Enjin merupakan ‘jantung’ bagi setiap kenderaan, yang mana ia perlu dibersihkan sebaik mungkin untuk memastikan kenderaan anda sentiasa berada dalam keadaan terbaik. Namun begitu, ia sering diabaikan kerana membersihkan bahagian sensitif pada kenderaan ini kadang-kala amat menakutkan bagi sesetengah orang sebab mereka bimbang akan merosakkannya.

Jangan risau. Anda hanya perlu mencuba WD-40®'s Specialist™ Machine & Engine Degreaser. Aerosol ini adalah penghapus minyak degil yang berkesan dengan semburan kuat sejauh lima kaki, dan formulasinya berfungsi untuk menembusi jauh ke dalam gris, minyak, tar, kotoran degil, kesan lekatan, dan lain-lain lagi yang mampu menghapuskannya. Oleh itu, sudah pasti, anda boleh melakukannya tanpa menganggu bahagian enjin! 
Anda belum pasti lagi bagaimana untuk melakukannya? Di sini, kami akan berkongsi proses pembersihan secara mudah, langkah demi langkah.


1. Pertama, pastikan enjin dimatikan dan biarkan sejuk terlebih dahulu. 

2. Tutup karburetor, sistem intake serta elektrikal dan elektronik yang terdedah.

3. Goncang WD-40®Specialist™ Machine & Engine Degreaser dengan baik, sebelum menyemburnya pada enjin sejuk. Pastikan semburan terkena pada semua kotoran dan permukaan yang berminyak atau bergris.

 4. Biarkan bahagian yang anda sembur larut seketika antara lima dan 10 minit kemudian beruskan kotoran atau gris degil berkenaan bagi menanggalkannya.

5. Langkah terakhir - hanya bilas dengan air! Setelah selesai, alihkan pelapik kalis air (yang digunakan sebagai penutup) dan anda boleh menghidupkan enjin dan biarkan ia selama 10 minit untuk membolehkan enjin kering sepenuhnya. 
Jika anda ingin menghilangkan kelembapan dan melindungi bahagian-bahagian yang telah dibersihkan daripada karat dan hakisan, anda juga boleh menggunakan WD-40®Multi-Use Product.

Produk ini bertindak pantas dan mudah dilap jika anda memilih untuk membasuhnya dengan air, kerana WD-40®'s Specialist™ Machine & Engine Degreaser ini membantu kenderaan bergerak dengan lancar, tahan lama dan terasa seperti baharu.
Selain itu, produk ini bukan sahaja untuk kenderaan sahaja tetapi juga bagus untuk digunakan bagi perindustrian mesin, gear, rantai, peralatan perladangan dan tenaga, traktor dan forklift, dan peralatan logam lain. 

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai WD-40®'s Specialist™ Machine & Engine Degreaser, dan produk lain boleh melayari laman web, https://wd40.asia/ .

2 Comments