Kalau datang ke Kota Kinabalu tapi tak makan seafood walau sekali macam tak lengkap sesi berjimbaan tuh ye.

Ada pelbagai deretan kedai makan bertemakan makanan laut dengan susunan pelbagai spesies makanan laut di hadapan kedai yang kita boleh pilih. Kalau tak kena gaya kita set nak makan kat kedai lain tapi termakan di kedai lain sebab terpesona dengan mulut manis ramah tamah orang yang berniaga tuh.

Seafood Dinner Malam Pertama (10 Januari)

Kami bertiga sepakat memilih untuk menjamu selera di sebuah kedai makan yang berdasarkan review di media sosial dikhabarkan sedap sehingga menjilat jari.

Den bab-bab nak memesan makanan ni sememangnya agak tidak beberapa nak tahu walaupun umur dah 41 tahun. Makanya kita serahkan tugasan memilih spesies haiwan laut beserta jenis masakannya kepada tauke restoran iaitu Kak Noris dan adik yang rajin cuba pelbagai masakan iaitu Atiqah. Tugas den adalah yang paling sukar iaitu menghabiskan semua makanan yang telah dipilih secara berleluasa oleh dua orang ini.

Menu kitaorang adalah salted soft shell crab, sotong celup tepung, kerang bakar, butter prawn, siput masak halia (tak tau siput apa tapi macam spesies lala dan remis ni), kangkong goreng dan latok.
Latok favourite kak noris
Salted soft shell crab
Harga memang murah. Semuanya termasuk nasi 3 pinggan + air pelbagai warna + seafoods tidak termasuk salted soft shell crab adalah RM98. 3 ekor salted soft shell crab adalah RM45 (Kak Noris cakap soft shell crab memang mahal).

Pesan makanan macam nak makan 5 orang. Makanya segah-segah la perut nak menghabiskan semua makanan yang dipesan dek dua orang makwe tuh.
Muka tak bersalah dua-dua orang ni. Pesan makanan banyak-banyak lepas tuh mengharapkan den menghabiskannya
Tapi sayangnya makanan di sini adalah kurang rasa. Even salted soft shell crab dia sejuk gedi yang tidak boleh dibawa berbincang. 

Jadinya agak kecewa di situ memandangkan ramai review kata makanan di sini sedap. Tidak pasti mungkin malam yang kitaorang makan tuh je kurang menjadi masakannya. Mungkin hari lain memang sedap gamaknya.

Seafood Dinner Malam Ketiga (12 Januari)

Kami bertiga memilih kedai makan dengan lapik meja kuning yang dikhabarkan menyediakan hidangan seafood yang sedap.

Seperti biasa tugasan memilih menu den serahkan kepada Kak Noris dan Tiqah sementara den booking tempat duduk dengan pesanan ‘pilih lauk biasa-biasa je tau, jangan pilih banyak sangat. Nanti kita tak larat nak habiskan’.

Sekali kan makwe berdua tuh lupa daratan lalu memesan menu yang lebih banyak dari malam pertama kitaorang makan huhuhuhuhuhu.

Menu yang dipesan adalah sotong celup tepung, butter prawn, siput masak halia, pucuk paku goreng, ketam kamhong, pari bakar, rumpai dan latok.
Walaupun makan sampai nak pengsan tetapi perut dah macam nak pecah okay.

Masa ikan pari bakar sampai, Kak Noris suruh den bagi kat meja sebelah. Dia yang lupa daratan pesan makanan, den yang jadi mangsa kena uruskan hal ikan pari bakar tuh.
The guilty parties
Makanya dengan muka tebal, den pun berikan ikan pari bakar kepada satu keluarga yang duduk di meja belakang den.

Siap bagi ketam dan pucuk paku lagi kepada diaorang. Nasib baik la keluarga dari Meru tuh jenis sporting nak terima makanan yang diberi. 

Haru sungguh tau.

Alhamdulillah rezeki kitaorang sebab memang makanan di kedai dengan lapik meja kuning ini sedap sungguh sebagaimana review. Harga memang murah la. Siap air dan nasi bagai baru RM135. Memang tak dapat harga macam ni di Semenanjung ye.
Korang kalau nak makan seafood, sila datang ke kedai lapik meja kuning k. in sya Allah sedap.

Pelbagai Spesies Hidupan Laut

Den nak kongsikan gambar-gambar yang sempat kitaorang rakamkan sepanjang berjalan-jalan di sekitar kedai-kedai seafood yang terdapat di Kota Kinabalu. 

Ada spesies hidupan laut macam ikan dan siput yang den pertama kali nampak.
Memang syurga seafood la Sabah dan Sarawak kan.

2 Comments

  1. ohhhoooohoi depa sidai ikan2 tu cemtuuu haaa pilihlahhh yang mana nak..
    mmg plan nak JJCM kat Sabah hehe tapi tatau bila.. hopefuly jadi la this year..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kedai yang susun-susun semua hidupan laut dengan begitu comel sekali. In sya Allah semoga dapat berjalan ke Sabah tahun ini ye

      Delete