"Dengan Kenduri Seni Melayu, kita lestarikan budaya seni Melayu"

"Budaya menyatukan bangsa, adat martabat bangsa"
Penutup Kenduri Seni Melayu 2019 disambut meriah dengan dendangan lagu dan gerak tari indah tapi kitaorang tidak dapat nak mendekati pentas kerana hujan turun dengan agak lebat di Dataran Engku Puteri, Batam. 

Makanya semua video dan gambar persembahan diambil dari kejauhan huhuhuhu.

Den kongsikan sedikit gambar dan video yang diambil dari kejauhan ye.
Antara tarian yang dipersembahkan pada malam penutup adalah:

1. Tari Yuk Belajar dari Sanggar Rentak Balerang tarikan ajakan anak-anak Kepulauan Riau untuk belajar bersama-sama untuk menuntut ilmu.

2. Tarian Canggai dari Singapura.

3. Tarian Tingkah Bujang Tanggung oleh Tanjung Pinang yang menggabungkan seni zapin dan tarian lain.

4. Puisi gabungan dari Kabupaten Lingga.

5. Dendang Anak Pang Selebu dari Kota Batam. 

6. Tarian Zapin Rajuk Rindu dari Politeknik Mersing.

7. Tarian dari Thailand, Myanmar, Rusia dan Kazashtan.

8. Dendangan 50 Kota dari Sumatera Barat.

9. Zapin Joget Tanjung Umar oleh Sanggar Sewarna Batam. Tanjung Umar merupakan daerah tertua di Batam dan menjadi kulinari utama semasa Ramadhan.

10. Zapin Hip Hop dari Sanggar Seni Kledang Tanjung Pinang. Olahan dengan gerak tari moden tapi tidal menghilangkan gerak tari asli.

11. Tarian dari Sanggar Banjangsangkari Acheh.

12. Puisi dari Tarmizi Rumah Hitam Batam.

13. Puisi Episod Rantau Bertuah dari Samson Ramba.

Den rasa ada nama tarian yang den tersilap dengar dan tersalah ejaan. Den dah cuba google kalau ada yang masih tersalah, mohon maafkan ye.

Sambutan Kenduri Seni Melayu 2019 diakhiri dengan penyerahan sijil kepada peserta Kenduri Seni Melayu.

4 Comments

  1. uish sangat lah best ni, memartabatkan kebudayaan tradisional ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menarik sebab ksarie jarang benar terlibat dengan hal seni dan budaya ni. So bila ada peluang untuk tengok persembahan macam ni memang terasa seronok

      Delete
  2. wah! Pasti terhibur bangat sih!

    ReplyDelete