Pro: Hotel bajet yang bersih, kemas dan selesa + berada di tengah-tengah bandar Kota Kinabalu. Makanya kita boleh berjalan kaki sahaja hampir ke semua tempat menarik yang terdapat di sekitar bandar. 

Memang mudah sangat dari sini hendak ke Pasar Filipina, kedai makan seafood, mercu I Love Kota Kinabalu, ikan todak, malls, banks, kedai-kedai makan untuk breakfast, etc.
Tema hiasan bersempena dengan sambutan Gong Xi Fa Cai
Hadapan hotel ada kedai makan untuk breakfast. Sebelah hotel ada restoran Indonesia kalau malas nak bergerak ke mana-mana untuk dinner tapi rugi la kan kalau datang Kota Kinabalu tidak makan seafoods untuk dinner. Sebaris dengan hotel juga ada Guardian. Memang prime area la lokasi Hotel Gaia ni.
Satu masalah yang biasa berlaku bagi hotel bajet yang terletak di deretan rumah kedai adalah tempat meletak kereta. Menambahkan kekalutan mencari tempat meletak kereta adalah apabila hotel berada di jalan yang memang akan ditutup untuk meletak kereta bagi memberi laluan kepada pasar malam, pasar pagi, etc.

Bukan isu besar pun sebenarnya selain daripada perlu berpusing-pusing banyak kali untuk mencari tempat meletak kereta dan perlu meletak kereta agak jauh dari hotel untuk kitaorang bertiga. Tapi kalau datang berjalan-jalan ke Kota Kinabalu bersama anak-anak dan warga emas, memang agak mencabar sedikit sebab nak berjalan tuh dah satu hal. Hendak mengangkut luggages tuh is another matter. 

Sepanjang 2 malam kitaorang bertiga menginap di Hotel Gaia ni memang okay sangat.
Kakitangan yang bertugas memberi perkhidmatan pelanggan yang thumbs up bagi den. Bertabah je la mereka melayan kitaorang tanya nak makan kat mana sedap, arah jalan, minta bantal, tuala dan selimut lebih, minta seterika, simpankan dulu barang di kaunter, etc.

Hotel tuh sendiri walaupun comel je tapi just nice. 

Kelengkapan dalam bilik bagi den memang okay sangat. Katil dan bantal yang empuk. Siaran televisyen pun ada banyak channels. Lalu tak lalu je la awak nak menengoknya. Ada disediakan perkhidmatan lif.
Bilik sederhana besar memang sedang elok untuk kitaorang bertiga.

Sesuai juga hotel ini untuk keluarga menginap kalau berjalan-jalan di Kota Kinabalu.

2 Comments

  1. simple kemas semua keperluan ada.. cukup la tu kan..
    boleh consider ni if jadi ke KK..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sempoi dan dekat dengan tempat-tempat menarik di sekitar KK. Memang worth it walaupun bab meletakkan kereta tuh bisa bikin kepala pusing hehehehehe

      Delete