Varin Beach Resort ni memang sajak untuk kitaorang sebab tak sampai 5 minit dari jeti Koh Lipe dan entrance ke Koh Lipe Walking Street (sebelah sungguh tak sampai 1 minit berjalan kaki).
Rasanya hampir semua chalet atau resort di Koh Lipe ni di tepi pantai cuma cantik menawan kalbu yang bisa merabakkan poket ke tidak tuh je la persoalannya.

Kalau honeymoon, mungkin kena ambil resort di kawasan Mountain, The Hill, Sunset Beach, etc yang lebih indah dan gah pemandangannya, lebih awesome biliknya, lebih privacy, etc.

Macam kitaorang berdua ni yang memang temanya berehat dan bilik hanya untuk tidur waktu malam, makanya Varin Beach Resort ni adalah sesuai daripada segi harga, lokasi, bilik, breakfast dan kemudahan yang disediakan. Just nice untuk bajet yang biasa-biasa gitu.

Hotel ni memang okay sangat bagi kitaorang.

Lobi yang luas dan selesa. Jadinya masa menunggu nak check in serta masa melepak nak tunggu bot sampai pukul 4 pm di sini memang santai dan selesa. WiFi pun kacak di sini. Ada welcoming drinks semua.
Kelas ye buat program kat sini:))))
Ada kemudahan surau dan playground. Playground sebelah cafe so kalau parents breakfast boleh je la pantau kiddos main kat situ. Parents dapat menjamu selera dengan tenang, budak-budak happy dapat main.
Swimming pool pun menarik tapi kitaorang tak jejak kaki pun kat sini sebab dah sakan melepak kat pantai. 
Bilik memang okay. Just nice untuk dua orang cuma siaran televisyen dialihbahasa habis ke bahasa Thailand. Takde subtittle plak tuh. Makanya kitaorang buat kesimpulan dan andaian sendiri je la hehehehehhe.
Breakfast memang mewah dan ada rasa. Kalau memang tak mengejar masa nak pergi snorkeling atau aktiviti lain, boleh sangat melepak makan dengan jayanya sambil menghayati keindahan pantai dan merasa angin sepoi-sepoi bahasa.
Malam-malam kalau lapar, ada je kedai serbaneka kat hotel ni.
Boleh pertimbangkan Varin Beach Resort ni untuk penginapan korang di Koh Lipe ye cumanya WiFi kat bilik tak beberapa nak dapat ye.

6 Comments

  1. hotel tu menyediakan makanan halal ke? Kesusahan bila pi stay kat hotel overseas ni sbb x de makanan halal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sya Allah memang sediakan makanan halal. Sebab tuh okay sangat menginap kat sini

      Delete
  2. Comelnye towel bilik dihias dalam bentuk gajah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn....sayang sangat nak guna hehehehee

      Delete
  3. wahh simple dan cantik la resort ni. nice

    jom singgah www.hellokerja.com

    ReplyDelete