Hutan Mangrove, Kepri Coral Island
Cerita tentang Hutan
Mangrove, Kepri Coral Island ni memerlukan blogpost tersendiri sebab ianya
sangat istimewa dan unik.
Hutan Mangrove di sini mempunyai
laluan yang diperbuat daripada kayu bakau yang dikelilingi dengan pokok-pokok
bakau dengan akar berselirat yang sangat cantik. Kalau diikutkan akar pokok
bakau yang begini, ianya adalah bakau daripada keluarga Rhizophoraceae tapi tak pasti samada pokok di sini adalah Bakau Minyak
(Rhizophora apiculata) atau Bakau
Kurap (Rhizophora mucronata).
Laluan di hutan bakau
biasanya memang sangat cantik dan unik tetapi Hutan Mangrove, Kepri Coral
Island adalah sangat unik kerana laluannya dibina tanpa compromise pokok bakau
yang sedia ada. Binaan tidak memotong pokok bakau yang berada di laluannya
tetapi laluan dibina di sekeliling pokok bakau tersebut. Environmental friendly
sangat kan bila binaan dibuat secara mampan bagi memelihara ekosistem pokok
bakau di sini. Conservation and preservation at it best gitu.
Terdapat pondok-pondok
rehat di sepanjang laluan ini yang akan beroperasi sebagai kedai minuman mini
kelak.
Korang mesti berjalan-jalan
di Hutan Mangrove di waktu malam dan waktu siang sebab pemandangan dan
pengalamannya berbeza.
Laluan pada waktu siang
menyajikan pemandangan deretan pokok-pokok bakau dengan akar yang unik nampak
jelas berbanding pada waktu malam.
Kalau ada rezeki boleh
nampak ketam dan ikan-ikan berenang-renang di sebalik akar pokok-pokok bakau
tu.
Cantik sangat pemandangan
waktu siang yang sangat cocok untuk ambil gambar untuk pre-wedding atau post
wedding. Serious cantik banget tempat ni.
My roomate kat Kepri Coral. Blogger otai yang tak kedekut ilmu. |
Makanya penuh la gambar den
kat sini hehehheheehehe.
Apabila berjalan-jalan pada
waktu malam, laluan akan diterangi dengan lampu-lampu kecil. In sya Allah
laluannya tak mengerikan.
Pondok-pondok rehat yang
terdapat sini memang cantik diserikan dengan gemerlapan berwarna-warni lampu
yang terpasang bila kita melawat di malam hari.
Tapi disebabkan mata den
adalah memang rabun makanya den berjalan boleh diumpamakan pengantin baru nak
berjalan menuju ke pelamin nak bersanding, jalan berpimpin tangan bagai sebab
takut terpleot langkah kakinya lalu membuat terjunan tiruk ke dalam paya bakau
tu, makanya memang gambar den sekeping dua je la kat sini huhuhuhuhu.
Masa menjelajah Hutan
Mangrove ni pada waktu malam, tiada nyamuk yang hinggap. Tak pasti adakah
kerana memang tiada nyamuk atau den terlalu fokus pada laluan supaya tidak
tergolek ke dalam paya bakau hehehehehehe.
Kalau korang datang ke
Kepri Coral tapi tak menjelajah ke Hutan Mangrove ni memang la satu kerugian
besar sebab ianya cantik dan unik.
Berhadapan pintu masuk ke Hutan Mangrove |
Kalau
nak tengok videonya boleh layari youtube channel den nih ye:
Video
Hutan Mangrove, Kepri Coral Island: https://youtu.be/eOHX_1Uk0Yk
0 Comments