Snorkeling di Koh Lipe (Hari Kedua)
Ada banyak sangat pakej
untuk snorkeling yang korang boleh jumpa dan pilih di kedai-kedai sepanjang
Walking Street.
Ada pakej snorkeling
separuh hari dan ada yang satu hari. Pilih je yang mana korang berkenan.
Kebanyakan pakej snorkeling
satu hari biasanya akan cover are Jabang - Koh Rawi - Koh Adang dan Koh Hin Ngam.
Ada banyak spot lain untuk
snorkeling macam Koh Bulu, Koh Dong, etc tapi empat tempat kat atas tuh adalah
spot yang macam jatuh wajib untuk depa bawa.
Masa pergi snorkeling ni
tolong pastikan bawa sekali tiket Tarutao National
Park yang dah dibayar dekat kaunter di balai imigresen tuh ye.
Pakej yang kitaorang ambil
pergi ke empat-empat tempat ni.
Tempat berkumpul untuk snorkeling biasanya depan pintu masuk Walking Street ni je |
Bergambo dulu sebelum mabuk dalam bot nanti heehehehehe |
Den ni sebenarnya penakut
air yang amat. Nak plak masa nak snorkeling tuh arusnya agak boleh tahan
bergelombang, makanya memang banyak tertelan air laut daripada nampak segala
terumbu karang bagai huhuhuhuhu.
Memang tak banyak gambar
masa snorkeling ni sebab di samping bersungguh-sungguh menelan air laut,
handphone den terpleot sebab termasuk air.
Masa lepak lunch di Koh
Rawi, ada pasangan orang putih ni terlupa nak bawa tiket Tarutao National Park. Pada masa makan lunch tuh, renjer hutan tak check
pun tiket tapi mungkin integriti orang putih ni tinggi, depa pi serah diri pada
renjer cakap depa terlupa bawa tiket tuh. Memang la renjer tuh tahan depa dan
minta diaorang bayar (tak pasti bayar harga tiket baru ke atau bayar denda). Dah
orang putih tuh tak bawa duit pula. Nasib baik la ada sorang makwe Jepun sudi
pinjamkan duit pada diaorang.
So ingat ye kawan-kawan, kalau pergi snorkeling di
Koh Lipe, wajib bawa tiket Tarutao National Park ye.
Okay je la aktiviti snorkeling nih ha tapi
disebabkan den ni penakut, takde la enjoy bebeno cumanya kalau korang datang ke
Koh Lipe tapi tak snorkeling macam tak lengkap la tema percutian di pulau
camtuh la.
Den paling suka singgah di Koh Hin Ngam yang
merupakan pulau yang terdiri daripada batuan hitam. Memang tak nampak pasir pun
kat pulau ni k. Penuh dengan batu-batuan hitam.
Dah macam Che Ta kawan den seorang ni |
Ikut lagenda dan juga papan tanda amaran yang
bertajuk The Curse of Tarutao Island,
sesiapa yang mengambil barang sebiji batu ni akan ditimpa nasib malang.
Dikhabarkan setiap tahun pejabat Taman Negara akan terima batu yang dipulangkan
melalui surat.
Cumanya mereka yang naik
bot sama dengan kitaorang tak berminat nak jalan-jalan kat pulau ni, makanya
tak sempat la den nak baca semua info yang ada kat sini. Haish.
Kalau nak belajar diving
pun boleh di sini sebab ada diving school tapi den tak pasti berapa hari kena
belajar dan berapa harganya.
So wajib ke tak snorkeling
kalau kali pertama datang ke Koh Lipe? Jatuh wajib la sebab kalau korang tak
snorkeling, korang nak buat aktiviti apa lagi pun selain daripada
bermalas-malasan kat tepi pantai camtuh la.
Sampai hampir pukul 5
petang juga la aktiviti snorkeling ni.
Dinner pada hari kedua di
Koh Lipe ni adalah lebih berhemah sebab dah pengsan makan semalam hehehehehee.
0 Comments