BERTINDAK SEGERA membawa anak-anak, anak-anak saudara, sepupu sepapat, kaum keluarga dan sahabat handai ke pawagam terdekat bagi menonton filem animasi yang best sempena cuti sekolah ni. Tayangan Ejen Ali The Movie dimulakan pada hari ini (28 November).

Memang terbaik. 
Lengkap rencah aksi + kelakar + menyentuh jiwa + soundtrack  yang memang awesome menjadikannya sebagai satu naskah movie yang hebat bagi tahun 2019 bukan sahaja kepada kanak-kanak tetapi juga orang dewasa. Den pun terpaku tengok movie ni sebab jalan cerita memang mantap.

Padat dengan aksi dari mula hingga ke akhir movie berdurasi 97 minit ini. Kalah movie John Wick.

Terasa sangat movie ni sesungguhnya made in Malaysia lagi-lagi bila ada scene melepak di kedai favourite ramai di negara ini iaitu kedai mamak hehehehehe. The mamaks really steal the scene from Ejen Ali.

Kualiti animasi 3D, karektor setiap watak, costume setiap watak, etc memang sangat awesome. 

Walaupun main target audience Ejen Ali The Movie adalah kanak-kanak, movie ni sesuai untuk semua orang:

Kanak-kanak - this movie is really made for them. Jalan cerita memang sedikit heavy untuk anak-anak den yang berusia 5 dan 9 tahun tapi diaorang tetap suka dengan movie ni sebab yang penting bagi depa adalah Ejen Ali dan aksi-aksinya.

Ibu Bapa - mengingatkan kita supaya meluangkan masa bersama anak-anak tak kira betapa sibuk kita nak survive di dunia ini, dengar celoteh dan cerita mereka, layan mereka makan, etc sebab mereka mendambakan kasih sayang kita. We are their superheroes.

Anak-anak adalah makhluk yang cerdik, jadinya setiap persoalan mereka terutamanya tentang ibu bapa sendiri perlu dijawab sewajarnya.

Jika tidak, sekiranya ada orang dewasa lain yang prihatin walaupun sedikit terhadap anak-anak kita tak kira la orang yang tidak dikenali atau orang jahat, mereka akan jatuh suka sebab mereka rasa disayangi. Mereka tidak faham lagi tentang orang dewasa yang boleh mengambil kesempatan dan memanipulasi mereka untuk tujuan yang tidak baik.

Pemimpin - tak kisah la ahli politik ke, ketua jabatan ke, ketua kampung ke, ketua JKKKKK, etc sila la jangan berperangai dan bersifat macam Dato Othman ye. Hampeh sungguh. Yang lagi buat darah den mendidih tu, walaupun perangai dan keputusannya banyak yang sangat menjengkelkan dan memberi impak negatif berterusan, semua orang masih tetap kena melindunginya sebab dia adalah seorang ketua. Haish.

Melihat karektor penjahat mengingatkan den kepada kebanyakan orang yang pada awal asalnya hendak memperjuangkan hak dan kebenaran setelah ditindas sekian lama tetapi apabila mendapat kuasa dan peluang, dia terlupa daratan kerana dendam kesumat yang bersarang di dalam hatinya dan rasa semua orang yang tidak setuju dengan dia perlu dihapuskan. Power corrupt and abuse.

Pemilik restoran - movie ini hampir mengesahkan spekulasi dan teori kenapa kedai mamak nombor satu di hati kebanyakan rakyat Malaysia hehehehe. Watch and learn gitu.

A truly all around movie for me and my kids.
Satu kesimpulan lain yang den dapat daripada hampir semua movie superheroes termasuklah Ejen Ali, Marvel, DC, etc adalah kriteria utama menjadi seorang superhero adalah mempunyai hati yang baik dan ikhlas.

Jom kita sama-sama menyokong industri animasi tempatan dengan menonton Ejen Ali The Movie bagi merealisasikan impian hat-trick box office bagi filem-filem animasi tempatan bagi tahun 2019 (Upin Upin, Boboiboy dan Ejen Ali).

BERTINDAK SEGERA menonton Ejen Ali The Movie k.

Ah sudah...dalam kepala den terngiang-ngiang lagu 'Bukalah Matamu'. Mujur sangat la kan tak terngiang-ngiang lagu 'Mamak Maju' hehehehehhe.

Terima kasih Primework Sudios dan Wau Animation kerana memberi peluang kepada den dan kiddos menonton Ejen Ali The Movie semalam.

6 Comments

  1. anak-anak dah hint malam ni nak menonton movie ni..

    ReplyDelete
  2. wah2...seronok anak2 boleh tengok ejen ali depan2..hehehe.. kita baru bawa anak2 tengok citer frozen semalam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak-budak memang happy sangat. Frozen tak tengok lagi ni

      Delete
  3. Memang...best kak sari baru tengok...

    ReplyDelete