Mengukir Senyuman Anak-Anak Rumah Yayasan Sunbeams
Bersempena Hari Senyum Sedunia,
yang disambut pada setiap hari Jumaat yang pertama bulan Oktober sejak tahun
1999, Tokio Marine Life Insurance Malaysia Bhd (Tokio Marine) telah melawat
Rumah Yayasan Sunbeams seminggu sebelumnya untuk menyebarkan kegembiraan kepada
kanak-kanak di sana.
Seramai dua puluh kakitangan
Tokio Marine telah mengambil bahagian dalam acara yang berlangsung pada Sabtu
(28 September, 2019) di mana sesi melukis mural telah berlangsung untuk
menghiasi dinding lama di luar bilik tidur kanak-kanak tersebut, serta sesi
bengkel seni untuk mengajar mereka beberapa hasil kraftangan.
Kanak-kanak yang terlibat di sesi
bengkel seni itu berjaya menghasilkan 100 barangan. Antaranya adalah cawan
menarik dalam pelbagai warna dan beg kitar semula yang turut dijual bagi
menjana sebanyak RM3,000 untuk Rumah Yayasan Sunbeams.
Rumah Yayasan Sunbeams adalah sebuah
pertubuhan bukan kerajaan yang diasaskan pada tahun 1995 dan sekarang
menempatkan kira-kira 132 orang kanak-kanak mangsa penderaan, terbiar dan ibu
tunggal yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Selain daripada itu, Tokio Marine
turut menyumbang beberapa barang keperluan kepada Rumah Yayasan Sunbeams.
“Saya sangat gembira dan teruja
melihat sukarelawan kakitangan kami meluangkan masa mereka dengan kanak-kanak
di sini untuk menyebar kegembiraan dan membawa senyuman yang bahagia di wajah
mereka. Senyuman mungkin sementara, tetapi saat ini sangat berharga untuk
mengisi hati seseorang,” menurut En. Yoshiaki Okabe, Timbalan Ketua Pegawai
Eksekutif Tokio Marine.
“Hari seperti ini mengingatkan
dan memperkuatkan lagi komitmen kami untuk melihat lebih daripada perspektif
keuntungan, selanjutnya bertindak dengan penuh integriti bukan hanya untuk
memberi faedah kepada pelanggan dan rakan kongsi perniagaan, tetapi juga kepada
masyarakat. Saya gembira kami telah memberi inspirasi serta semangat sedemikian
kepada kakitangan kita untuk melihat sekeliling kita, dan menghulurkan bantuan bila-bila
sahaja kita mempunyai peluang dengan tidak mengira tempat atau masa,” tambah
beliau.
En. Alvin Tan Ooi Seng, Pengasas
Rumah Yayasan Sunbeams dan sebagai wakil yang menerima barangan dan wang tunai
yang disumbangkan berkata: “Seperti kata pepatah, ‘jika anda berbuat baik
kepada orang lain, ia bukan hanya memberi perubahan kepada anda, malah dunia’. Oleh
itu, terima kasih atas kehadiran anda pada hari ini dan mengambil bahagian demi
manfaat kanak-kanak di sini”.
Hari Senyum Sedunia ini
dicipta dan dimulakan oleh mendiang Harvey Ball, seorang artis komersial dari
Amerika Syarikat pada 1963. Walaupun imej tersebut telah menjadi simbol yang
dikenali sebagai pembawa muhibah dan keceriaan, namun Ball prihatin dengan
pengkomersialan simbolnya serta kehilangan makna asal simbol tersebutdengan
penggunaan yang kerap di pasaran. Untuk mengekalkan niat asalnya, Ball
berpendapat bahawa setiap individu perlu mendedikasikan satu hari setiap tahun
kepada senyuman dan sumbangan yang baik, dan telah mengisytiharkan hari Jumaat
yang pertama bulan Oktober setiap tahun sebagai Hari Senyum Sedunia.
0 Comments