Perasmian Batam Bahari Festival 2019, 1 - 4 November 2019. Wonderful Sail To Abang Islands Kepri Coral Batam - Indonesia 2019
Perasmian Batam Bahari
Festival 2019, 1 - 4 November 2019 pada 2 November dihadiri oleh Bapa Dr
Marsetio, Penasihat Ministry of Tourism, Ibu Raminina, wakil Kementerian
Pelancongan, Pak Harmanto Ahak, tuan punya Kepri Coral, etc.
Batam Bahari
Festival 2019, 1 - 4 November 2019 adalah anjuran dan kolaborasi Batam
Tourism Promotion Board dan Kepri Coral yang disokong oleh Dinas Kebudayaan dan
Pariwisata Batam.
Jemputan VIP |
Perasmian turut dihadiri
oleh Travel Agent Association of Riau, Professional Chef Association of Riau,
Batam Tourism Promotion Board, 6 orang Duta Wisata Batam, etc.
Semua tetamu termasuk
pelayar daripada yatch/kapal layar yang berlabuh di sekitar perairan Kepri
Coral Island disambut dengan paluan kompang dan persembahan silat oleh penduduk
Pulau Abang Besar dan Pulau Abang Kecil.
Persembahan pencak silat |
Super in love with this photo |
Seterusnya tetamu disajikan
dengan tarian tradisional oleh gadis-gadis manis di mana di akhir tarian, Dr
Marsetion dan tetamu diberikan sirih sebagai simbolik sebelum program
diteruskan dengan tarian oleh anak-anak dari Pulau Abang Kecil.
Pemberian sirih kepada Dr Marsetio |
Adik-adik manis menari dengan diiringi lagu Nirmala, Dato Siti. |
Program diteruskan dengan
ucapan selamat datang daripada Pak Harmanto Ahak, pemilik Kepri Coral sebelum
Dr Marsetio memberikan ucapan aluan.
Antara intipati ucapan Dr
Marsetio adalah:
1. Indonesia telah
melaksanakan digital wisata di mana pada awal 2015, kebenaran izin masuk ke
laluan navigasi oleh kapal layar boleh dipohon di atas talian (online) yang
memerlukan pelayar mengisi lebih kurang 15 helai borang;
2. 80% pelancong yang
melawat Indonesia adalah dari negara China;
3. pada tahun 2020 akan
diadakan yatch rally dari Fremantle, Australia ke Bali yang akan melibatkan
lebih kurang 700 kapal layar;
4. pada tahun 2016, 109
negara telah diberikan kemasukan tanpa visa ke Indonesia;
5. terdapat 4 laluan baru
navigasi bagi rally yatch yang telah dikenalpasti sepanjang 7000 nautica miles,
laluan yatch rally yang terpanjang di dunia.
Usai tamat ucapan, Pak
Harmanto dan Dr Marsetio seterusnya memakaikan tanjak kepada 2 orang pelaya
sebelum Dr Marsetio memberikan 4 keping syiling kepada 4 orang pelayar dari
Australia, Amerika, England dan Sweeden (sekeping setiap seorang) sebagai
tradisi orang maritim atau navy apabila berjumpa dengan kawan baru dengan
harapan akan berjumpa lagi di masa hadapan.
Pemakaian tanjak oleh Dr Marsetio, Penasihat Kementerian Pelancongan |
Pemakaian tanjak oleh Pak Ahak, owner Kepri Cora |
Pemberian syiling oleh Dr Marsetio |
Seterusnya semua tetamu
dihiburkan dengan Tarian Bujang Terlajak oleh ibu-ibu dari Pulau Abang Besar.
Tarian juga disertai oleh pelayar-pelayar.
Interview pendek dengan 3
orang pelayar dari Australia, Amerika dan England tentang perasaan mereka
tentang Pulau Batam.
Para pelayar luar negara ditemuramah oleh Pak Sutrisno, Pengarah Eksekutif Batam Tourism Promotion Board |
Antara pendapat mereka:
"Magical mystery
islands. All islands are different and unique. All Indonesian are welcoming.
Pulau cantiknya luar biasa. Orang Indonesia sangat ramah. Semuanya akan kembali
datang ke Indonesia. Pulaunya harus dijaga, jangan dirosak dan jangan
dikotori."
Anak-anak membawa impian agar Kepri Coran dan Pulau Abang dikekalkan kelestariannya |
Program perasmian Batam
Bahari Festival 1 - 4 November 2019 diakhiri dengan persembahan tarian tradisi
Batam iaitu Joget Dangkong yang penarinya perlu terdiri daripada angka ganjil,
paling kurang 5 orang.
Selepas
tamat program perasmian dan semua tetamu selesai menjamu selera makan
tengahari, sidang akhbar ringkas bersama media diadakan sebelum program
diteruskan dengan pertunjukan fesyen batik original motif dari Batam oleh Duta
Wisata Batam dan 3 orang pelayar.
Kemeriahan Batam Bahari
Festival diteruskan dengan Permainan Engrang atau Kaki Panjang/Tongkah/Sitinjak
oleh anak-anak comel di mana mereka berdiri di atas kayu dan berjalan serta
berlumba memerlukan skill yang tersendiri.
Pak Edi mendemonstrasikan cara permainan Engrang kepada wakil media |
Wakil media juga mencuba
nasib untuk bermain Engrang ini.
Tetamu teruja apabila
anak-anak remaja Pulau Abang menunjukkan demonstrasi bermain gasing sebelum
wakil media dijemput mencuba permainan tradisi ini.
Pelayar dan wakil media
seterusnya berlumba kanu sebelum semuanya bermandi peluh menari di pentas zumba
bersama ZIN daripada Melaka dan Jakarta.
Eh terselit gambar den sedang berzumba hehhehehee |
Kiosk jualan batik yang dibuka di tepi pantai |
Program
pada hari perasmian Batam Bahari Festival 1 - 4 November 2019 di Kepri Coral
Island ditamatkan dengan BBQ dinner dan persembahan live band.
Terima kasih Batam Tourism Promotion Board dan Kepri Coral di atas jemputan dan layanan mesra
Kalau nak tengok videonya boleh layari youtube channel den nih ye:
Video Perasmian: https://youtu.be/4rdAErQKGP8
Terima kasih Batam Tourism Promotion Board dan Kepri Coral di atas jemputan dan layanan mesra
Kalau nak tengok videonya boleh layari youtube channel den nih ye:
2 Comments
Destinasi percutian di Batam.memang tak pernah menghampakan. Terbaik dan rasanya memang sentiasa nak pergi.
ReplyDeleteKannn....another unique gem from Indonesia.
Delete