Ada tak ibu bapa yang sedang dalam dilema bila mencari tempat untuk aktiviti fizikal bagi anak-anak yang merangkumi semua peringkat umur?

Den berpeluang untuk bawa anak-anak den ke Olympic Kids Club yang terletak di dalam Mines Shopping Mall di Serdang.
Memang menarik sangat tempat ini untuk kanak-kanak membuat pelbagai jenis aktiviti.

Den ceritakan sedikit pengalaman den bersama dua orang anak den di sini serta beberapa maklumat yang den rasa den memang kongsi dengan semua ibu bapa.

Lokasi dan Persekitaran

Pertama kali menjejakkan kaki ke premis Olympic Kids Club yang terletak di tingkat 5 di Mines Shopping Mall, hati jatuh suka sebab tempatnya luas, kemas dan bersih. 

Setiap ruang dibahagikan mengikut kategori aktiviti yang akan dijalankan.
Kelas ballet
Martial class
Dancing class
Gym
Kelas muzik
Gelanggang futsal dan basketball
Disediakan ruang untuk meletakkan barang.
Ibu bapa yang hendak menunggu anak-anak menjalankan aktiviti boleh berehat di ruang yang disediakan, lengkap dengan kerusi meja. 
Tandas disediakan di dalam premis.

Tersedia juga water fountain untuk kegunaan semua anak-anak.

Kalau ibu bapa hendak membeli belah atau minum kopi atau ‘have me time’ boleh sahaja meninggalkan anak-anak beraktiviti di sini kerana sentiasa ada pelatih yang mengawasi dan kawasan premis adalah kawasan mesra kanak-kanak dan in sya Allah selamat.

Disebabkan lokasi Olympic Kids Club adalah di Mines Shopping Mall, makanya memang mudah hendak meletakkan kereta. 

Aktiviti Yang Ditawarkan

Olympic Kids Club menawarkan pelbagai jenis kelas untuk semua peringkat umur kanak-kanak.

Ada kelas futsal, tenis, basketball, berenang, tarian, pertahanan diri (karate dan taekwando), ballet, fitness kids, muzik, yoga, pengucapan awam dan lain-lain.
Menarik tak ada banyak aktiviti di satu tempat sahaja? Tidak perlu ibu bapa terkejar-kejar hendak hantar anak ke beberapa tempat untuk menghadiri kelas yang berbeza. 

Cepat, mudah dan menjimatkan masa kan?

Kategori Umur

Terdapat 5 kategori umur bagi anak-anak untuk mnyertai pelbagai aktiviti di sini:

Bayi: 6 - 23 bulan

Toddlers: 2 dan 3 tahun

Kiddies: 4 - 6 tahun

Juniors: 7 - 12; dan 

Remaja 13 - 16

Aktiviti yang ditawarkan adalah bersesuaian dengan peringkat umur.
Harga

Di mana hendak cari kelas aktiviti kanak-kanak bawah RM 25 bagi setiap sesi?

Olympic Kids Club ada menawarkan beberapa jenis pakej dan ada pakej yang kalau dibahagikan kepada bilangan kelas, kita boleh dapat harga macam bawah RM25 bagi setiap sesi.

Di mana hendak dapat pakej yang boleh dikongsi antara adik-beradik dan kawan-kawan?

Olympic Kids Club membenarkan pakej yang dipilih dikongsi antara adik-beradik dan kawan-kawan. Contohnya jika anak sulung yang mendaftar pakej A, pakej tersebut boleh dikongsi dengan adik-beradiknya yang lain dan juga kawan-kawannya.

Harga mampu milik dengan pelbagai pilihan aktiviti serta boleh dikongsikan antara adik-beradik dan kawan-kawan. Menarik sangat kan?

Kelas Percubaan Percuma

Kalau ibu bapa nak bagi anak-anak mencuba dahulu aktiviti yang ada sebelum membuat keputusan untuk mendaftar atau tidak, ibu bapa boleh menghubungi melayari http://www.olympickidsclub.com.my dan mengisi borang bagi mendapatkan kelas percubaan percuma.

Jarang ada tempat yang tawarkan kelas percubaan percuma. Jom kita cuba dulu ye.

Menarik tak Olympic Kids Club ini ibu bapa? Bagi den tempat ini memang sesuai untuk anak-anak beriadah dan beraktiviti di bawah pengawasan pelatih di dalam persekitaran yang seronok dan selamat.

Video den dan anak-anak di Olympic Kids Club di sini ye https://youtu.be/UkM8ROG8LJs 

Untuk sebarang pertanyaan tentang aktiviti, pakej, kelas percuma, harga dan sebagainya, boleh hubungi:




Telefon: +6012-4447197

Jangan lupa likes dan follow mereka di Facebook dan Instagram ye.

4 Comments

  1. Wahh menarik. Budak kecik pergi kidzoona. Budak besar sikit pergi olympic kid club

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menarik sebab tempat ni boleh cater anak-anak dari umur 6 bulan.

      Delete
  2. wah best sangat ni, tempat terbaik untuk anak2 ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang lagi best bila anak-anak buat aktiviti, ibu bapa boleh berjalan-jalan di shopping mall:)

      Delete