Kenduri Seni Melayu 2019, Dataran Engku Putri Batam - Perasmian
"Budaya Melayu dijunjung tinggi, sembah tari adat Melayu".
"Elok Melayu memakai adat, adat elok membentuk ahklak".
"Dengan Kenduri Seni Melayu, tidak akan Melayu hilang di bumi".
"Apa tanda Melayu sejati, menghargai adat seni budaya".
"Budaya dijulang, pariwisata cemerlang".
Demikian antara bait pantun pembuka bicara acara perasmian Kenduri Seni Melayu 2019 pada 11 Disember 2019 yang berlangsung seiring dengan Batam International Expo 2019 dan hari lahir Kota Batam yang ke 190.

Perasmian Kenduri Seni Melayu pada tahun yang ke 21 disajikan dan diserikan dengan iringan lagu-lagu, nyanyian dan tarian indah lemah lembut lenggoknya, pertunjukan busana tradisi, dendangan puisi oleh wakil wali Kota Batam, H. Amsakar Achmad, perasmian dengan pukulan rebana oleh semua tetamu VIP dan diakhiri dengan joget lambak bersama pengunjung yang hadir.
Pelbagai tarian yang dipersembahkan ada yang dimulakan dengan sinopsis lagenda asal usul tarian tersebut. Antara tarian yang disajikan adalah tarian Legenda Pulau Putri oleh Sanggar Wan Sendari, tarian Jogi Asli bersama 1000 orang oleh anak-anak dan lain-lain.
Kenduri Seni Melayu 2019 yang didukung penuh oleh Dinas Kebudayaan dan Pariwisata Batam disertai oleh enam buah negara di rantau Asia Tenggara iaitu Singapura, Malaysia, Brunei, Thailand, Myanmar dan Vietnam serta daerah Aceh, Sumbar, Yogyakarta, Gunung Kidul, Sumatera Selatan, Sumatera Utara, Riau, Tanjung Pinang, Lingga dan Bintan dari Indonesia sendiri.
Program 3 hari yang berlangsung dari 11-13 Disember 2019 di Dataran Engku Putri Batam menyajikan pelbagai agenda yang menarik seperti ekspo jualan pelbagai makanan dan barangan, permainan tradisional, muzik, tarian, etc.
International Batam Expo yang akan berlangsung sehingga 15 Disember menjual pelbagai hidangan makanan tradisi serta aneka produk dari industri kecil dan sederhana.
Kenduri Seni Melayu yang merupakan antara agenda seni, budaya, adat dan pelancongan di Kota Batam dianjurkan setiap tahun sejak tahun 1999 adalah seiring dengan mandat memelihara dan memulihara kelestarian budaya dan adat Melayu di mempromosikan budaya Melayu di dalam usaha memperkenalkan Batam kepada dunia.
Kenduri Seni Melayu yang termasuk di dalam 100 kalender pariwisata Indonesia 2020 telah menerima anugerah bagi kategori acara (event) di dalam Anugerah Pariwisata Kepulauan Riau 2019 yang berlangsung pada 31 Ogos 2019 yang lepas di Pacific Palace Hotel Batam.
Siapa lagi hendak memartabatkan budaya, adat dan seni Melayu kalau bukan orang kita kan?
Tahniah kepada Dinas Kebudayaan dan Pariwisata Batam kerana berterusan menganjurkan Kenduri Seni Melayu ini.
Terima kasih kepada Batam Tourism Promotion Board kerana sudi menjemput den menghadiri Kenduri Seni Melayu 2019.

0 Comments