Pantai Tanjung Aru - Hotel Gaia - Seafood Dinner - Signal Hill Observatory Platform - Pasar Malam 

Kitaorang sampai Kota Kinabalu International Airport dalam pukul 4.45 petang. 

Terus je tunggu wakil Suria Car Rental hantar kereta di pintu ketibaan KKIA. Kitaorang booking kereta ni online 2 minggu sebelum datang ke Kota Kinabalu ni. Kitaorang booking kereta MyVi untuk 4 hari 3 malam (lebih kurang 70 jam) dengan bayaran RM330.

Tapi disebabkan kereta MyVi telah kehabisan disewa, kami diberikan kereta Perodua Bezza. Rezeki kan tempah kereta comel tapi dapat kereta besar tanpa sebarang tambahan bayaran.

Kitaorang terus je ke Pantai Tanjung Aru sebab hendak mengejarkan matahari terbenam di tepi pantai.
Memang berbaloi ikut cakap team leader iaitu Kak Noris untuk pakai tema ungu sebab cantik-cantik gambar kitaorang di sini hehehehhee.
Walaupun manusia sangat ramai di pantai terutamanya pelancong dari Korea dan China, tetap jua hati kami bertiga gembira sebab dapat melihat keindahan pantai yang disirami cahaya matahari terbenam serta bergambar di celah-celah belon yang disebarkan oleh adik penjual belon buih sabun.
Selepas puas hati dapat melihat panorama matahari terbenam, kami singgah membeli buah potong dan air sedap yang merosakkan rancangan diet air kosong Kak Noris di gerai-gerai jualan yang terdapat di Pantai Tanjung Aru tuh.
Terus sahaja kami bergerak ke Hotel Gaia yang telah ditempah awal melalui Agoda.
In sya Allah den akan cerita lebih tentang hotel ini kemudian ye.

Usai meletakkan barang di bilik hotel, kami terus berjalan kaki ke dataran makanan laut yang terkenal di Kota Kinabalu. 

Kisah makan seafood sampai segah perut ini den ceritakan kemudian ye. Tapi in sya Allah semua seafood adalah segar pada harga yang memang murah.
Lepas kenyang melampau makan seafood, kitaorang berjalan-jalan mengambil gambar sekupang dua di sekitar mercu ikan todak, etc. 
Bagi merealisasikan hasrat Kak Noris untuk melihat pemandangan waktu malam dari Signal Hill Observatory Platform, kami menaiki Grab ke sana.

Tetapi bukan rezeki kami nak berlama-lamaan di sana kerana tiba-tiba black out pula di situ, makanya gelap gelita la di Signal Hill Observatory Platform.

Pemandu Grab kitaorang cakap dia sudi je tunggu kitaorang lepak sekejap di Signal Hill Observatory Platform sebelum hantar kami balik ke kawasan hotel.

Memang tak lama pun di Signal Hill Observatory Platform sebab ianya pitch black. Tak sampai 5 minit dan hanya sempat mengambil sekeping gambar pemandangan kami pun balik ke kawasan hotel.
Kami berjalan-jalan pula di sekitar pasar malam yang terdapat di hadapan Hotel Gaia.

Ada beberapa kumpulan di lokasi berbeza di sepanjang pasar malam yang membuat persembahan nyanyian. Suara semuanya sedap-sedap belaka tapi den paling terpesona mendengar nyanyian seorang mamat bersama gitar kapok yang mendendangkan lagu I Live My Life For You oleh Firehouse. Generasi X macam den biasa la masih mengidola lagu-lagu 80an dan 90an.
Ada banyak barangan yang dijual di pasar malam termasuk cenderahati tapi disebabkan zaman shopping cenderahati dengan jayanya telah berlalu, den tengok-tengok je barangan yang dijual.
Hari pertama di Kota Kinabalu ditamatkan dengan semua orang tidur pengsan sebab penat berjalan kaki ke hulu ke hilir. Kalau ikut apps yang Kak Noris install dalam handphone dia, kitaorang telah berjalan lebih 3,900 langkah dalam tempoh lebih kurang 6 jam di Kota Kinabalu.

2 Comments

  1. untuk tahun ni plannye CCM saja insyallah..
    KK antara destinasi yang kami anak branak fikirkan. dok cari port2 makan tapi belum decide betul2 lagi =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang pastinya seafood memang segar dan murah sangat di Kota Kinabalu:)

      Delete