Waka Waka Playland, Hotel Furama Bukit Bintang
Waka Waka Playland, ‘a medieval themed adventure indoor playground’ yang terletak di LG,
Furama Hotel Bukit Bintang sememangnya adalah syurga untuk budak-budak sebab
direka khas untuk depa bergelinjangan sakan sampai la kena paksa balik oleh mak
ayah heheehehhehee.
Playland yang dilengkapi dengan pelbagai
jenis kemudahan yang akan menyebabkan kanak-kanak tak ingat langsung kepada
gajet sebab mereka akan seronok bermain dengan kawan-kawan, memanjat volcano,
bergayut, berlari, boxing, menggelungsur, etc. Sememangnya heaven sangat untuk
anak-anak.
Disediakan ruang permainan untuk kanak-kanak
yang bawah 2 tahun hingga kepada ruang untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas yang
dah cekap memanjat dan melompat.
Harga untuk bermain kat Waka Waka Playland
berbeza pada hari biasa dan hujung minggu ye.
Korang juga boleh dapat harga tiket yang
lebih murah kalau korang jadi ahli. Antara kelebihan lain kalau jadi ahli
adalah mendapat 10% diskaun di cafe.
Untuk pakej
Kingdom dan Royal, di samping dapat kelebihan daripada segi 10% diskaun di cafe, boleh dapat parking percuma ye.
Korang boleh
buat birthday party kat sini ye sebab ruangnya besar sangat dan dipenuhi dengan
kerusi meja yang berwarna warni. Ada 2 pakej iaitu Waka Kingdom Party dan
Prince/Princess Party.
Isnin - Jumaat: 10 pagi - 7 malam
Weekends, Cuti Umum dan Cuti Sekolah: 10 pagi - 8 malam
Untuk ibu
bapa yang menemankan anak-anak, bertabahlah ye sebab dah ini padang permainan
mereka. Sementara tunggu anak-anak, ibu bapa boleh la mencuba makanan yang
disediakan di café di sini. Menu disediakan berdasarkan makanan kegemaran
anak-anak.
Toilet
tersedia di dalam Waka Waka Playland. So memang boleh duduk di
dalam playland sampai playland tutup ye heheheehhee.
Izinkan la den fefeling Cinderella |
F melayan mama dia fefeling Rapunzel |
Pastikan anak-anak dan ibu bapa bawa stokin
ye untuk masuk ke dalam Waka Waka Playland ni. Kalau terlupa bawa stokin, boleh
beli stokin di kaunter dengan harga RM5/pasang.
Kiddos will definitely have a blast here.
Korang boleh
dapatkan maklumat lanjut tentang Waka Waka Playland di:
Website: https://www.playatwakawakakl.com
3 Comments
Budak mesti suka ni tempat camni.. thanks kongsi info kak sarie.. bolehlah tambah tempat untuk anak buah saya... 😊
ReplyDeleteBudak-budak in sya Allah confirm seronok sangat kat sini. Parents la tak lalu nak bertapa kat sini kihkihkihkih
DeleteI genuinely believed you would probably have something useful to say. All I hear is a bunch of whining about something that you can fix if you were not too busy looking for attention. After all, I know it was my choice to read.. Bukit Panjang MRT
ReplyDelete