Natugee, jenama produk penjagaan wajah berasaskan organik bergabung bersama Mrs Malaysia World menganjurkan acara tanggungjawab sosial korporat bersempena Pinktober iaitu bulan istimewa untuk memperingati dan memberi kesedaran mengenai kanser payudara.
Penganjuran ‘Healthy Is The New Happy! A Better You Today’ yang diadakan di Hotel Furama Bukit Bintang untuk memperkasakan kesihatan wanita. Ia sebagai dorongan untuk meningkatkan kualiti hidup wanita serta memberdaya peranan penting mereka dalam membentuk pemimpin masa depan demi kehidupan yang aman dan harmoni.
Antara peserta program
Great desserts, nice and comfortable set up. Memang menarik buat event di Furuma Hotel Bukit Bintang ni.
Acara ini juga diadakan atas keprihatinan kedua-dua organisasi terhadap masalah kesihatan mental dalam kalangan wanita yang jumlahnya semakin hari bertambah angka penghidapnya.
Finalist Mrs Malaysia antara yang hadir. Lawa-lawa weh depa ni. Tinggi lampai semuanya.
Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Natugee Sdn Bhd, Puan Rena Rifaee, seorang wanita memikul peranan yang besar hingga mengabaikan kesihatan diri sendiri.

Bukan sahaja sebagai isteri dan ibu tetapi dalam masa yang sama mereka juga anak kepada orang tuanya, pekerja atau juga dia memiliki perusahaannya sendiri, dia adalah majikan. ‘Topi’ mereka kerap kali bertukar pakai bererti tanggungjawab yang perlu dilaksanakan juga semakin bertambah. Jika mereka tidak tahu cara untuk mengendalikan emosi dengan baik, ia menyebabkan depresi,” katanya.

Oleh sebab itu, penting untuk setiap wanita memastikan kesihatan sentiasa baik, bukan sahaja fizikal tetapi juga kesihatan mental kerana ia memberi impak ke atas diri sendiri dan mereka di sekelilingnya.

Besar harapan kami, acara ini dapat mendidik wanita untuk tidak mengambil ringan terhadap kesihatan diri. Contohnya penggunaan produk penjagaan wajah. Kita mungkin tidak tahu bahawa ada sesetengah kandungan di dalam produk kecantikan yang boleh mengganggu hormon, seterusnya boleh menjejaskan kesihatan dalaman mahupun luaran.

Kami ingin membantu para wanita dengan mencipta kesedaran mengenainya dan seterusnya membina keyakinan dan kekuatan diri dalam menempuh cabaran dunia hari ini,” tambahnya.

Inilah yang menjadi faktor pelbagai pengisian dalam acara ‘Healthy Is The New Happy! A Better You Today’.

Terdapat 3 sesi perkongsian maklumat:

Sesi 1:  A New formula for the Happiness oleh Dr. Linda Mat Hassin (A Certified Advance Hormones Therapy & Women Wellness Medical Doctor)

Sesi 2: How To Read The Label and The 5 Misconseptions about Skin Care oleh Puan Rena Rifaee (Founder and CEO of Natugee Sdn Bhd., Organic Skincare Formulator and Advocate for Natural Beauty & Women Empowerment).

Sesi 3: Forum Panel A New Formula For Happiness  yang membincangkan mengenai kesihatan kulit, hormon, pengurusan stres dan kesihatan mental. Ia melibatkan empat ahli panel iaitu Puan Rena Rifaee, Dr Linda Mat Hassin, Datin Harveen Kaur dan Datin Diana Danielle.

Sepintas Lalu Tentang Ketiga-tiga Sesi

Sesi 1:  A New formula for the Happiness oleh Dr. Linda Mat Hassin yang memberi pendedahan kepada peserta mengenai simptom ketidakseimbangan hormon yang memberi kesan kepada kesihatan dan gaya hidup.
Bukan cerita pasal hormon perempuan je. Hormon lelaki pun penting juga maklumatnya.
Kena banyak lagi perbaiki diri ni untuk kesihatan fizikal, emosi dan spiritual yang lebih mantop.
Sesi 2: How To Read The Label and The 5 Misconseptions about Skin Care oleh Puan Rena Rifaee mendidik wanita macam mana nak membaca label pada cosmetic packaging dan bagaimana mengenalpasti sesuatu produk adalah natural and organic.
Ilmu baru 


Puan Rena juga menerangkan tentang 5 salah tanggapan utama tentang produk penjagaan wajah. Walaupun ia bersifat kosmetik namun tidak dinafikan ia antara penyumbang kepada permasalahan wanita.
So kulit korang kategori mana? Kering? Berminyak? Kombinasi kering dan berminyak?
Sesi 3: Forum Panel A New Formula For Happiness  yang membincangkan mengenai kesihatan kulit, hormon, pengurusan stres dan kesihatan mental. Ia melibatkan empat ahli panel iaitu Puan Rena Rifaee, Dr Linda Mat Hussin, Datin Harveen Kaur dan Datin Diana Danielle.
Setiap panel menceritakan tentang situasi yang getir yang menyebabkan mereka ambil keputusan untuk ubah gaya hidup supaya lebih sihat dan lebih gembira. Memang peribadi perkongsian semua panel. Menyentuh hati sebab den sebagai anak, isteri dan ibu boleh relate dengan semua cerita.

Den kongsikan pesanan panelist A New Formula For Happiness yang sememangnya kita boleh aplikasikan dalam hidup kita agar identiti kita tidak hilang di kala kita terlalu sibuk dengan kehidupan dan menguruskan keluarga serta pelbagai urusan yang tak pernah habis.

