawasan perumahan BBSAP, boleh kunjungi galeri jualan BBSAP di:

No. 131, Persiaran PM2/1, Pusat Bandar Ser Manjung Seksyen 2, 32040 Seri Manjung, Perak

Waktu Operasi: Isnin -Jumaat (9 pagi - 8 malam)
Sabtu dan Ahad (9 pagi - 5 petang)

Telefon: 05-688 2222

Di sini disediakan pelan induk pembangunan BBSAP dan model replika contoh rumah-rumah yang dibangunkan di BBSAP.
Yang ada sticker oren tuh dah ada yang empunya ye
In sya Allah korang boleh tanya apa sahaja tentang BBSAP kepada semua staff yang ada di galeri jualan ini.
Semasa lawatan BBSAPmedia, kami diberi taklimat tentang pembangunan BBSAP oleh En Farid bin Omar, Pengurus Jualan dan En Muhammad Hafiz bin Abdul Razak, Eksekutif Jualan.
Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan BBSAP, sila hubungi:
Telefon: 012-6492722

Boleh tengok lawatan den ke BBSAP di sini ye

Latar belakang Pemaju BBSAP iaitu Taraf Nusantara Sdn. Bhd.
Taraf Nusantara Sdn. Bhd. merupakan satu-satunya syarikat pemaju di Perak yang mengkhususkan dalam pembinaan rumah mampu milik. Dengan lebih 5 tahun pengalaman dalam pembinaan projek perumahan mampu milik, Bandar Baru Setia Awan Perdana dan LAGENDA Teluk Intan telah berjaya memenuhi keperluan rakyat Malaysia terhadap rumah mampu milik.

Dua projek perumahan tersebut merupakan bukti komitmen Taraf Nusantara dalam membina rumah mampu milik yang berkualiti untuk masyarakat umum dengan kemudahan infrastruktur moden yang menaikkan taraf kehidupan.

Taraf Nusantara berhasrat untuk mengungguli industri pembinaan projek perumahan mampu milik yang akan memanfaatkan golongan B40 hingga M40 dalam memiliki rumah sendiri di Malaysia. Dalam masa terdekat, Taraf Nusantara akan meluaskan pembinaan projek perumahan mampu milik di lokasi lain di Semenanjung Malaysia untuk memenuhi permintaan masyarakat umum.
Terima kasih kepada Taraf Nusantara Sdn. Bhd. dan Intelectasia Consultancy yang memberikan peluang kepada den untuk sertai BBSAPmedia selama 3 hari 2 malam melawat integrated township, BBSAP dan Pulau Pangkor.
Happy house hunting di Bandar Baru Setia Awan Perdana ye.
BBSAP  best

0 Comments