Wedding Studio Sdn Bhd yang berpengalaman 10 tahun di dalam menyediakan pakej perkahwinan serba indah dan menawan bagi meraikan raja sehari dengan harga mampu milik melancarkan kolaborasi bersama Summit Hotel KL City Centre pada malam Sabtu lepas.
Pengarah Urusan Wedding Studio Sdn Bhd, En Adam (3 dari kiri) dan Pn Habibah Sharif (kanan) bersama pihak pengurusan Summit Hotel KL City Center, Black dan tetamu VIP
Masuk je ke dewan Banquet Summit Hotel KL City Centre, kita akan disambut dengan susunan kerusi meja yang teratur dan hiasan dewan yang very welcoming dan santai. Mata terus terpegun melihat pelamin yang ringkas dan menawan yang menggabungkan tema klasik dan moden, simple yet beautiful.
Program dimulakan dengan perarakan 3 pasang pengantin yang memperagakan busana pengantin tradisional sambil diiringi dengan kompang tradisi beserta gendang. Pertama kali den dengar paluan kompang dikombinasi dengan gendang. Unik dan menarik.
Majlis pelancaran diteruskan dengan bacaan doa dan gimik perasmian kolaborasi Wedding Studio Sdn Bhd dan Summit Hotel KL City Centre iaitu pemotongan riben oleh Pengarah Summit Hotel KL City Centre, YBhg Dato Abd. Rahman bin Harun yang disertai oleh Pengurus Besar Summit Hotel KL City Centre, Encik Muhaiyuddin bin Ahmad dan En Muhammad Adam bin Abdullah, Pengarah Urusan Wedding Studio Sdn Bhd.
Dari kiri: Dato Abd Rahman, En Muhaiyuddin dan En Adam
Para hadirin seterusnya menjamu selera hidangan lauk pauk kenduri kahwin sebagaimana yang terdapat di dalam Pakej Perkahwinan Wedding Studio Sdn Bhd termasuk menu istimewa kambing panggang dan apam balik garing. Den paling berkenan pada lauk daging rempah (macam masak hitam) yang cukup perisa, cukup rasa dan lembut. Memang bertambah makannya.
Sekeping je gambar makanan yang sempat den ambil sebab sakan menjamu selera
Memang asyik sangat bila dapat makan lauk pauk kenduri yang tak terperasan bertambah-tambah lagi-lagi bila dihiburkan oleh tarian tradisional yang diiringi oleh lagu-lagu zaman dulu. Langsung terasa macam berada di kenduri kahwin zaman PRamlee. Serious menggamit nostalgia kenangan silam. 
Seperti kata pengacara majlis, kalau ada penari yang ajak tetamu menari sekali, pasti akan ada yang turut serta mengatur langkah di lantai tarian. Kelincahan para penari dengan busana yang berwarna-warni sememangnya menceriakan suasana pelancaran.

Pertunjukan busana pengantin moden oleh 3 pasang pengantin sambil dilimpahi dengan cahaya lampu yang bertukar-tukar menambah kerancakan malam pelancaran. Wedding Studio Sdn Bhd menawarkan pelbagai pilihan busana pengantin. Terpulang pada citarasa pengantin nak pakai busana pengantin tradisional atau moden. Yang terbaik pastinya jika ada peluang untuk pakai kedua-dua jenis busana pengantin kan?
Majlis Pelancaran Pakej Perkahwinan Wedding Studio Sdn Bhd di Summit Hotel KL City Centre diakhiri dengan persembahan istimewa dua buah lagu daripada penyanyi Black. Sedap suara Black menyanyi live.
Dah ada pelancaran Pakej Perkahwinan, tentu korang nak tau apa yang ada dalam pakej tu dan berapa harganya kan?

Pakej Nikah/Tunang oleh Wedding Studio Sdn Bhd di Summit Hotel KL City Center adalah RM10,000 (100 orang) termasuk:

1. sewaan dewan, 10 meja, 100 kerusi banquet, peralatan sajian, pelayan, 2 dome VIP dan sistem PA;

2. sajian lauk-pauk kenduri (menu terperinci seperti dalam gambar ye); dan

3. PERCUMA - pelamin sedia ada, 1 pasang baju pengantin, 1 kali make up, photoshoot dan videoshoot (CD) serta 1 bilik di Summit Hotel KL City Center.
Pakej Sanding oleh Wedding Studio Sdn Bhd di Summit Hotel KL City Center adalah RM16,000 (500 orang) atau RM21,000 (1000 orang) termasuk:

1. sewaan dewan, 35 meja, 350 kerusi banquet, meja beradap, peralatan sajian, pelayan, 4 dome VIP, sistem PA, pengacara majlis dan kompang;

2. sajian lauk-pauk kenduri, 2 menu lauk pengantin dan kek pengantin (menu terperinci seperti dalam gambar ye); dan

3. PERCUMA - pelamin sedia ada, karpet merah dan pintu gerbang, 1 pasang baju pengantin, 1 kali make up, photoshoot dan videoshoot (CD) serta 1 bilik di Summit Hotel KL City Center.
Menarik kan Pakej Perkahwinan (Tunang/Nikah/Sanding) yang ditawarkan oleh Wedding Studio Sdn Bhd di Summit Hotel KL City Centre ni?

Summit Hotel KL City Centre mempunyai 300 petak meletakkan kenderaan. So tetamu yang menghadiri majlis kahwin di sini tak perlu susah hati nak fikir nak letak kereta di mana ye.

Wedding Studio Sdn Bhd yang terletak di Bukit Jelutong telah bekerjasama dengan pelbagai hotel di dalam menyediakan Pakej Perkahwinan (Tunang, Nikah dan Sanding) yang boleh disesuaikan mengikut kehendak pasangan raja sehari di dalam merealisasikan impian perkahwinan yang indah pada harga mampu milik.

Antara venue yang telah bekerjasama dengan Wedding Studio Sdn Bhd termasuklah Hotel Blue Wave Shah Alam, Shah Alam Convention Center (SACC), i-City Convention Center Convention Center (iCCC), IDCC, Roof Garden Hotel, The Lava Garden Atmosphere, Summit Hotel Subang USJ dan yang terkini adalah Summit Hotel KL City Center yang baru dilancarkan pada Sabtu (19 Oktober).

Sekiranya korang masih tercari-cari pakej perkahwinan yang bersesuaian dan menarik di hati dan berhajat nak berbincang dengan Wedding Studio Sdn Bhd untuk customize pakej perkahwinan korang (nak tambah persalinan baju pengantin ke, nak tambah menu ke, etc), korang boleh hubungi pasukan Wedding Studio Sdn Bhd di:

En Muhammad Adam (012-4292806)
Pn Habibah Sharif (012-4978827)
Cik Zuria (012-2844827)

Maklumat lanjut tentang Pakej Perkahwinan oleh Wedding Studio Sdn Bhd juga boleh didapati di:



0 Comments