Review Filem Gundala
"Negeri ini butoh
patriot"
"Jika ketidakadilan di
depan mata tidak dipedulikan, maknanya kita sudah tiada hati nurani".
"Musuh utama manusia
adalah kebenaran yang disembunyikan".
"Rakyat wajar dibiar
bodoh supaya negara aman".
"Keamanan berbaloi dan
wajar diperjuangkan dan dipertahankan walaupun ianya tidak berpanjangan".
Bait-bait di atas adalah
antara intipati filem Gundala.
Filem adiwira Indonesia
arahan Joko Anwar dan diterbitkan oleh BumiLangit Studios dan Screeplay Films
ini sememangnya antara filem yang den tidak sangka berbaloi untuk ditonton di
pawagam.
Mantap kombinasi aksi + lucu + sedih yang menjadikan naskah superhero ini lebih realistik bagi kita di Nusantara.
Mantap kombinasi aksi + lucu + sedih yang menjadikan naskah superhero ini lebih realistik bagi kita di Nusantara.
Jalan ceritanya boleh
dikatakan lebih dekat dan mudah difahami kerana situasi atau latar belakang
cerita adalah realiti sebenar hidup zaman sekarang terutamanya di Indonesia dan
Malaysia serta mungkin juga kebanyakan negara di rantau Asia Tenggara, iaitu
isu survival kebanyakan rakyat kelas pertengahan dan kelas bawah di dalam
menghadapi peningkatan kos sara hidup, ketidakseimbangan pendapatan, ahli
politik tidak pedulikan rakyat dan korupsi.
Awal Bismillah cerita sudah
bisa bikin air mata menitis.
Aksi berlawan best je bagi
den. Mantap memikat.
Kisah tentang manipulasi
dan layanan yang tidak sepatutnya terhadap anak yatim juga dikupas di dalam
filem ini.
Kadang kala penindasan
menjadikan kita samada penjahat yang cemerlang atau a reluctant hero. Pembunuh upahan yang berada
di dalam kelompok masyarakat mengingatkan den kepada assassins di dalam filem
John Wick 2.
Filem ini dibintangi oleh Abimana
Aryasatya, Tara Basro, Ario Bayu, Cecep Arif Rahman, Rio Dewanto, Muzakki
Ramdhan dan Bront Palarae.
Pak Sutradaranya iaitu Pak Joko. Kredit Echolaliapictures |
Bront Palarae sebagai the
villain dalam filem ini sajak sekali. Boleh difahami kenapa dia jadi villain.
Sekilas pandang, kalau tidak kerana humanity, ramai agaknya yang pilih jadi
villain sebab tak mahu ditindas dan hendak survive.
Kredit Echolaliapictures |
No wonder Indonesia tidak
rindu kepada hero Indonesia yang mencipta nama di Hollywood iaitu Iko Uwais
sebab mereka ada ramai heroes lagi yang berbakat besar seperti Abimana
Aryasatya yang bisa berlawan dengan bagus sekali.
Hero Gundala. Kredit Echolaliapictures |
Screentime untuk Ario Bayu
mungkin sedikit tapi setiap kali dia muncul di layar, memang akan terpana
sebentar.
Ario. Kredit Echolaliapictures |
Si cilik Muzakki Ramdhan
sememangnya mencuri perhatian penonton sebab bagus sekali acting nya.
Usah dibandingkan Gundala
dengan mana-mana filem superheroes Marvel atau DC atas pelbagai sebab (bajet,
teknologi, jalan cerita, etc) walaupun den rasa best je movie ni.
Jangan juga dibandingkan
filem ini dengan filem adiwira Cicak Man dan Badang ye. Just please don't okay.
Nanti bisa keciwa ya hati rakyat Malaysia.
Semasa sidang akhbar, Pak
Joko Anwar memaklumkan bahawa Gundala adalah filem pertama daripada 8 buah
movies sehingga 2025 daripada Bumi Langit Cinematic Universe (BCU).
Duduk dari kiri Joko Anwar, Abimana, Muzakki, Bront dan Ario |
Gambar terakhir ni kredit kepada Echolaliapictures |
Gundala yang mengambil masa
48 hari penggambaran di 72 lokasi adalah filem superhero yang awesome untuk
ditonton.
Gundala adalah adaptasi daripada
karektor komik pertama di Indonesia karya Harya “Hasmi” Suraminata yang
diterbitkan oleh Jagat Sinema pada tahun 1969. Komik ini mendapat sambutan
hebat oleh para pencinta komik di Indonesia dan telah diterbitkan sebanyak 23
edisi sehingga tahun terakhirnya pada 1982.
Filem ini akan ditayangkan di seluruh
Malaysia pada 26 Disember 2019.
Kredit Echolaliapictures |
Buku komik Gundala akan berada di
pasaran bermula 26 Disember 2019 di kedai buku MPH yang terpilih.
ps 1 Andainya security di
apartment den sekacak Sancaka, bayar maintenance fee tinggi pun berbaloi-baloi
hehehehehehe.
0 Comments