Kepri Coral Island, Batam Pengelap Island. Pulau Tarikan Pelancongan Terbaru di Batam.
Sepintas Lalu
Kepri Coral Island seluas
1000 hektar mula dibangunkan secara berperingkat bermula pada 2016.
Kepri Coral milik Tuan
Harmanto Ahak yang juga merupakan pemilik syarikat pembuatan kapal serta salah
seorang orang paling kaya di Batam mula dipromosikan sebagai salah satu wisata,
tempat pelancongan di Kepulauan Riau bermula Januari 2019.
3 dari kiri adalah owner Kepri Coral, Pak Ahak |
Kemudahan bekalan elektrik
bagi keseluruhan pembangunan di Kepri Coral Island dijana dengan sepenuhnya
dengan sistem solar dan diback up oleh generator. Environmental friendly
gitu.
Solar panel di merata-rata tempat |
Antara pelancong yang
pernah menginap di Kepri Coral Island adalah dari Korea, China, Jepun,
Australia dan Taiwan.
Bermula dari Januari 2019
sehingga November 2019, jumlah pelawat yang mengunjungi Kepri Coral Island
adalah seramai 32,000 hingga 35,000 orang.
Pada tahun 2020, statistik
pelancong yang dijangka akan melawat Kepri Coral Island, Pulau Pengelap,
Batam adalah 60,000 hingga 70,000 orang setahun.
Terdapat 2 kapal patrol
tentera laut yang sentiasa bertugas memastikan keselamatan di perairan Kepri
Coral Island serta memastikan terumbu karang di sini terpelihara dan terpulihara.
Kemudahan dan Aktiviti di Kepri Coral Island
Setakat ini, terdapat 4
jenis penginapan yang ditawarkan di Kepri Coral Island iaitu dome (penginapan berbentuk igloo, macam cawan terbalik pun ada) di
daratan dan 3 jenis penginapan di atas laut (Kepri Coral Floating Terminal,
catamaran bot dan 15 bilik di kelong menangkap sotong).
So boleh pilih penginapan
yang paling sesuai dengan bajet dan kesihatan masing-masing ye. Kalau kuat
mabuk laut macam den ni ha tak sesuai la nak menginap di mana-mana objek di
atas laut. Dibuatnya arus ombak agak kuat, pengsan la asyik nak muntah dan sapu
minyak angin kat kepala hehehehehehe.
Disebabkan kitaorang tidur
di dalam dome dan tidak dibawa melawat ke tempat penginapan lain, makanya den
cerita tentang dome ni je la ye.
Dome Village, Kepri Coral Island
Penginapan utama di Kepri
Coral Resort setakat ini adalah di Dome Village di mana semua penginapan di
sini berbentuk dome yang setakat ini terdapat 120 unit sememangnya unik dan one
of its kind. Pembinaan dome sebanyak 80 unit lagi akan dibuat secara
berperingkat.
Dome den dan kak limah. Kotak sebelah dome tuh tempat letak kasut ye. |
Korang boleh star gazing
dari dalam bilik ni masa berbaring. Tapi den tak dapat nak star gazing sebab
bumbung bilik den di bawah payungan pokok yang agak rimbun. Agak risau la juga
kalau dok terintai-intai nak cari bintang, sekali ada pula sesuatu mengintai
menyeringai pula hehhehehhe.
Comel sangat dome ni tapi
lengkap semua fasilitas nya. Chewahhhh....mentang-mentang pergi program bawah
pelancongan Batam, Indonesia, langsung ada patah butir bicara bahasa Indonesia
hehehehehe.
Setiap dome dilengkapi
dengan 2 tilam single yang empuk, pendingin hawa, almari kecil, 2 botol air
mineral, 2 soket elektrik, 2 pasang selipar, almari kecil dan 2 tuala. Bilik
air yang super comel dilengkapi dengan shower foam, shampoo, berus gigi, ubat
gigi dan shower cap. Just nice.
Dah macam spaceship bumbung bilik air ni |
Tiada air panas ye. So
kembali ke zaman dulu-dulu yang mandi air sejuk hehehehehe.
Tiada iron juga. Make sure bawa tudung dan baju tak payah digosok kat sini ye.
Memang tiada disediakan
televisyen di dalam dome ye kerana konsep penginapan di sini adalah ketenangan
dan beristirehat.
Disebabkan dome ni comel
sangat, sesiapa yang tinggi macam model Victoria Secret ke memang la kena
merendahkan ketinggian pada ruang-ruang tertentu di dalam dome ye.
Setakat dua malam tidur kat
sini, tiada kena gigitan nyamuk. Tak pasti la memang tiada nyamuk atau den
tidur pengsan sebab kepenatan hehehehheheehe.
Harus la berposing depan dome yang menjadi penginapan selama 2 malam |
Kepri Coral Floating Terminal
Kepri Coral Floating
Terminal adalah terminal yang mempunyai pelbagai fungsi selain daripada
terminal persinggahan semua feri dari Batam yang hendak ke Kepri Coral Resort
di mana ianya:
1. mempunyai kawasan dining
area yang memuatkan 150 tempat duduk yang juga tersedia pentas untuk sebarang
aktiviti;
2. merupakan spot bagi
permulaan bagi aktiviti snorkeling, fish feeding, etc;
Berdebar la pula nak turun kat bawah ni kalau nak buat aktiviti ye. Langsung teringat movie Jaws hehehehhe. |
3. mempunyai underwater aquarium atau akuarium
di bawah laut (hidden underwater viewing deck onboard);
Banyak ikan bawal
4. bilik penginapan.
