Marvel Studio In Malaysia - 10 Years Of Heroes Exhibition - Untuk Peminat Superheroes
Kalau ada ibu bapa masih
mencari-cari tempat menarik untuk membawa anak-anak berjalan di Kuala Lumpur
sempena cuti sekolah ini, boleh pertimbangkan untuk melawat pameran Marvel
Studio In Malaysia - 10 Years Of Heroes Exhibition yang masih berlangsung
sehingga 1 Januari 2020.
Baru-baru ini den menang
giveaway 2 tiket ke pameran ini daripada @malaysianparenting, den jadi teruja
nak tengok pameran Marvel superheroes ni.
Superheroes den yang dua orang itu lagi teruja lagi-lagi yang kecil sebab
dia memang peminat tegar superheroes.
Masa redeem tiket yang den
menang dan beli 1 tiket lagi di kaunter tiket, anak-anak den dapat passport
untuk dicop di 5 stesen untuk redeem superheroes badge di kedai cenderahati di
akhir pameran nanti.
Ada 10 galeri semuanya di
dalam pameran ini yang dimulakan dengan sinopsis sejarah semua movie superheroes.
Kalau baca satu-satu cerita akan boleh ambil masa 15 minit di sini sahaja.
Galeri 1: Iron Man
Galeri yang menempatkan
superhero yang memulakan semuanya iaitu Ironman. Ada 2 bahagian pameran di sini
iaitu Hall of Armor dan makmal Tony Stark di Stark Industries.
Di Hall of Armor ini jangan
lepaskan peluang untuk bergambar di dalam ruang kosong di sebelah 3 suit Iron
Man. Lama juga kami di sini sebab den terpesona dengan rekabentuk suit Iron
Man. Di sini juga merupakan stesen cop yang pertama.
Makmal Stark menunjukkan
sepintas lalu teknologi yang digunakan untuk merekacipta suit Iron Man.
Budak-budak lepak lama di sini sebab mereka suka tengok ciptaan suit yang
berubah-ubah.
Galeri 2: Captain America
Den rasa di sini paling
cantik bergambar sebab kombinasi warna yang cantik dan kita boleh masukkan tangan
pada 2 jenis perisai yang ada yang diletakkan di ruang terbuka.
Selain pameran 4 perisai
yang Captain America pernah gunakan beserta patung America, terdapat juga ultra
modern SHIELD Helicarrier bersaiz mini.
Galeri 3: Thor
Laluan ke sini memang
menarik sebab seolah-olah kita melintasi Bifrost untuk sampai ke Asgard.
Budak-budak berulang lari di sini. Nanti tengok video yang den kongsikan pautannya
di akhir post untuk tahu kenapa laluan ini istimewa.
Boleh tengok tukul Mjolnir,
Stormbreaker dan Loki Scepter serta mengambil gambar dengan patung Thor yang
berlatarbelakangkan gambar kilat serta bunyi guruh.
Di sini merupakan stesen
kedua untuk cop passport.
Galeri 4: Dr Strange
Terasa macam berada di New
York Sanctum Sanctorum apabila menjejakkan kaki ke sini.
Pengalaman Eye of Agamotto
untuk mengubah takdir sangat unik di mana kita boleh berangan menjadi ahli
magik tersohor di sini hehehehehhe.
Budak-budak suka sangat
main manipulasi masa di mana kita boleh menjadikan sebiji epal habis dimakan
menggunakan gerakan tangan.
Segak rupanya costume Dr.
Strange apabila dilihat secara berdepan.
Galeri 5: Guardians of The Galaxy
Tempat yang paling lama
kami lepak sebab budak-budak menari bersungguh-sungguh bersama The Groot yang akan
mengikut gerak tarian kita. Untuk orang dewasa macam kita pasti rasa biasa tetapi
budak-budak memang minat sangat dengan The Groot ni hehehehhehe.
Ada senjata Star Lord dan
Gamora di sini.
Galeri 6: Black Panther
Terasa macam berada di
dalam makmal Shuri di Wakanda.
Ada replika patung Black Panther
dan suit Black Panther yang dipakai oleh Chadwick Boseman pada2018.
Stesen ketiga untuk cop
passport.
Galeri 7: Ant-Man
Di sini kita boleh tengok
Pym Tech Rolling Lab yang asal di samping patung Ant-Man.
Galeri 8: Captain Marvel
Ruang yang agak besar
didedikasikan untuk the most powerful superheroes iaitu Captain Marvel ni tapi
yang paling menarik adalah pertukaran kostum Captain Marvel secara interaktif
oleh Samsung Galaxy.
Stesen cop keempat di sini.
Galeri 9: The Avengers
Den rasa galeri ini paling
menarik sebab kita boleh:
1. mendengar dan menonton
asal usul kisah enam Infinity Stones (mengambil masa sedikit tetapi memang
berbaloi);
2. merasai pengalaman
terhapus (decimation) apabila Thanos petik jarinya;
3. tengok replika Nano
Gauntlet; dan
4. bergambar dengan patung
replika Thanos.
Stesen terakhir untuk cop
passport.
Galeri 10: The Collector’s Museum
Lepas kita habis melalui
semua galeri pameran, kita akan sampai ke kedai cenderamata di mata kita akan tebus
badge daripada passport yang telah dicop. Kedai cenderamatanya memang menarik sebab
terdapat pelbagai barang macam patung, tshirt, topi, beg, buku dan sebagainya. Kalau
hendak beli barang sahaja tapi tidak mahu tengok pameran pun boleh sebab ada
pintu masuk yang lain.
Badge yang ditebus |
Anak-anak den memang
gembira sangat dapat pergi ke pameran ini lebih-lebih lagi yang bongsu tapi dia
sibuk tanya “kenapa takde semua superheroes mama? Mana Spiderman, Hulk, Black
Widow……..?”. Sebut habis nama semua superheroes hehehehehhe.
Boleh
tengok pengalaman kami di pameran ini di https://youtu.be/xiOsuPhRAQo
Jadi kepada peminat Marvel
Superheroes masih ada masa lebih kurang 1 bulan lagi untuk semua merasai pengalaman
bertemu superheroes anda.
Tarikh Pameran: 28 Jun 2019 hingga 1 Januari
2020
Tempat: Pavillion Elite, Level 10
Harga Tiket: Dewasa MyKad RM48, Normal RM58
Kanak-Kanak MyKad RM28, Normal RM38
Boleh beli tiket di kaunter
atau secara online di www.marvelexhibition.my
Always and forever |
2 Comments
Tak sempat lagi pergi ni. Tinggal lagi sebulan je
ReplyDeleteCepat cepat jangan terlambat lagi lagi kalau memang minat superheroes Marvel
Delete