Asalnya den redeem points Enrich yang telah hampir nak expired.

Den pilih Kota Kinabalu sebab kali terakhir ke sana adalah pada tahun 2008, 12 tahun lepas.

Rancangannya adalah terpaksa solo travelling kalau konco-konco yang biasa berjimbaan tak dapat nak ikut sebab masa tempah tiket tuh takde tanya sesiapa pun. Main redah je.

Kalau perginya seorang diri, memang plan nak ambil pakej pusing pulau dan lepak di Kota Kinabalu makan seafood sampai lebam je.

Alih-alih dua orang jiran tetangga merangkap geng mengaji cakap depa nak joint. Kecil tapak tangan, nyiru den tadahkan sebab bestnya kalau ada travel buddies yang boleh berlebih berkurang dengan kita.
The three Musketeers. From left: Kak Noris, den dan Atiqah
Disebabkan Kak Noris merupakan spesies homosapien yang mempunyai hati dan mata pada detail plan, makanya den serahkan penyediaan itinerary kepada dia. Den cuma bagitau den hendak pergi ke Tagal Tinopikon dan Ramsar Site je. Tempat lain terserah kepada dia dan Atiqah hendak berjimba ke mana.

Makanya terhasil la itinerary yang merangkumi:

1. tiga sumber air (sungai, pantai dan paya);

2. flora (bakau, pokok teh, pokok rhu, rosemary, etc);

3. fauna (ikan, lembu, kambing, ayam, kucing, anjing, nyamuk, agas, etc);

4. jambatan gantung (tamparuli, ladang teh dan tagal);

5. budaya (cultural village);

6. lots of seafoods (denifitely gained at least 2 kg);

7. road trip yang diselaputi kabus;

8. a bit of shopping to support the local community;

9. literary (library); dan

10. modern entertainment (movie dan busking).

Disebabkan tidak pasti bila den dapat ceritakan kisah road trip kami yang penuh dengan pelbagai ragam dan cerita ni, den bagi sinopsis itinerary kami sepanjang 4 hari 3 malam di Kota Kinabalu dan Kundasang ye.

Hari Pertama: Pantai Tanjung Aru - Hotel Gaia - Seafood Dinner - Signal Hill Observatory Platform - Pasar Malam.
Hari Kedua: Tapak Ramsar - Jambatan Tamparuli - Kundasang - Pekan Nabalu - Sayap Ayam Madu Wak Ali - Sabah Tea Plantation - Umea Glam Kundasang.
Hari Ketiga: Desa Dairy Farm - Pekan Nabalu - Lokan Kak Tini - Mari Mari Cultural Village - Pasar Filipina - Seafood Dinner - Movie Underwater.
Hari Keempat: Tagal Tinopikon Park - Perpustakaan Tanjung Aru - kembali ke pangkal jalan.
Alhamdulillah rezeki dapat berjimbaan dengan travel buddies yang sangat awesome.

Walaupun ini kali pertama kitaorang travel bersama, road trip jadi best sebab semuanya tak banyak cekadak.

In sya Allah den akan kongsikan gambar-gambar menarik yang kebanyakannya diambil oleh Kak Noris yang bukan sahaja pro dalam membuat itinerary tetapi juga the only pilot for the whole trip dan the official photographer and videographer for the road trip. Kak Noris merupakan leader kepada trip ini. Kecil-kecil cili padi sungguh kakak seorang ini. The coolest girl in the squad. Den dah terjerit kereta mengundur masa naik bukit di Kundasang, dia lepak dan bertenang je. 

The baby in the group, si Atiqah yang lahir pada tahun 1991 pula merupakan co-partner bagi penyediaan itinerary dan penjaga masa sepanjang road trip ni. Dia tolong ingatkan the rules, semak waktu operasi sesetengah tempat dan penunjuk arah jalan sepanjang trip ini. Dia juga merupakan photographer kedua.

Tugas den senang je dalam trip ini. Den booking ticket kapal terbang dan tolong pegangkan duit yang telah dikumpulkan untuk bayaran makan, fee tiket, etc. Paling kuat den tolong ambil gambar dan video sekupang dua. Tugas utama den sebenarnya adalah menghabiskan selambak seafood bagi 2 malam yang Kak Noris dan Atiqah pesan dalam keadaan separa sedar. Disebabkan seafood sangat murah di Kota Kinabalu, depa lupa daratan lalu memesan pelbagai spesies hidupan laut. Lepas tuh secara senyap depa serahkan tugas makan dengan jayanya kepada den sampai segah perut kena cuba habiskan semua makanan huhuhuhuhuhu. 

Walaupun Kota Kinabalu dan Kundasang hujan dan kami tidak dapat view gunung masa di Desa Dairy Farm tetapi kitaorang happy je dapat berjalan-jalan.

Road trip yang penuh memori, gossips, walking down the memory lane, gelak ketawa, drama, etc.

In a nutshell, one of the best road trip ever.
Thank you for the memories

2 Comments

  1. few times juga plan nak pegi KK n Kundasang lagi tapi x jadi jadi hehe.. belum ada rezeki nak repeat. dulu pegi time sek rendah. da masanya nak kena repeat.

    cantik betul warna air sungai tu. adehh.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang jatuh wajib lawat balik dah tuh rasanya. Memang cantik Sabah ni. In sya Allah nak pergi lagi nanti lepas penuh tabung heheheheheheh

      Delete