Macam mana tak splendid kan sebab ada 3 hari cuti umum pada bulan September ni hehehhheheehe.

Bermula dengan cuti ganti Awal Muharram pada 3 Sept, birthday Agong pada 9 Sept dan diakhiri dengan Hari Malaysia pada 16 Sept. Memang super awesome la kan hehehehehehe.

So korang dah plan nak berjimbaan ke mana ke cuti panjang tuh? 

Setakat ni den tak plan nak ke mana lagi. Agenda setakat hari ini adalah nak bawa kiddos mandi pool dan berbasikal je la.

Kalau terajin berangannya nak cuba baking hehehehehehe. Buong cam tak percaya je ni kihkihkihkih.

In sya Allah yang pastinya hampir setiap weekend bulan ni penuh ye. Ada 3 kenduri kawin yang den plan nak pergi. Ada 1 kelas baking yang den dah bayar yurannya hehehhehehehehe. 

Kerja toksah cerita la ye memang selagi mana kita makan gaji, kita follow the flow je gitu. Ada 2 bengkel yang nak kena hadir. Bermalam plak tuh. Haru sungguh tapi nak diapakan ye tak. Jalan terus aje.

In sya Allah akan mula semula kelas tajwid pada minggu ni. Korang doakan den kekal istiqamah nak belajar tajwid nih ye. Dia punya malas nak bergerak setiap kali nak kelas tajwid tuh memang kaw kaw selalunya huhuhuhuhu.

Kalau nak diikutkan den dah kena mula eat clean atau IF serta merta bulan Sept ni sebab tinggal 2 bulan je sebelum check up di PPUM tapi tuh la entah bila nak menginsafkan diri ni huhuhuhuhu.

Splendid September juga bermula dengan pemakaian sistem flexible untuk punch card di ofis bermula hari ini. Alhamdulillah….setelah 18+++tahun mengisahkan debaran mengejar waktu punch in lagi-lagi di waktu lif di bangunan tuh tengah repair, akhirnya direalisasikan juga flexible hour untuk punch in dari 730 am - 9 am. Memang satu berita yang gembira untuk den.

In sya Allah dengan adanya sistem ni, harapan untuk mula berlari semula (atau lebih pada berjalan laju sebenarnya) setiap petang bersama geng satu ofis boleh diusahakan. Dah lama kasut sukan tuh tersadai tidak dipedulikan. Semoga ada sinar harapan untuk bersenam semula.

Macam nak kena pulun baca buku kalau den nak realisasikan pembacaan 41 buah buku by 31 Disember 2019 ni. Bulan Julai dan Ogos macam ke laut paling terdalam keupayaan membaca bukunya. Haish. 

Angan-angannya nak mula perah otak ingatkan details tentang Koh Lipe trip pada awal Mac lepas. Korang doakan la den berjaya settlekan posts pasal Koh Lipe tuh ye huhuhuhu.

Itu la cerita dan perancangan den bagi bulan September ni.

Den doakan Allah izinkan kita sama-sama enjoy the Splendid September ni ye.

0 Comments