Kemudahan dan Aktiviti
Antara kemudahan dan
aktiviti yang disediakan di sini aktiviti termasuklah aktiviti air dan lasak seperti berbasikal,
banana boat, kanu, jet ski, water bike, hovercraft, ATV, etc.
Tak naik jet ski dapat bergambar pun jadi la hehehehehee |
Geng di Kepri Coral. Kak Limah blogger merangkap penulis buku kanak-kanak dan Kak Sal, travel agent |
Den sempat berbasikal
sekupang dua masa menginap kat sini. Best berbasikal di kawasan pantai. Sudah
la memang tenang , nyaman dan indah pula.
Di kawasan Club House yang
menyediakan ruang untuk perasmian, ruang berzumba, tempat karaoke, etc terdapat juga ruang makan, swimming
pool, tandas, surau (Dome 1 adalah surau perempuan. Dome 2 adalah surau
lelaki), etc.
Dome 3 adalah klinik.
Surau perempuan |
Disediakan sejadah dan telekung di surau comel tuh |
Terdapat kopitiam mart yang
menyediakan makanan ringan untuk kudapan masa kita berehat-rehat di tepian
pantai.
Nak beli jajan buat kudapan kat sini ye |
Di samping kita boleh
bercanda di pasiran pantai, bersunbathing, etc, kita boleh mengabadikan
gambar-gambar kita di pelbagai pelusuk di resort ini yang mempunyai tempat yang
sangat instagrammable seperti replikasi gergasi siput, ketam dan penyu, sarang
burung yang siap ada telur burung, tarzan house, etc.
Okay je tiada wifi sebab den boleh melepak sakan kat sini |
Siap ada telur dalam sarang ni |
Banyak spot menarik nak berposing sakan di Tarzan House ni |
Kalau masak chili crab ni mau boleh makan satu kampung kalau besar ni ketamnya |
Siapa sangka kebun tanaman
sayur bendi dan peria pun boleh menjadi spot yang sangat menarik untuk
berposing hehehehehhee.
Besar sungguh bendi |
Konsep pembangunan Kepri
Coral Island adalah satu pusat perkhidmatan sehenti (one stop service centre).
Pengurusan Kepri Coral
Island sedang membangunkan 62 meter tower untuk memudahkan capaian internet
yang dijangkakan akan siap pada Disember 2019. Masa kami datang memang la agak
mencabar nak mendapatkan talian perhubungan internet hehehhehe.
Perkhidmatan urutan di
ruang urut khas dan kedai souvenir yang akan menempatkan souvenir dari
Indonesia Timur dan Barat juga dijangka akan dapat beroperasi pada akhir
Disember.
Pembangunan aktiviti flying
fox sedang disediakan. Nampak menarik sangat flying fox ni sebab taliannya akan
merentasi laluan laut.
Pelantar flying fox sedang disiapkan |
Macam landing kat sini je nanti flying fox nya tuh |
Terdapat beberapa cadangan
pembangunan yang sedang berjalan di sini yang dijangka akan disiapkan pada 2020
bagi merealiasikan Kepri Coral Island sebagai destinasi para wisata bertaraf
dunia seperti:
1. terminal jeti
antarabangsa yang membolehkan laluan terus feri dari Tanah Merah, Singapura ke
Kepri Coral dan Johor Bharu ke Kepri Coral. Ini dah tentu akan memudahkan lagi
perjalanan mereka yang melancong ke Kepri Coral Resort;
2. mooring dan marina
supaya yatch dapat berlabuh;
3. seafood restaurant;
3. pembinaan hotel bertaraf
4 bintang;
4. padang golf 18 lubang;
dan sebagainya.
Terdapat beberapa kawasan
yang telah dikenalpasti yang akan dikekalkan sebagai alam semulajadi. Ada 22
pantai yang masih belum diteroka yang mana 3 pantai daripadanya telah
dikenalpasti untul dibangunkan.
Pendek kata Kepri Coral Island
sedang dibangunkan bagi menyediakan lokasi yang boleh memenuhi kehendak
pelbagai golongan samada hendak bersantai, beristirehat jauh dari kesibukan
hiruk pikuk kota, membuat hari keluarga, etc. Sememangnya lokasi wisata yang
wajib dikunjungi kalau ke Batam ye.
Kalau nak tengok videonya boleh layari youtube channel den nih ye:
Video Kepri Coral Island: https://youtu.be/i-p_Quhmnko
Kalau nak tengok videonya boleh layari youtube channel den nih ye:
Untuk maklumat lanjut
tentang Kepri Coral Island ini samada hendak melihat pakej penginapan dan
aktiviti yang ditawarkan, etc, boleh layari:
Website: www.kepricoral.com
Instagram: http://www.instagram.com/kepricoralisland
8 Comments
sumpah best pulau ni. baca2 macam tak tulis harga. ada harga ke?
ReplyDeleteAla memang tak tengok harga berapa sebab pergi under Batam Tourism Promotion Board. Boleh tengok harga dan pakej kat website yang dinyatakan ye.
Deletejika ada duit ak sgt pergi ke sana.
ReplyDeleteJom kita menabung untuk berjalan-jalan abam kie
DeleteBeruntung kita dpt melihat keindahan tempat org, satu pengalaman yg berharga, tetima kasih kita kpd yg sponsor Fam trip ni.
ReplyDeleteTerima kasih pada akak juga kerana sudi invite Sarie joint group ni
DeleteDestinasi percutian yg sangay menarik untuk dikunjungi.. Batam memang banyak tempat menarik
ReplyDeleteMacam tak cukup 2 malam kat sini hehheheheeh. Banyak tempat tak sempat nak explore
Delete