Tasik Kenyir 2020: Pengalaman 3 Hari 2 Malam Di Rumah Bot Tasik Kenyir
Orang
lain dah berkurun menginap di rumah bot, den baru berpeluang merasa pengalaman
ini melalui Eksplorasi Tasik Kenyir Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Bersama Media Sosial pada 18 - 20 Februari lepas.
Untuk
first timer macam den nih ha, memang ada macam-macam soalan bila urusetia dari
Pejabat Komunikasi Korporat bagitau penginapan masa Eksplorasi Tasik Kenyir
adalah house boat.
Ada
macam-macam persoalan bermain kat fikiran den?
Okay
ke duduk kat house boat?
Biliknya
selesa ke?
Bilik
air ngeri tak?
Foodnya
okay ke?
Pening
ke masa bot berhenti nanti?
Aktiviti
apa je pun yang ada di house boat ni?
Surprisingly
house boat 2 tingkat yang UMT pilih bertajuk Pesona Houseboat 2 memang okay banget.
Bilik
selesa tapi jangan la korang expect macam bilik hotel berbintang-bintang gitu ye.
Ada 8 buah bilik yang boleh menempatkan 3 - 4 orang dewasa bagi setiap bilik.
4
bilik air yang tersedia tiada satu pun yang ngeri. Semuanya bersih dan selesa
walaupun comel-comel bilik airnya hehehehehe.
Makanan
di bawah program anjuran UMT ni memang macam duduk di asrama sebab makan 5 kali
sehari. Lauk pauk memang awesome sungguh.
Tak
pening sedikit pun duduk di atas houseboat ni walaupun masa houseboat berhenti.
Banyak
rupanya aktiviti boleh dibuat di Tasik Kenyir dan houseboat ni. Berkanu, mandi
tasik (of course la kan), memancing, karaoke, etc.
Taklimat program oleh urusetia UMT di bilik perbincangan/karaoke |
Aktiviti memancing di ruang legar houseboat |
Kalau
tak nak buat aktiviti boleh aje berehat-rehat melihat keindahan alam, membaca
buku cerita cam den nih ha, melepak tengok televisyen, etc sambil ditiup angin
sepoi-sepoi bahasa.
Memang best baca buku di sini |
Yang
paling best sebenarnya adalah tidur di ruang beranda. Memang syok tidur sebab
lena sungguh dibuai angin bertiup.
Thanks
UMT for the experience and memories.
Kalau
korang nak dapatkan maklumat lanjut tentang Universiti Malaysia Terengganu yang memberikan peluang den menginap di houseboat ni,
korang boleh layari:
Website: www.umt.edu.my
Facebook: https://www.facebook.com/officialUMT
Instagram: https://www.instagram.com/officialUMT
Youtube: https://www.youtube.com/officialUMT
Twitter: https://www.twitter.com/officialUMT
Kalau
korang nak tahu pakej dan maklumat berkaitan Pesona Houseboat, boleh layari:
Telefon: 0169868344/0199857144
0 Comments