Perjalanan ke Galang Refugee Camp mengambil masa 30 minit daripada Terminal KPT yang terletak di selatan pulau Batam. Ianya juga adalah sejauh 60 km daripada bandar Batam.
Salah satu binaan asal yang masih ada di kem ini
Maklumat di bawah adalah berdasarkan penceritaan oleh pemandu pelancong Pak Henry Cowboy.

44 tahun dulu, pulau Galang seluas 80 hektar menjadi tempat penempatan pelarian Vietnam Selatan yang ditanggung perbelanjaannya oleh United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR).

Pada 1975, berlaku perang saudara Vietnam Utara dan Vietnam Selatan yang memaksa orang VS menyelamatkan diri menggunakan bot-bot nelayan melalui Laut China Selatan yang akhirnya membawa mereka ke Pulau Galang, Batam.

Pelarian yang tiba di Pulau Galang pada tahun 1975 adalah 75 orang. Apabila kem ini ditutup pada 1996, jumlah pelarian meningkat kepada 450,000 ribu orang.

Banyak kawasan telah diliputi dengan pokok dan hutan belukar.
Ada beberapa binaan yang masih utuh dan bersisa di sini tapi kebanyakannya telah lupus dan musnah akibat dimamah cuaca.

Terdapat juga tinggalan binaan yang masih tersisa walaupun tidak sempurna binaannya seperti hospital, bengkel, etc.
Bengkel
Binaan yang masih kekal adalah muzium, gereja, sleeping buddha dan jambatan yang ke arah gereja.
Gereja yang masih digunakan sehingga ke hari ini
Nampak tak the sleeping Buddha kat hujung tuh ha
Gereja katolik ini masih digunakan sehingga kini.
Jambatan lama yang masih boleh dilalui tetapi perlu extra berhati-hati kerana banyak papannya yang telah reput
Kerajaan Batam merancang untuk bina semula Galang Refugee Camp ini bagi tujuan peringatan dan pelancongan dengan persetujuan Kerajaan Vietnam.
Antara kawasan dibangunkan semula: Rumah pelarian
Youth centre
Antara binaan yang lain yang terdapat di sini:

1. patung peringatan bagi seorang perempuan Vietnam yang membunuh diri;
2. tanah perkuburan orang Vietnam; etc.
Semasa lawatan, kelihatan replika kapal sedang dalam pembinaan. Replika adalah seumpama kapal yang digunakan untuk melarikan dari Vietnam Selatan melalui Laut China Selatan yang boleh memuatkan 20 sahaja tetapi semasa melarikan diri, muatan adalah melebihi daripada kapasiti kapal.
Masa melihat dan membaca maklumat apa yang tersempat di Muzium yang masih di dalam penambahbaikan, memang akan ada rasa sayu bila tengok gambar dan lukisan yang menggambarkan perjalanan getir mereka melarikan diri bersama anak-anak kecil menaiki kapal yang terlebih muatan. Menjadi pelarian di tempat asing sememangnya sangat menguji ketahanan fizikal, mental dan emosi. 
Banyak perkara yang perlu kita bermuhasabah diri dan bersyukur berada di bumi Malaysia ini. 

Galang Refugee Camp hanya dibenarkan untuk dikunjungi sehingga pukul 5 petang sahaja. Selepas itu, suasananya berbeza sebab kawasan ini masih mistik dan misteri. 

Untuk maklumat lanjut tentang Galang Refugee Camp ini, boleh layari https://en.wikipedia.org/wiki/Galang_Refugee_Camp

2 Comments

  1. tak dapat bayangkan bagaimana sengsara para pelarian ketika itu..

    tiada makanan dan minuman yang mencukupi..

    hidup dalam ketakutan dan kebimbangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga Malaysia sentiasa terpelihara dan kita serta generasi mendatang mengalami peristiwa sebegini

      Delete