Kenduri Seni Melayu 2019, Dataran Engku Puteri, Batam - Persembahan 12 Disember 2019
Lemah gemalai puteri
menari,
Diiringi indah irama
berseni,
Gerak tari menawan hati,
Lagenda purba memikat hati.
Berpantun pula den ni ye. Begitu
perasaan den apabila berpeluang menonton persembahan tarian dan nyanyian oleh
beberapa negeri di Indonesia termasuk juga persembahan oleh negara jiran yang
berkampung di Batam bagi menyertai Kenduri Seni Melayu 2019 seperti Malaysia, Brunei,
Thailand dan lain-lain.
Malam kedua Kenduri Seni
Melayu diserikan dan disajikan dengan pelbagai dendangan lagu dan juga tarian
tetapi yang paling menarik sekali bagi den sudah tentu la persembahan Tarian
Kolam Puteri yang menurut lagenda puterinya bernama Bidasari hehehehehhehe.
Harus la ada pilih kasih di
situ ye sebab puteri dalam tarian tu namanya adalah sama sekali seperti nama
den hehehehehehehe. Izinkan den berangan sebentar menjadi puteri kayangan ye.
Bukan sahaja den terpaku
kepada gerak tari yang penuh lenggok gaya tetapi kostum yang dipakai setiap
penari terutamanya bagi tarian yang berasaskan lagenda yang melibatkan
pertembungan dewa dewi sememangnya sangat unik.
Den kongsikan beberapa
tarian yang sempat den rakamkan ye.
Untuk tarian yang lebih
panjang masanya, boleh tengok di youtube channel den ye https://youtu.be/BY8BCkOkopQ
2 Comments
perghhhh... dah ada utube channel...kenapa saya tak tahu ni? hehhehe... advance dah kak sarie... wow sangat!
ReplyDeleteHahhahahahaha takde orang tengok pun ha...saja syok sendiri je hehehehehehe
Delete