Tempat Makan Best Kemensah dan Zoo Negara 2020: BBQ Lamb KL Kemensah, Selangor
Kalau parents bawa
anak-anak pergi ke Zoo Negara, jangan lupa singgah makan di BBQ Lamb KL
Kemensah yang terletak sepelaung aje dari Zoo Negara, lebih kurang 5 minit
perjalanan dengan kereta.
Kalau banyak restoran
menyajikan hidangan dengan pemandangan indah (breakfast/lunch/dinner with the
view) tapi BBQ Lamb KL Kemensah memberikan pengalaman river dining atau makan di tempat duduk yang diletakkan di atas anak
sungai bermula pukul 12 tengahari sehingga 10 malam (pesanan terakhir pukul 9 malam).
Setelah lebih kurang 2
tahun lebih beroperasi dengan menu makan tengahari dan makan malam, BBQ Lamb KL
Kemensah bergerak setapak ke hadapan dengan menyediakan menu sarapan. Menu
sarapan ini baru je diperkenalkan dalam tempoh seminggu yang bermula dari 8
pagi hingga 11 pagi bagi hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.
Breakfast tak boleh duduk
di tempat duduk di atas anak sungai ye sebab karang jenuh sejuk gedi pagi-pagi
berendam kaki dalam anak sungai.
Set Sarapan Pagi
Terdapat 6 menu sarapan western
yang kita boleh cuba di sini yang in sya Allah harganya mampu milik dari
RM10-RM15 bagi setiap hidangan. Setiap menu ini termasuk secawan air panas dan
semangkuk kecil sup.
Den pilih makan 3 menu
sarapan. 3 jenis menu ini pun jenuh kitaorang empat beranak nak habiskan.
Set 3 - Smoked lamb + 2 sosej ayam + + 2
keping garlic bread + hashbrown + baked bean + salad (RM15).
Setiap hidangan memang akan
dapat sekali secawan air panas dan semangkuk kecil sup ye.
Bagi hidangan yang ada
telur, korang boleh pilih nak telur dadar atau telur mata.
Salad segar dan rangup.
Anak-anak den makan hashbrown
bersungguh-sungguh sampai den sempat rasa secubit dua je.
Dah kenapa menyeksi nampak bahu ni dik oiii |
Favourite dia la sosej ni tapi sampai tak habis la makan sebab besar sangat hehehehe |
Sosej nya yang besar tuh
memang puas hati makan.
Makanan ada rasa dengan portion yang boleh
tahan besar + harga mampu milik + bunyi deruan anak sungai = kombinasi mantop
buat perut, halwa telinga dan dompet.
Kopi dan teh tarik with the view gitu |
Anak Sungai
Kalau korang ke sini dengan
anak-anak, sila bawa sekali baju salin ye sebab dilarang macam mana pun
budak-budak memang akan terjun juga dalam air hhehehehehehe.
Disebabkan kami datang
untuk breakfast, makanya kami tidak berpeluang nak merasa pengalaman river
dining. Nampaknya macam kena repeat untuk lunch pula la ye hehehehehhee.
Set Breakfast 1, 5 dan 6
Set Breakfast 1, 5 dan 6
Waktu Operasi
Sarapan: 8 pagi - 11 pagi
(Sabtu, Ahad dan cuti umum)
River Dining: 12 tengahari
- 10 malam (pesanan terakhir pada 9 malam)
(setiap hari kecuali Jumaat).
Waktu Operasi hari Jumaat:
4 petang - 10 malam
(pesanan terakhir pada 9 malam)
(pesanan terakhir pada 9 malam)
Tempahan dan Walk In
Boleh je korang nak walk in
tapi kalau penuh memang la kena bersabar tunggu giliran ye.
Kalau hendak pastikan ada
slot untuk menjamu selera di sini, lebih mudah kalau ditempah lebih awal, seminggu dari cadangan hendak makan di
sini atau selewat-lewatnya pukul 9.30
pagi pada hari korang merancang nak datang ke sini.
Boleh hubungi 012-2114100 untuk tempahan dan
pertanyaan ye.
Bersama owner BBQ Lamb KL Kemensah. Ramah tamah sangat orangnya sampai tersegan den. |
Maklumat Tambahan
Tempat letak kereta di sini
agak terhad.
Sila bawa pakaian salin ye
kalau ada anak-anak. Confirm depa terjun sungai.
Jangan pakai meriah sangat kalau nak ke sini ye. Pakai tshirt dan jeans je yang paling mudah. High heel dilarang sama sekali kecuali korang memang ada hati nak tergolek masuk ke dalam sungai.
Jangan pakai meriah sangat kalau nak ke sini ye. Pakai tshirt dan jeans je yang paling mudah. High heel dilarang sama sekali kecuali korang memang ada hati nak tergolek masuk ke dalam sungai.
Ada laluan yang agak licin
dan tricky kalau bawa anak-anak kecil. Kena berhati-hati ye.
Kalau kulit alah pada
gigitan nyamuk, etc sila bawa insect patch atau repellent.
Untuk sebarang maklumat
lanjut, boleh hubungi atau layari:
Instagram: https://www.instagram.com/bbqlambklkemensah
Telefon: 012-2114100
0 Comments