Perkahwinan Anak Lelaki Usahawan Bonda Rozita Ibrahim di Dewan Perdana Felda Kuala Lumpur
Semalam den berpeluang
menghadiri majlis perkahwinan anak lelaki dari keluarga usahawan terkenal iaitu
Bonda Rozita Ibrahim yang juga merupakan adik lelaki kepada Dato Alif Syukri dan
Puan Yatie Sendayu Tinggi yang berlangsung gilang gemilang di Dewan Felda
Perdana Kuala Lumpur.
Semasa sidang akhbar yang
disertai oleh Bonda Rozita Ibrahim, Dato Alif Syukri, Puan Yatie serta Datin
Shahida, dimaklumkan bahawa majlis perkahwinan anak lelaki terakhir Bonda Rozita
Ibrahim iaitu Aiman Hazeem dan pasangannya Siti Nurhafizah menyatukan dan
merapatkan lagi silaturahim antara ahli keluarga yang berusaha bersama-sama
daripada bawah hingga berjaya seperti hari ini.
Majlis perkahwinan yang melibatkan
4 majlis dilangsungkan tanpa tajaan mana-mana pihak dengan kos keseluruhan
melebihi RM500 ribu adalah bagi meraikan kehadiran orang baru dalam keluarga
usahawan ini, bukannya untuk menunjuk atau strategi pemasaran.
Bagi merealisasikan impian Bonda
Rozita Ibrahim yang sememangnya peminat tegar perkara berkaitan tradisional dan
klasik, beliau bukan hanya menjadikan wedding of the year ini begitu klasik
penuh tradisi tetapi membawa lebih 1000 hadirin termasuk tetamu VVIP iaitu YAB
MB Selangor mengenang kembali ke zaman kegemilangan bangsawan dan seni Melayu
dengan:
1. tayangan cerita pendek
berlatarbelakangkan cinta dua darjat antara kerabat diraja dan rakyat biasa
yang akhirnya direstui;
2. paluan kompang memukau;
3. pengantin perempuan
diarak di atas tandu seumpama puteri raja;
4. diiringi pengiring
seumpama dayang dan hulubalang istana;persembahan silat oleh pengantin lelaki;
5. tarian tradisional indah
lemah gemalai;
6. sebahagian hadirin
memakai busana tradisional songket dan cucuk sanggul, yang lelaki lengkap
bertanjak serta bersampin;
7 bait puisi dan ayat-ayat
daripada pengacara majlis seolah-olah berada di zaman Hang Tuah dan Tun Teja,
pahlawan dan srikandi.
Di samping hidangan lauk
pauk kenduri yang enak, semua hadirin dihiburkan dengan lagu-lagu tradisional.
Penyanyi jemputan iaitu Dato Jamal Abdillah memeriahkan suasana majlis dengan
suara gemersik beliau mendendangkan lagu-lagu popular beliau.
Tahniah seluruh ahli
keluarga Bonda Rozita Ibrahim dan Dato Alif sekeluarga kerana menerima ahli
keluarga baru.
4 Comments
Best tu dijemput ke majlis kenduri jutawan. Makan pun sedap2 belaka.
ReplyDeleteHa....makan kenduri memang best:)
DeleteBestnya dapat jemputan kahwin dari bonda
ReplyDeleteHa tuh la....rezeki..alhamdulillah...
Delete