Dapatkan Kelengkapan Berguna Ini Sebelum Anda Mula Membersih Di Musim Perayaan!
Menjelang
sambutan Krismas dan Tahun Baru serta perayaan Tahun Baru Cina yang bakal tiba,
pastinya terdapat banyak persediaan yang perlu dilakukan.
Persiapan
itu pastinya membuatkan setiap keluarga begitu sibuk untuk menguruskan masa
namun selain tenaga kerja, kelengkapan yang sesuai juga penting dalam
memastikan ia berjalan lancar seperti diharapkan.
Pemilihan
peralatan perlu dilakukan secara bijak kerana ia boleh menjimatkan tenaga dan
masa.
Ini
adalah empat produk terbaik yang disyorkan daripada jenama kelengkapan rumah
paling dipercayai di dunia, WD-40®, dan cara untuk menggunakannya.
Produk
Pelbagai Guna WD-40®
Ia
adalah produk WD-40® paling popular serta paling lama yang
didatangkan menerusi tin berwarna biru dan kuning. Ia dikenali dengan
keberkesanannya untuk menanggalkan minyak, kotoran dan bahan melekit yang
degil. Ia juga melindungi logam daripada berkarat dan terhakis termasuk pagar
besi, pemanggang barbeku serta pintu pagar.
Pada
masa sama, ia berupaya menanggalkan kesan pelekat lama yang ditinggalkan pita
pelekat.
Bingung
untuk menanggalkan kesan conteng menggunakan krayon pada dinding? Atau mungkin
terdapat gula-gula getah yang melekat pada permaidani? Anda tidak perlu risau
kerana ia boleh menyelesaikan masalah itu.
Bukan
itu sahaja, produk ini mampu membersihkan kotoran degil yang melekat pada
mangkuk tandas dengan hanya menyembur dan memberusnya beberapa kali sebelum
mengepamnya.
3-DALAM-SATU®
Pembersih Profesional Penyaman Udara
Ejen
pembersih berasaskan air ini mampu menghilangkan minyak, kotoran, kulat dan
kotoran yang berada dalam sistem penyaman udara dengan mudah.
Hanya
keluarkan penapisnya dan bersihkan habuk yang melekat sebelum menyemburnya
dengan 3-DALAM-SATU® Pembersih Profesional Penyaman Udara ke arah
sistem penyejukan dan biarkan selama beberapa minit untuk ia bertindak.
Kemudian
anda perlu memasang semula penapis tanpa perlu membilasnya. Nyalakan susi
penyaman udara dan biarkan selama 15 minit bagi membolehkan semua kotoran
dikeluarkan menerusi tiubnya.
*utamakan
keselamatan, tutup suis penyaman udara sebelum anda melakukannya.
Pakar Penyahgris
Bertindak Pantas WD-40®
Bahan
penyelesaian berasaskan air yang mampu menanggalkan gris degil, minyak, kotoran
serta keladak sabun.
Pakar
penyahgris ini dilengkapi dengan buih yang padu untuk bertindak segera ke atas
permukaan ingin dibersihkan.
Hanya
semburkan bahan ini sebelum lap atau membilasnya hinga bersih. Bagi kotoran
lebih tebal, anda perlu membiarkannya selama beberapa saat untuk membolehkannya
menembusi lapisan itu sebelum dilap hingga bersih. Ia selamat digunakan
terhadap permukaan logam, kaca, plastik, getah dan timah.
Pakar™
Pembersih Cepat KeringWD-40®
Pembersih bertindak segera yang tidak
mengalirkan arus elektrik ini amat sesuai sekiranya anda ingin menanggalkan
kesan minyak, kotoran, kotoran pada papan litar serta pemeluwapan daripada
peralatan elektronik dan elektrik yang begitu sensitif.
Formula yang digunakan mampu menembusi ruang
yang sukar dicapai dan kering dengan cepat tanpa meninggalkan apa-apa bahan.
Radio dan pemain piring hitam? Pencetak dan
mesin fotostat? Produk ini amat sesuai digunakan. Hanya sembur dan biarkan
beberapa saat dan siap.
*sentiasa ingat untuk menutup suis produk
elektrik dan sejukkan mana-mana permukaan panas terlebih dulu sebelum mula
membersih*
Untuk
maklumat lanjut mengenai bagaimana semua produk ini dapat membantu anda
melakukan kerja pembersihan sempena musim perayaan ini, boleh ke https://wd40.asia/
0 Comments