Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bulan paling gembira untuk anak-anak sebab cuti sekolah hehehhehee. Seronok sungguh anak-anak den berjimbaan dan bergelinjangan. 

Den pun gembira juga kerana Disember ini akan ada cuti umum hari lahir Sultan Selangor dan Krismas. Cuti daripada urusan pejabat setakat ini tidak pernah tidak mengujakan hehehehehe.

Jadinya apa rancangan untuk bulan terakhir di tahun 2019 ini?

Bawa anak-anak berjalan ke mana?

Minggu terakhir sebelum cuti sekolah anak-anak ikut den kerja luar di Pulau Pinang. Jadinya kira merangkap berjalan-jalan walaupun tidak pergi ke mana sangat pun hehehehehehe.

Setakat ini memang tiada perancangan untuk bawa anak-anak ke mana-mana sebab mama mereka malas hendak bersesak-sesak (baik di kolam renang, di hotel, di mana-mana tempat tarikan dan sebagainya) + cuti mama tinggal sedikit (ada program yang lebih memerlukan cuti) + bonus adalah kurang memberangsangkan (ini adalah sangat tragis), etc.

Kalau berjalan-jalan pun rasanya dekat-dekat sahaja.

Bulan Disember bagi den adalah bulan hitung kira nak menutup tahun 2019 dengan melihat kembali senarai semak kerja bagi perkara-perkara yang masih tidak tercapai. Bulan terakhir masih banyak aktiviti dengan mesyuarat yang berjujuk-jujuk, bengkel, program tanam pokok dan sebagainya. 

Den juga perlu menyiapkan beberapa perkara yang telah den janjikan. Bila bercerita tentang hal ilmiah memang akan sakit kepala dan kemalasan yang melanda tidak dapat digambarkan tapi disebabkan manusia dipegang pada janji, in sya Allah akan diusahakan juga sebaik mungkin.

Ada beberapa cerita yang den berhasrat nak habiskan pada Disember ni. In sya Allah Koh Lipe tinggal 2 cerita lagi hehehehehehe. 

In sya Allah den tidak sibuk dengan persiapan beli sekolah (baju, kasut, beg dan sebagainya) kerana baju anak-anak yang tahun lepas masih elok lagi. Kalau lusuh atau terkoyak di kemudian hari, kita beli apabila masanya tiba.

In sya Allah di hujung Disember nanti, den merancang untuk buat kesimpulan tentang hidup den sepanjang tahun 2019 ini, apa yang telah den capai, apa yang masih perlukan penambahbaikan, apa yang perlu dihapus terus dan sebagainya. Nampak macam ringkas tapi mengenali diri sendiri, 1 topik boleh mengambil masa 1 hari untuk dibuat kesimpulan berdasarkan kisah 365 hari di tahun 2019.

Semoga Disember kita pada tahun ini membawa manfaat dan lebih kebahagian kepada diri kita.

0 Comments