Maklumat di bawah adalah berdasarkan penceritaan oleh pemandu pelancong Pak Henry Cowboy.

Disebabkan den dah catat semua maklumat ni kan, den nak simpan di blog den ni.
Sudah pasti untuk maklumat yang lebih terperinci dan lebih tepat kena membaca sejarah Batam, Kesultanan Riau Lingga, etc ye.

Indonesia mempunyai lebih kurang 17,000 ++ buah pulau.

Pulau Batam sendiri mempunyai 446 pulau yang kebanyakan pulaunya masih tidak mempunyai nama.

Pulau Batam, Pulau Rempang dan Pulau Galang adalah gugusan pulau terbesar di Batam.

Pada 2050, Kerajaan Batam akan membangunkan Cowboy Island.

Pulau Batam juga dikenali sebagai Scorpion Island kerana dari pemandangan udara bentuknya seperti kala jengking.
Pulau Batam berkeluasan 715 km2 mempunyai populasi 1,300,000 penduduk dengan 60% Islam, 20% Kristian dan 20% Hindu, Buddha, etc.

Terdapat 28 lokasi kampung tua yang dihuni oleh penduduk asal orang Batam.

Sekarang tinggal 25% orang asal Batam di Batam.

Masjid terbaru di Batam adalah Masjid Sultan Mahmud Riayat Shah yang baru dirasmikan pada 20 September 2019 merupakan masjid keempat terbesar di Indonesia dan masjid terbesar di pulau Sumatera yang boleh memuatkan lebih kurang 25,000 jemaah pada satu-satu masa. 

Batam airport mempunyai runaway terpanjang di dunia iaitu sepanjang 4025 meter tetapi masih belum buka route antarabangsa.

Pulau Batam merupakan kota kedua selepas Tanjung Pinang di Kepulauan Riau yang dibangunkan oleh Kerajaan Indonesia.

Mejar Habibi, President Indonesia yang ketiga yang memperkenalkan Pulau Batam kepada dunia termasuk menyediakan jambatan yang menghubungkan 7 buah pulau iaitu Galang Baru - Galang - Rempang - Setokok - Nipah - Tonton - Batam. Kesemua jambatan ini dibuka pada 1998 selepas 10 tahun pembinaan. Usia jambatan sekarang 21 tahun. 2500 meter jumlah panjang ketujuh-tujuh jambatan.

Jambatan Tengku Fisabilillah (Raja Haji Fisabilillah), 460 meter menghubungkan Pulau Batam - Pulan Tonton.

Jambatan Rajasingan , 420 meter menghubungkan Pulau Tonton - Pulau Nipah.

Jambatan Raja Ali Haji Fisabilillah sepanjang kurang 300 meter menghubungkan Pulau Nipah - Pulau Setokok 

Jambatan Zainal Abidin menghubungkan Pulau Setokok - Pulau Rempang.

Jambatan Tuanku Tambusai, 270 meter, menghubungkan Pulau Rempang - Pulau Galang 270 m.

Jambatan Raja Kecil , 180 meter, menghubungkan Pulau Galang - Pulau Galang Baru

Jambatan Barelang, Jambatan Tengku Fisabilillah merupakan jambatan iconic Pulau Batam yang mana binaannya adalah lebih kurang Golden Gate Bridge, San Francisco.

Terdapat rancangan untuk menghubungkan Pulau Bintan Utara dengan Timur Pulau Batam.

Bangunan Habibi dengan ketinggian 400 m dengan 123 tingkat di mana 44 tingkat adalah shopping mall sedang dibangunkan.

Batam mempunyai 5 international ferry terminal.

Pada tahun 2025, Pulau Batam akan berwajah baru.

Sedikit Lagenda

Pulau Penyengat seluas 3 km2 merupakan mas kahwin oleh Raja Perak kepada Raja Hamidah, Engku Puteri. Boleh tengok tinggalan Kerajaan Melayu Riau-Lingga di sini.

Masjid Penyengat menggunakan putih telur untuk gantikan simen. Sampai sekarang masih utuh binaannya.

Terdapat nama jalan di Batam seperti Jalan Hang Tuah, Jalan Hang Jebat, etc kerana Kerajaan Bintan pernah ditugaskan membantu Kerajaan Melaka.

Kerajaan Bintan mendapatkan keris Taming Sari daripada Patih Gajahmada, Kerajaan Majapahit tapi tak tau di mana keberadaan keris tersebut sekarang. Samada telah dibuang ke laut, berada pada Kesultanan Negeri Perak, etc.

Kepri Coral merupakan kawasan terbaru tarikan parawisata di Pulau Batam.

Lagenda asal usul nama Batam

Batu ampar adalah nama asal Batam.

Makam Badang di Pulau Puru. Panglima Badang adalah pengikut Raja Hussein, kesultanan Riau Lingga. Hang Nadim panglima Raja Bentan. Mereka bertanding siapa boleh angkat batu bukit adalah paling kuat. 

Badang melemparkan batu dari Singapura menjadi hamparan berbatuan besar. Inilah hikayat lagenda asal usul batu ampar yang dikenali dengan nama Batam.

Hang Nadim Laksaman Laut yang menjaga laut (versi Indonesia). Hang Nadim selamatkan Singapore daripada ikan todak.

Si tanggang dan kapalnya yang terbalik juga terdapat di Pulau Buru.

Terima kasih daun keladi kepada Batam Tourism Promotion Board dan Kepri Coral kerana sudi menjemput den menyertai Batam Bahari Festival 2019, 1 - 4 November 2019. Wonderful Sail To Abang Islands Kepri Coral Batam - Indonesia 2019. In sya Allah ada rezeki jemput lagi ye hehehehe.

2 Comments