Puan Rena Rifaee - take the ‘me time’. Optimistic and possitive attitude.

Dr Linda Mat Hussin - listen to your body. Take care of yourself first so that you can take care of others.

Datin Harveen Kaur - invest in yourself. Embrace your flaws. Always reach out. Share your stories. Be yourself.

Datin Diana Danielle - sleep early. Enough 8 hours sleep everyday.

Puan Rena Rifaee

Merupakan  Ketua Pegawai Eksekutif Natugee Sdn. Bhd yang ditubuhkan beliau pada 2016, kini berpengkalan di Kuala Lumpur, Malaysia dan Singapura. Beliau berusia 37 tahun dan ibu kepada lima cahaya mata.

Sebagai pengasas produk, beliau berkepakaran dalam bidang ini setelah memiliki Diploma in Organic Skincare daripada Formula Botanica, United Kingdom. Puan Rena amat menitikberatkan bahan dan formulasi, seiring dengan matlamatnya untuk menghasilkan produk yang ringkas tetapi berkesan dan selamat digunakan.

Dr Linda Mat Hussin

Memiliki Ijazah Sarjana dalam bidang Anti Penuaan, Perubatan Regeneratif dan Estetik daripada UCSI University, beliau turut diiktiraf sebagai salah seorang pengamal hormon lanjutan daripada International hormone Society, Belgium di bawah didikan Dr. Hertoghe yang dikenali sebagai ‘Father of Hormones’.

Beliau yang kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif di Radiant Clinique aktif memberi ceramah terutamanya berkaitan kualiti kehidupan dan kesihatan yang lebih baik kepada badan korporat dan umum.

Datin Harveen Kaur

Beliau merupakan Mrs Malaysia World 2017 yang kini adalah Pengarah Kebangsaan Mrs Malaysia World 2019.

Bekerjaya sebagai jururawat bilik bedah, ibu kepada tiga orang anak ini menjadikan Mrs Malaysia World sebagai platform untuk memberi inspirasi kepada para wanita tanpa mengira status, bangsa dan latar belakang.

Datin Diana Danielle

Bintang kelahiran Amerika Syarikat ini pernah membintangi puluhan filem dan drama, malah beliau juga dikenali sebagai model dan selebriti popular tanah air. Merupakan isteri kepada pelakon filem terkenal tanah air, Dato’ Farid Kamil, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.

Sememangnya program yang menarik di mana di samping kita mendapat maklumat tentang kesihatan mental, penjagaan hormon dan kesihatan kulit, etc ada beberapa booths yang memang menarik iaitu booth Natugee, Tap App by theAsianParent dan Waka Waka Playland.

Natugee - rangkaian produk penjagaan kulit muka organik dan semulajadi. Kakitangan yang membuat demo dan memberikan penerangan sangat berhemah dan bersungguh-sungguh. Set skin care turut ditawarkan dengan harga promosi di booth ini. Sempat den cuba Natugee Deep Cleansing Lotion dan Natugee Happy Skin Mask.
Tap App by theAsianParent - terima kasih theAsianparent kerana sudi menjemput den menghadiri program yang menarik dan bermanfaat ini. Semasa singgah di booth theAsianparent, den putar roda impian lalu dapat 100 points. Yeay bertambah lagi points den. Den sarankan kepada semua ibu bapa untuk install Aplikasi theAsianparent sebab ada banyak maklumat tentang kehamilan, kiddos, parenting, undian, pertandingan, redeem points, etc yang korang dapat.
Waka Waka Playland - booth wajib singgah sebab membolehkan kiddos main di playland mereka di kala den menghadiri event Natugee & Mrs Malaysia World. Kat sini pun den putar roda impian dan dapat free gift set pen dan pensel yang comel.
Program Natugee & Mrs Malaysia World Didik Wanita Agar Sihat Dengan Gembira turut disokong oleh penaja yang terdiri daripada Natugee, Tap App by theAsianParent, Hotel Furuma Bukit Bintang, Waka Waka Playland, Narinar, BondaHaven Spa, Jamu Tun Teja, Lovera, Wirdora, Eori, SnowDrop  dan CHIIO by The Nitty Gritty.
NATUGEE Penaja Utama Mrs Malaysia

Dilancarkan pada Ogos 2017, Natugee ialah jenama kesihatan dan kecantikan premium yang dihasilkan untuk membantu wanita memperoleh kulit sihat daripada dalam.

Natugee komited menghasilkan produk penjagaan wajah berasaskan bahan semula jadi dan organik yang berkualiti tinggi, tanpa pewarna tiruan, paraben, SLS, SLES dan pewangi tiruan untuk mengekalkan keremajaan wajah para wanita.
Ia bertepatan dengan misi Natugee yang berhasrat untuk meningkatkan kualiti kehidupan wanita dengan menggunakan produk harian yang diperbuat daripada bahan semula jadi dan aktif. Natugee menggabungkan bahan terbaik tanpa memberi kesan sampingan untuk kesan jangka panjang. Hasilnya ia dapat memperbaiki tekstur kulit, menjadikan wajah lebih berseri dan tona wajah lebih serata.
Natugee merupakan penaja Mrs Malaysia World 2019/2020 sebagai penghormatan kepada wanita yang mengekalkan kehidupan yang seimbang antara keluarga, karier dan impian.

Natugee bakal meluaskan jenamanya di Timur Tengah, Eropah dan Amerika Syarikat.

In sya Allah dalam blogpost lain den akan cerita sedikit sebanyak tentang semua penaja yang lain ye.

0 Comments