Eksplorasi Tasik Kenyir Bersama Universiti Malaysia Terengganu dan Media Sosial, 18 - 20 Februari 2020 - Hari Pertama
Hari Pertama - berkumpul
di UMT - Pengkalan Gawi - taklimat program -Taman Herba Tasik Kenyir - makmal
UMT di atas kapal - pertandingan memancing di lubuk ikan Kelebu.
Jejak
je kaki di dalam Pesona Houseboat, terus je sesi perkenalan di antara urusetia Pejabat
Komunikasi Korporat, Universiti Malaysia Terengganu bersama semua wakil media
sosial dan yang melibatkan lebih kurang 20 orang peserta dari pelbagai media
sosial seperti kelab Amazing Terengganu, jurugambar professional, pemain
drones, personaliti televisyen dan team nya, pemain Twitter, PRO Kementerian
Belia dan Sukan dan bloggers.
Seterusnya
taklimat ringkas tentang objektif dan itinerari program 3 hari 2 malam Eksplorasi
Tasik Kenyir oleh Pengarah Pejabat Komunikasi Korporat iaitu Tuan Haji Syirfan
Indra Mitra Surya (klasik sangat nama kan?) dan urusetia.
Tuan Haji Syirfan |
Barisan urusetia yang memang ohsem |
Lepas
taklimat terus je sesi menjamu selera. Ini memang agenda yang di mana-mana pun
seronok hehehhehehehe.
Memang sedap makan sambil ditiup angin bayu |
Taman Herba
Tasik Kenyir
By
the time kitaorang nak hampir sampai di Taman Herba Tasik Kenyir, hujan turun
renyai-renyai tapi redah juga la berjalan-jalan di taman herba sambil membaca
maklumat apa yang tersempat yang ada di situ sebab bila lagi kan nak sampai di
sini.
Makmal UMT
di atas Kapal
Selesainya
aktiviti di Taman Herba Tasik Kenyir, kitaorang terus menaiki bot untuk melihat
Makmal UMT di atas kapal. Unik kan? Makmal di daratan dah biasa sangat. Makmal
bergerak di atas Tasik Kenyir memang sesuatu yang sangat berinovatif. Mungkin orang
lain dah tau lama tapi ini first time den bertemu dengan makmal begini.
Off we go |
Blogger otai. Warga emas tapi tenaga macam remaja. |
Lama
juga sesi temubual media sosial dengan pilot boat ni daripada sampel apa yang
selalu penyelidik ambil, cara navigasi bot, etc.
Kalau
korang ke UMT, perlu ambil peluang masukkan dalam agenda lawatan korang melawat
ke makmal UMT di atas vessel ini ye. Memang unik.
The pilot |
Fefeling kuch kuch hota hai |
Malamnya
selepas makan malam, dimulakan pertandingan memancing di antara semua peserta
eksplorasi. Den tukang menyibuk sekupang dua tengok orang memancing sambil makan supper yang sedap. Lepas tuh
menjadi penonton dan tukang tepuk tangan bagi aktiviti karaoke hehehehehhe.
Gebu gebas donut untuk supper ni |
Best aktiviti-aktiviti yang disusun oleh Pejabat Komunikasi Korporat, Universiti
Malaysia Terengganu ni.
Kot
korang nak tanya apa-apa tentang UMT atau program di UMT atau korang nak
dapatkan maklumat lanjut tentang Universiti Malaysia Terengganu, korang boleh
layari:
Website: www.umt.edu.my
Facebook: https://www.facebook.com/officialUMT
Instagram: https://www.instagram.com/officialUMT
Youtube: https://www.youtube.com/officialUMT
Twitter: https://www.twitter.com/officialUMT
2 Comments
teruja rasanya nak stay overnight kat dlm rumah bot tu. x jauh dari kelate pun cuma blom ada kesempatan...
ReplyDeleteNanti bawa family Abam Kie menginap di house boat ye. In sya Allah berbaloi
Delete