Galeri Kewangan dan Perbankan Islam, Tingkat Satu, Muzium dan Galeri Seni Bank Negara
Siapa sangka maklumat pasal Kewangan
dan Perbankan Islam sangat mengujakan untuk dibaca. Nak plak ada sebahagian
maklumat disediakan sekali di dalam bentuk yang kiddos boleh main di samping
tersampai maklumat kepada depa secara tak langsung.
Kat sini diceritakan secara
ringkas konsep perdagangan dan kewangan awal berasaskan Islam yang bermula dari
Timur Tengah dan tersebar sehingga ke seantero dunia.
Kiddos paling lama main kat
Laluan Perdagangan Awal Islam sebab ada unta dan kapal layar di situ hehehehehe.
Den tak perasan plak Video
Interaktif Globe sebab den dok kalut tengok maklumat lain huhuhuhuhu. Another reason
to come back to this museum hehehhehhehehehe.
Duit syiling pertama dengan
tulisan Arab dicipta oleh Khalifah Abd Al-Malik ibn Marwan (685 - 705 Masihi)
adalah antara info yang boleh diperoleh di galeri ni.
Kitab Hukum Kanun Melaka pun ada
dipamerkan di sini. Walaupun den rasa den ni boleh la dikategorikan sebagai
boleh membaca jawi dengan agak okay tapi matanya langsung berpinar-pinar tengok
tulisan jawi dalam kitab ni huhuhuhuhu.
Membaca maklumat tentang Tamadun
Islam dan kegemilangan Islam yang mencorak sistem kewangan dan globalisasi
dunia pun boleh buat hati sebak mengenangkan betapa hebatnya orang dulu-dulu.
So untuk maklumat details, korang boleh tengok:
Waktu
Operasi: Isnin - Ahad (10 pagi - 6 petang). Hanya tutup pada
3 hari pertama Aidilfitri.
Website: http://www.museumbnm.gov.my
2 Comments
not a museum person tapi ada few yang menarik juga..
ReplyDeletetak penah pegi galeri ni..
KSarie pun not a museum person tapi sejak-sejak dah cecah 40an ni, tetiba plak terpergi ke muzium hhehehehehhe. Muzium Bank Negara ni serious a must visit museum for me
Delete